Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu

harapan
 Posted on Khamis, 02 September 2004 @ 9:46:21oleh Engku_Salina
Kenangan sayugia85 menulis Suatu ketika dahulu. Aku pernah memberi harapan kepada seorang insan. Insan yang amat aku kasihi dan juga insan yang amat aku sayangi. Mengasihi dirinya adalah tanggungjawab yang perlu aku laksanakan.

Cinta membuatkan diri ku mendamba sebuah perasaan dan menjadikan diriku seorang yang suka menabur harapan. Mengukir impian di awangan tanpa peduli masa yang kian menganjak jauh. Aku lalai dalam membina titian harapan, yang ku tahu dia adalah milikku untuk selamanya.

Jangan ada sesiapa yang berani mendekatinya. Dan tika itu aku lupa pada pencipta. Rela diriku dibuai-buai oleh harapan yang aku sendiri lakarkan. tanpa ada sebarang jaminan. Rindu antara kami saling bertautan. hati pula bersemarak tiap kali mendengar suara dan melihat rupa. Aku telah mengenali cinta. Penuh keindahan dan kemasyuran tanpa ada walau sedikit kecelaan pun. Biarpun ada, mata ini telah tertutup untuk memandang semua yang tercela. taksub sungguh aku pada cinta.

tapi kini baru ku tahu nilaian sebuah perasaan.. setelah hilangnyer sebuah kerinduan, setelah ghaibnya sekeping hati. Ke mana perginya cinta yang aku agung-agungkan satu tika dulu? siapa yang mengganggu hubungan antara aku dan dia? Siapa?

Astagfirullahalazim.. Ya Allah, kau memberi ujian yang maha hebat untuk diriku. kau lenyapkan cintaku hanya dengan sekelip mata. kau bawa kasihku pergi jauh dariku, jauh dari dunia realiti. Aku akhirnya rebah di satu sudut bersendirian.

Tapi setelah datangnya sisipan cahaya darimu, oh tuhan, kau mengembalikan jiwa ku yang dulunya tandus. kini berseri-seri tanpa cinta manusia, yang ada hanya cinta Yang Maha Esa. Aku belum mampu menerima cinta selain cinta darimu Ya Rabb. SEcebis kenangan lalu mengajar aku erti kehidupan dan kedewasaan. Memberi sebesar pengajaran yang sebenarnya tentang takdir dan harapan.

 

  Kenangan


Komen


"harapan" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: harapan
oleh alea13 pada Jumaat, 03 September 2004 @ 7:50:20
(Info AHLI) http://alin81.bravejournal.com/


Dia maha mengetahui aper yg terbaik buat hamba-hambaNya.. :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: harapan
oleh Tetamu pada Sabtu, 04 September 2004 @ 22:49:34
satu story yang bagus bagi sesiapa yang baru first time menjejak alam percintaan.mungkin berlaku kejutan tetapi tak salah sebagai satu daripada pengalaman hidup yang mampu dikutip seandainya gagal.lagipun pengalaman mengajar erti kedewasaan. cinta itu universal,cinta itu juga satu anugerah yang tidak ternilai mahal harganya dari Al-Haq itu tidak dinafikan tetapi wajarkah kita melupakan si pemberi kerana menyangkakan kita telah dapat yang lebih baik?hakikatnya cinta untuk Allah itu yang kekal abadi...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109491 saat. Lajunya....