Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Antara Ibu dan Isteri
Disiarkan pada Isnin, 20 Disember 2004 @ 22:53:11 oleh Hanan

Kenangan Faris_Ahlamiyy menulis: "Jika di tanya antara Emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita akan lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri wajib dilaksanakan kerana syurga dibawah tapak kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah ayah saya dahulu perkahwinan dia dengan ibu saya tidak mendapat restu dari parentsnya namun dengan semangat dan azam serta doa dengan Izin Allah, mereka selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak menyukai ibu saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu + Belanda.. tapi masing-masing ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa mereka saling bermusuhan tak tahu Kenapa dengan semangat cinta ayah saya terhadap ibu saya lahirlah 5 cahaya mata tapi dua darinya meninggal dunia...

walaupun ibu saya banyak terluka dengan sikap family ayah saya, dengan dorongan & semangat ayah, ibu tabah pelbagai tohmahan ibu terima namun ayah tetap setia pada ibu walau bagaimanapun ayah saya tak pernah menderhakai ibunya perkahwinan merekapun atas pujuk rayu ayah kadang-kadang tersentuh juga hati ibu apabila ayah tak pernah memarahi parentsnya ketika ibu di lemparkan kata-kata nista ayah tetap berdiam diri dan memujuk ibu bersabar dengan hati yang suci, ayah tetap tidak pernah meninggikan suara terhadap parentsnya ayah mempunyai 13 adik beradik dan merupakan anak kedua...

ayah saya mempunyai pelajaran tinggi akan tetapi ayah lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding dengan abang adik beradiknya yang lain.. ayah berusaha gigih menolong menaikkan taraf hidup keluarganya dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit (ibu kepada ayah), ayah cepat-cepat pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur... jarak rumah nenek dengan rumah saya hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan parentsya... ayah hanya mendiamkan diri.. ketika rezeki ayah datang bercurah2, ayah tak pernah melupakan nenek & familynya... apapun nenek hendak, ayah akan turutkan.. ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yang kaya kerana datuk saya seorang Arkitek.. ayah selalu berterus terang jumlah duit yang telah dia serahkan kepada ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak pernah merahsiakannya...

Walaupun kadang-kadang ibu saya terasa dipinggirkan, ayah cepat-cepat menghiburkan hati ibu... hari2 saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia menyintai ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.. kadang-kadang saya lihat ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana asyik berkorban untuk nenek & ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan untuk diri sendiri apatah lagi untuk enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi hayat dikandung badan.. jasa terhadap org tua
mesti diutamakan kerana dia tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...


Ayah seorang yang baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada pertelingkahan yang berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11 tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dengan gadis pilihan nenek tapi ayah berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan yang berat & tidak sanggup pula berlaku tidak adil suatu hari nanti.. dan ayah tidak mahu di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa.. kata ayah cukuplah kehidupan begini yang telah teruji..
kata-kata ayah membuatkan nenek mendiamkan diri... apa yang ayah mampu hanyalah memilih ibu sebagai teman hidupnya sehingga mati... ayah menolak dengan baik..

Namun alhamdulillah saya dikurniakan seorang ibu yang berjiwa kuat dan menerima dengan hati yang tabah..suatu hari dengan berkat doa ayah.. nenek berubah... nenek selalu bertandang kerumah kami.. namun disaat kami ingin melihat kegembiraan yang hadir setelah 30 tahun di nantikan selama ini... ayah telah dijemput oleh Allah S. W. T...

betapa sedihnya kami sekeluarga.. nenek pengsan beberapa kali setelah mendengarnya ..manakala ibu pula memelukku dengan erat dan menangis... apa yang paling kami terkejut, pemergian ayah sempat ayah melafazkan 2 kalimah syahadah dengan wajah tersenyum.. dan berseri2 seolah ayah tak mati.. kemudian keluar buih2 halus dari mulutnya dan berbau kasturi.. semua pengziarah yang hadir menyebut ALHAMDULILLAH... PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG..

Namun ibu benar-benar seorang yang tabah.. dia menerima itu sebagai dugaan..sewaktu ayah dikafankan, wajahnya tenang tanpa setitik airmatapun ... ibu banyak memujuk kami bersabar menerima dugaan itu.. setelah seminggu ayah dikebumikan, nenek pula meninggal dunia.. alangkah peritnya menerima ini semua sebagai lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil..


pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak pernah menderhakai ibunya... di harap saudara dapat sedikit sebanyak pengajarannya...
- AL-FATIHAH......... -

"

Kenangan


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Kenangan:


Kekasih Dalam Saku

Recent News About Kenangan:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Antara Ibu dan Isteri" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Antara Ibu dan Isteri
oleh fikiranku (apa_ygkupk) pada Jumaat, 07 April 2006 @ 11:42:31
(Info AHLI)


a`kum..sunnguh saya kagum betapa luhurnya hati ayah awak dalam memberikan kasih sayangdan betapa tabahnya hatinya.semoga saya juga mendapat suami sebaik ayah awak..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.425054 saat. Lajunya....