Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 7 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 9 hari yang lalu
isa777_musa: 9 hari yang lalu
zam_rizal: 18 hari yang lalu
wanja: 29 hari yang lalu
MTMKi: 36 hari yang lalu
Kang: 36 hari yang lalu

Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
 Posted on Jumaat, 10 September 2004 @ 10:22:41oleh Engku_Salina
Tazkirah Peristiwa Rasulullah s.a.w. Isra’ dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi’raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur’an al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:

“Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima
kebenaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah
s.a.w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan
oleh Allah ‘Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di
Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan
ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra’
dan Mi’raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya
(Muhammad s.a.w.) dapat menyaksikan secara langsung
betapa besar kekuasaan Allah s.w.t. serta
keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin
diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau
oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya
dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi
suci.

Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa
mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra’ dan
Mi’raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh
ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda
berupa kitab suci al-Qur’an yang sehingga sekarang –
bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan
(kemujizatan) isi kandungannya.

Isra’ dan Mi’raj merupakan satu peristiwa yang agung
kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi
penghormatan oleh Allah s.w.t. untuk mengalaminya.
Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang diberi anugerah
ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan
baginda di sisi Allah a.w.j..”

oleh: Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

 

  Tazkirah


Komen


"Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang K
oleh syed ([email protected]) pada Jumaat, 10 September 2004 @ 20:43:12
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net


tadi masa solat jumaat..di salahs ebuah masjid di kaherah..khatib turut berkhutbah menceritakan perihal isra dan mikraj nabi SAW...
antara [email protected] hikmah terjadinya perkara itu ialah..
utk menguji iman para sahabt nabi SAW..dan mengujidi antara mereka siapa yg lebih beriman kpd baginda SAW..
sebabnya..lepas saje perisatiwa itu..nabi SAW dan ummat islam di arahkan utk berhijrah ke madinah..jadi..tujuan Allah menjadikan peristiwa ini adalah utk menapis antara ummat islam siapa yg layak mendokong agama yg suci itu dan berhijrah..kalau kita tgk dlam sejarah ramai di aklangan ummat islam menjadi kembali murtad apabila tidak mempercayaio rehlah nabi SAW ke langit tu...samelah kita berfikir dan mengambil iktibar daripada peristiwa yg besar ini...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang ok
oleh mulimahsejati pada Jumaat, 30 September 2005 @ 15:11:44
(Info AHLI)
masyAllah
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115097 saat. Lajunya....