|
Sebuah Permainan
|
|
 |
Posted on Sabtu, 01 Januari 2005 @ 12:29:03oleh istisafa
|
|
|
umikalthom menulis Tahun pertama ku di kampus,
aku mula kenal permainan itu,
aku mula bermain dengan permainan itu.
Tahun kedua aku di kampus,
aku mula sedar dan faham permainan itu,
aku mula bijak dan mahir permainan itu,
aku mula bersemangat menghadapi,
angin dan ombak yang kencang.
Tahun ketiga aku di kampus,
aku memang bijak dan mahir permainan itu,
aku tidak kekok bermain,
cuma ku kata,
aku sibuk dengan kuliah,
aku sibuk dengan exam,
aku sibuk dengan tesis.
Keluar ku dari kampus,
aku setia dengan permainan itu,
cuma ku kata,
aku sibuk mencari pekerjaan,
aku sibuk berkonvokesyen,
aku sibuk mencari pekerjaan.
Setahun aku tinggalkan kampus,
aku tetap dengan permainan itu,
cuma ku kata,
aku sibuk dengan pekerjaan pertamaku,
aku sibuk membayar hutang pengajianku,
aku sibuk dengan pertunangan.
Tahun kedua aku tinggalkan kampus,
aku masih dengan permainan itu,
cuma ku kata,
aku sibuk mengesahkan pekerjaanku,
aku sibuk dengan majlis kenduriku,
aku sibuk mengilat keretaku.
Tahun ketiga aku tinggalkan kampus,
aku ingat permainan itu,
cuma ku kata,
aku sibuk dengan isteriku,
aku sibuk melawat mertuaku,
aku sibuk menanti kelahiran anak pertamaku.
Tahun kesepuluh aku tinggalkan kampus,
aku terkenangkan permainan itu,
cuma ku kata,
aku sibuk dengan pengajian anakku,
aku sibuk dengan kenaikan pangkatku,
aku sibuk dengan rumah baruku.
Tahun kedua puluh aku tinggalkan kampus,
aku seakan terlupa permainanku,
cuma ku kata,
aku takut dengan keselamatanku,
aku malu dengan mereka.
Kini,
aku memang lupa permainan ini,
isteriku tidak hairan permainan ini,
anakku tidak mahu permainan ini.
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya dalam satu barisan yang tersusun rapi seolah-olah satu bangunan yang kukuh." ( As-Saff:4)
Sabda Nabi s.a.w:
"Berjemaah itu rahmat, berpecah itu azab."
Puisi di atas sedikit permulaan dari ana. Moga kita sama-sama dapat menghayatinya dan memahaminya.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh haiza pada Jumaat, 14 Januari 2005 @ 10:37:10
(Info AHLI)
permainan apakah itu????
oleh wanina pada Isnin, 17 Januari 2005 @ 17:27:55
(Info AHLI)