Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu

EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
 Posted on Jumaat, 03 September 2004 @ 9:16:16oleh Engku_Salina
Berita itsjustme menulis PETIKAN HARIAN METRO 1 SEPTEMBER 2004

KAJANG: Seorang gadis dirogol seorang daripada empat lelaki yang menyamun mereka ketika pulang menyertai sambutan Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka, awal pagi semalam.

Pasangan berkenaan yang menaiki kereta ditahan kumpulan lelaki yang menggunakan dua motosikal di simpang Kampung Sesapan, Batu Rembau di Beranang, dekat sini, kira-kira jam 2.30 pagi.

Dalam kejadian itu, kumpulan itu mengarahkan pasangan terbabit keluar dari kereta tetapi mereka enggan.

Mereka kemudian menarik teman lelaki gadis berkenaan keluar dari kereta dan kemudian memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian dan melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan mengikut arahan lalu seorang daripada lelaki itu membawa gadis berkenaan ke kawasan sawah kira-kira satu kilometer dari tempat berkenaan dengan menaiki kereta teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Mohamad Noor Hakim Kassim, berkata setibanya di kawasan sawah berkenaan, gadis itu dirogol.

Menurutnya, gadis berkenaan kemudian dibawa semula ke tempat teman lelakinya yang ditahan tiga rakan lelaki itu.

Menurutnya, kumpulan terbabit kemudian melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai RM100 milik gadis itu dan teman lelakinya berusia 18 dan 20 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal dan keterangan mangsa, kumpulan itu adalah penduduk tempatan malah dua daripadanya dikatakan pernah dilihat gadis terbabit di kampungnya.

“Keempat-empat lelaki itu juga dipercayai dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan berkenaan berdasarkan bau minuman keras,” katanya.

Menurut Mohamad Noor Hakim, kumpulan itu dikenal pasti menggunakan motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha RG Sports tetapi nombor pendaftarannya tidak dapat dilihat mangsa.

Katanya, gadis itu dari Balakong dan berkerja sebagai operator pengeluaran keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 8 malam untuk menyambut Hari Kemerdekaan di ibu kota.

“Kawasan mereka ditahan gelap dan jauh dari rumah orang serta jarang dilalui terutama pada awal pagi.

“Polis percaya suspek berkenaan berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun masih di sekitar Balakong dan usaha memburu mereka sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan kerana samun dan rogol.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh meghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Veronica Lucy Peter, di talian 03-88736222 sambungan 241 bagi membantu siasatan.

 

  Berita


Komen


"EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA" | Login/Mendaftar | 10 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh honeyjade ([email protected]) pada Sabtu, 01 Oktober 2005 @ 21:44:10
(Info AHLI)


kejadian rogol..macam ini dah jadi isu basi...bila lah bende2 ni nak stop????salah siapa sebenarnya?remaja...kerajaan?...ibubapa..?

setiap orang perlu ada rasa tanggungjawab pada allah..pada masyarakat..pada sesama muslim...

renungkanla...kisah ini agar jadi pedoman buat saya dan semua...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh hangkas ([email protected]) pada Khamis, 31 Ogos 2006 @ 2:12:48
(Info AHLI)
ana berpendapat selagi keimanan kepada Allah tidak kukuh selagi itu fenomena ini berterusan.
kesedaran diri perlu ada...... bersama-sama kita mencegahnya.....
wasalam
]

Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh sephia pada Isnin, 20 Februari 2006 @ 9:33:40
(Info AHLI)


ROGOL?

berita sedih yang kita sering dengar,,biasanya kalau ia bukan salah wanita ia pasti salah lelaki. sesuatu yang dapat dielakkan tetapi seringkali berlaku kerana kurangnya iman angkara nafsu...

Maha suci Allah..sesungguhnya iman itu dapat mencegah perbvuatan keji dan mungkar..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh doraemong13 pada Ahad, 09 April 2006 @ 2:46:10
(Info AHLI)
yang paling utama dalam kes ni orang tu minum arak...terbukti bahawa arak tu punca pada segala maksiat.....nasib baik rogol saja..kalau terus bunuh..tambah satu lagi dosa besar...nauzubillahhi min zaalik...
]


Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh umaira_sutera ([email protected]) pada Jumaat, 01 September 2006 @ 9:32:27
(Info AHLI)
adakalanya kes begini berpunca dari wanita atau gadis tu sendiri...tak sesuai pun para gadis keluar waktu malam-malam begitu...dengan teman lelaki pun bahaya juga...
sebaik-baiknya beradalah dirumah...risikonya lebih rendah...
]

Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh sakura_azin pada Khamis, 06 September 2007 @ 10:51:24
(Info AHLI)


salam..punca berlaku pkara trsbt datang dr mangsa sdr..wanita lebih elok tidak keluar hingga larut mlm apath lagi bersama lelaki bukan muhrim..nasiht uk dr dan semua..hiasi dr dengan akhlak islam yang sebenar.isilah hati dengan iman dan takwa srta muliaknlah ALLAH nscy kita akan dimuliaknNYA di mata dan hati manusia
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh islamic_gil ([email protected]) pada Jumaat, 19 Oktober 2007 @ 11:10:10
(Info AHLI)
isu macam ni memang meggerunkan. apelah yang mereka fikirkan sebelum nak lakukan perbuatan terkutuk tu.

berhati-hati lah semua..tak kira lelaki atau wanita.Sambutan merdeka tak payah sambutlah. merdeka 2007 ni hari khamis malam jumaat kan. saya tak pernah sambut merdeka. biarlah kita merdeka kan diri dulu. mugkin penting sambutan begini tapi tiap-tiap tahun pun entah kita dah merdeka ke belum.dari segi, pemikiran, kematangan dan semuanya..............
]

Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh quratulbalqis ([email protected]) pada Sabtu, 01 Disember 2007 @ 22:58:00
(Info AHLI)


NAUDZUBILLAH..walaupun kes rogol ni kira da lapuk tapi selaku muslimah ana rasa pkare ni bukan isu yang lapuk bahkan bise menjadi pautan trauma zaman berzmn..tapi yang ana kesalkn adalah sikp si gadis yang terlalu bsikap berani keluar bersama2 tmn lelakinya..inilh salah satu petanda kemurkaan ALLAH AZZA WAJALLA..ana harapkan muslimah semua dapat memelihara mahkota diri->peringatan buat ana & muslimah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh ibtisam_nisa pada Isnin, 05 April 2010 @ 23:04:15
(Info AHLI)
ana setuju,ambil peringatan untuk semua minta padaNYa agar ana dan muslimah sekelian dijauhhi dari perkara-perkara tersebut,
yang baik jadi teladan dan yang buruk jadi sempadan..
]

Re: EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
oleh SmartMuslim88 pada Isnin, 20 Oktober 2008 @ 3:08:51
(Info AHLI)


bukan rogol tu yang bermaslh,tapi org yang asyik mnyentuh tentang rogol saja tanpa brkta apa pun tentang pasangan tu.pdahal pasangan tu yang keluar kedua-duanya waktu mlm pun dah haram xsentuh pun.kalau benda tu pun diianggap biasa,apa nak hairan degan rogol.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113008 saat. Lajunya....