Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

Sya'aban
 Posted on Khamis, 16 September 2004 @ 22:34:12oleh Hanan
Tazkirah chyrill_2020 menulis Sedar tidak sedar, esok, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan saya’aban. Hanya menghitung saat sahaja untuk Rejab, meninggalkan kita. Apa agaknya amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Allah tersebut? Sedang Allah menjanjikan pelbagai nikmatnya kepada kita dalam bulan tersebut, maka beruntunglah mereka yang berusaha merebutnya, berusaha mencari keredhaanNya dan amat rugilah bagi mereka yang masih lagi alpa dan lalai dengan kepalsuan duniawi sehingga mengenepikan usaha untuk menambah saham kita di akhirat kelak.

Sedar tidak sedar, esok, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan saya’aban. Hanya menghitung saat sahaja untuk Rejab, meninggalkan kita. Apa agaknya amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Allah tersebut? Sedang Allah menjanjikan pelbagai nikmatnya kepada kita dalam bulan tersebut, maka beruntunglah mereka yang berusaha merebutnya, berusaha mencari keredhaanNya dan amat rugilah bagi mereka yang masih lagi alpa dan lalai dengan kepalsuan duniawi sehingga mengenepikan usaha untuk menambah saham kita di akhirat kelak

Pun begitu, kita seharusnya bersyukur, kerana Allah masih lagi memberikan kesempatan kepada kita untuk terus merebut nikmat rahmatNya yang tiada terhingga banyaknya. Sesungguhnya, kita telahpun melepasi bulanNya, dan kini, tiba pula giliran bulan saya’aban, bulan nabi S.A.W sebagaimana yang disabdakan Rasulullah dalam sebuah hadis, “Bulan Rejab bulan Allah, bulan saya’aban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku”. Maka, seharusnya kita tidak lagi mensia-siakan peluang keemasan ini untuk terus beramal kepadaNya selama kita masih dihidupkan di dunia ini seperti mana asal tujuan kita hidup, iaitu untuk mengabdikan diri kepadaNya selain menjadi khalifah untuk memakmurkan bumiNya.

Ikhwanul muslimin yang dirahmati, nabi S.A.W bersabda, “Apabila masuk bulan saya’aban, maka perbaikilah niatmu kepadanya, kerana kelebihan saya’aban atas segala bulan seperti kelebihanku ke atas para anbia”. Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa terlalu banyak kelebihan dalam bulan saya’aban ini sehingga disifatkan oleh Nabi akan kelebihan saya’aban seperti perbezaan kelebihan yang ada pada Nabi S.A.W berbanding para nabi-nabi yang telah diutuskan sebelum ini. saya’aban juga membawa banyak pengertian di dalamnya seperti kemuliaan, ketinggian, kebajikan, dan cahaya. Sesungguhnya, pengertian-pengertian ini membawa maksud yang mendalam untuk diselami oleh kebijaksaan akal kurniaan Allah.

Amalan yang sinonim dengan bulan saya’aban sama seperti Rejab iaitu amalan puasa sunat. Di samping itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan zikir munajat, solat-solat sunat baik rawatib mahupun sunat-sunat yang lain, membaca al-Quran, berselawat ke atas nabi dan sebagainya. Dinyatakan juga dalam sebuah hadis bahawa sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan saya’aban, maka diharamkan Allah akan tubuhnya daripada disambar api neraka…(hingga akhir hadis). Rasulullah di dalam sepotong hadis turut menyatakan bahawa saya’aban bertujuan untuk menghapuskan dosa kepada mereka yang beramal di dalamnya.

Sesungguhnya, telah diketahui oleh seluruh umat Islam bahawa kemuliaan Rejab terletak pada malam Isra’ Mikrajnya yang baru sahaja berlalu beberapa hari yang lalu, kemuliaan saya’aban terletak pada malam Nisfu saya’aban dan kemuliaan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan solat sunat, beristighfar, berselawat ke atas nabi dan berzikir selain memohon keampunan kepada Allah pada malam Nisfu saya’aban kerana pada malam tersebut, Allah memperkenankan seluruh doa mukmin dan mengampunkan segala dosa mereka selain membuka pintu rahmatNya seluas-luasnya kepada golongan yang melakukan ibadat kepadaNya.

Pun begitu, walau banyaknya nikmat rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita sepanjang bulan yang penuh barakah ini, perlu diingat bahawa keikhlasan adalah asas yang paling penting. Sesungguhnya, amal ibadat yang kita lakukan diniatkan untuk mencari keredhaanNya selama mana kita masih diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sesungguhnya, persinggahan di dunia ini adalah sementara dan amat malang bagi mereka yang gagal untuk merebut kebaikan yang telah dijanjikan oleh Allah. Kita bertuah kerana berada dalam keadaan aman dan damai serta jauh dari malapetaka yang merosakkan harta benda dan membunuh ribuan jiwa seperti yang berlaku di tempat-tempat lain. Justeru, wajarlah bagi kita untuk mengungkapkan rasa syukur kita kepadaNya atas segala kebaikan yang telah diberikan kepada kita. Sesungguhnya, janji-janji Allah itu amatlah besar bagi mereka yang mengetahui kebenaran risalah Islam!

chyrill

 

  Tazkirah


Komen


"Sya'aban" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Hadith...
oleh SaLaFiaN ([email protected]) pada Khamis, 16 September 2004 @ 23:02:16
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com


“Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’aban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku”

Hadith MAUDHU'. Rujuk Al-Maudhu'at dan Fatawa Mu'asirah (Al-Qardhawy) atau kitab karangan Drs. Haji Ghani Azmi tentang hadith-hadith maudhu' tentang bulan Sya'ban...

Kepada penulis, tolong pastikan status tentang hadith-hadith yang lain. Rasanya tiada yang sahih.

Allahu Ta'ala a'lam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Hadith...
oleh chyrill_2020 pada Rabu, 13 Oktober 2004 @ 14:17:42
(Info AHLI)
yup.. thanks about ur comment.. mmg berlaku kesilapan di pihak saya.. pohon maaf..
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139586 saat. Lajunya....