Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Melayu perlu revolusi mental perhebat agenda sosioekonomi
 Posted on Isnin, 09 Ogos 2004 @ 9:14:08oleh Engku_Salina
Berita KUALA LUMPUR 8 Ogos - Orang Melayu digesa memperhebatkan agenda gerakan revolusi mental bagi menguasai semua sistem ekonomi, pendidikan dan sosial untuk bersaing dan setanding dengan kaum lain di negara ini.

Beberapa orang pemikir Melayu berkata, kaum itu kini sepatutnya tidak lagi bercakap soal ketuanan Melayu semata-mata, tetapi mula memikirkan soal kesamarataan sosioekonomi dalam pembangunan negara yang majmuk.

Pendek kata, jika kesamarataan tidak wujud, tiada ertinya kuasa yang ada dan oleh itu mereka mahu orang Melayu melakukan anjakan dan berjaya dalam serba serbi.

Pakar ekonomi, Dr. Hamzaid Yahya berpendapat, orang Melayu akan semakin jauh ketinggalan dalam sistem sosioekonomi jika tiada daya juang.

``Kita mesti memulakan revolusi mental jika mahu maju. Kerajaan serba salah, bagi bantuan dikatakan manja, tidak diberi, mereka tak boleh lakukannya,'' katanya.

Mereka diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Norraesah Mohamad mengenai pencapaian keseluruhan kaum Melayu dalam pelbagai bidang yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Norraesah, seorang ekonomis, dalam rencana di muka enam Mingguan Malaysia hari ini yang menyebut petunjuk-petunjuk sosioekonomi penting yang ada menyangkal tanggapan bahawa orang Melayu keseluruhan sudah mencapai kejayaan yang dibanggakan.

Petunjuk yang lebih membimbangkan, menurut Norraesah ialah nisbah pendapatan, bilangan profesional antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin mengekang.

Menurut Hamzaid, beliau memandang serius sikap dan pemikiran kaum Melayu sekarang di mana hampir keseluruhan sistem mereka terlalu mengharapkan bantuan kerajaan dalam pendidikan dan perniagaan.

Dalam sistem pendidikan di sekolah katanya, anak perlu diberitahu supaya apabila tamat belajar nanti jangan mengharap untuk bekerja dengan kerajaan sahaja.

Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Dr. Mohd. Radzi Abdul Latiff berkata, sebagai jalan keluar daripada pandangan Dr. Norraesah, orang Melayu memerlukan anjakan paradigma.

Katanya, orang Melayu, khususnya generasi muda perlu kembali kepada pendidikan moden untuk menguasai bidang sains, teknologi, perubatan dan ekonomi tanpa mengetepikan aspek moral.

``Cara terbaik ialah keluar daripada kepompong pemikiran sempit dan cara berfikir lama. Cara terbaik ialah pendidikan moden dan mempunyai niat untuk mempunyai daya saing dengan etnik-etnik lain.

``Tidak ada salahnya jika peranan parti politik khususnya UMNO untuk campur tangan. Ini lebih baik supaya jurang dalam penguasaan ekonomi, sains dan teknologi antara kaum tidak terlalu melebar,'' katanya.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ainuddin Wahid, salah satu sebab kaum Melayu terus ketinggalan ialah melupakan ajaran Islam, selain beberapa punca lain.

Menurutnya, kaum Melayu bukannya lemah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dalam pelbagai aspek.

``Bagaimanapun selain kebolehan diri sendiri, mereka harus percaya kepada Allah yang akan membantu mereka yang menolong dirinya sendiri,'' katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, beliau berharap orang Melayu dapat bersatu padu membantu antara satu sama lain dalam semua bidang.

Beliau memberikan contoh sekiranya ada syarikat Melayu yang mengalami kejatuhan, pihak tertentu akan segera mengambil alih kepentingannya tanpa memberi peluang usahawan itu membangunkan semula perniagaannya.

``Jika bangsa lain yang jatuh, mereka akan memberi bantuan dari segi kewangan dan yakin usahawan yang dibantu itu boleh bangun berbanding usahawan Melayu.

``Inilah ertinya revolusi mental yang perlu ditekankan,'' katanya.

Profesor ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Jamil Osman berkata, orang Melayu yang mempunyai empayar ekonomi besar harus mencipta mewujudkan peniaga Melayu lain.

``Peranan mereka amat penting sebagai pengganda dan melahirkan lebih banyak peniaga Melayu lain, dan semasa banyak siswazah Melayu mengganggur sekarang, inilah masa terbaik bagi melatih mereka. Peniaga besar Cina misalnya memainkan peranan ini kepada bangsa mereka,'' katanya.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad berkata, kaum Melayu sukar merebut peluang untuk membolehkan mereka berjaya dalam perniagaan.

Ini berikutan daripada sikap memandang rendah terhadap kemampuan mereka, di samping kerenah pihak pentadbiran yang mahukan setiap projek perlu mempunyai sokongan pihak atasan atau ahli politik.

Oleh: MERAN ABU BAKAR dan AZMAN ISMAIL

Sumber: Utusan Online (09/08/04)

 

  Berita


Komen


"Melayu perlu revolusi mental perhebat agenda sosioekonomi" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Melayu perlu revolusi mental perhebat agenda sosioekonom
oleh sakura_azin pada Khamis, 06 September 2007 @ 11:02:15
(Info AHLI)


salam..tmdn dunia sebenarnya dimulakn oleh orang-orang islam sebagai contoh ibnu sina, ibnu khaldun, abu bakar as-siddik, dan ramai lagi...faktor menyumbg kepada kjyaan ini tidak lain adalah iman yang tinggi pada Allah seiring dengan usaha.oleh itu, umat islam kini perlu m'mntpkn akidah , iman dan taqwa srt usaha yang berterusn bagi m'cpai al-falah dunia dan akhrt.

-rasa izzah dengan islam-
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Melayu perlu revolusi mental perhebat agenda sosioekonom
oleh hanisah_syahidah pada Ahad, 06 Julai 2008 @ 2:10:03
(Info AHLI)
ISLAMIC CIVILIZATION FIESTA
IN COLLABORATION                                                                     ENTREPRENEURSHIP FESTIVAL 2008
(E-FEST 2008)                


MASTERING ENTREPRENEURIAL MINDSET COURSE
18TH – 20TH JULY 2008

Assalamualaikum. Pihak Persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM akan mengadakan seminar seperti yang tersebut di atas. Disertakan di sini borang penyertaan dan tentative program.

18TH JULY 2008 – PENTERNAKAN LINTAH DAN IKAN KELI
19TH JULY 2008 – SLOT BERSAMA MAJLIS AMANAH RAKYAT         (MARA) & SPRINT MARKETING CONCEPT (FRANCHISE CONSULTANT)
            
YURAN :     ORANG AWAM (RM 50.00 SAHAJA)
WARGA IIUM    (RM 20.00 SAHAJA)


    20TH JULY 2008 - FORUM ON “REALITY OF MALAYSIAN BUSINESS”
            
            Panelist :
            
            i)    En. Ann Wan Seng, PENULIS PTS
                (Rahsia Business Cina)
            ii)    En. Faisal Shahbudin, PENULIS PTS
                (Rahsia Business Mamak)
                         iii)    EN. Fauzul Naim Ishak, Pengurus         Kanan PTS
                (Survival of Business)
            
            Moderator : en. Zamri mohamad

    YURAN :     TERBUKA KEPADA SEMUA (PERCUMA)


BERMINAT SILA HUBUNGI :

AIZUDDINUR         0129300589
HANISAH                 0123470436
                                                                                

* Borang penyertaan boleh email kepada : [email protected]
atau hubungi nombor telefon di atas. TERIMA KASIH
    


     “Seminar ini mendapat kerjasama MARA, PTS MILLENNIA & Sprint Marketing Concept”
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.258137 saat. Lajunya....