Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 25 hari yang lalu

Kehendak islam
 Posted on Ahad, 27 Jun 2004 @ 22:22:51oleh Hanan
Tazkirah man-z menulis Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan
terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang .

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana
mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan
dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke
sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja
berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri
dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila
hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak
membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar
larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat
nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat
itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda
benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua.
Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda
akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat
kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga
berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai
bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri
sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup.
Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada
yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia
serta mempastikan sama ada sudah dipinang atau belum dan
berbagai-bagai lagi. Rasulullah saw bersabda yang
maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana
kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan
merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh
jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana
agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam
yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya
dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan
elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan
eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia
kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt
akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah
saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun
isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia,
kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan
akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan
Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan
akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan
bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh
kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan
perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan
kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah
serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,
mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah
dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta
membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha
mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah
swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan
masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti
mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan
apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,
melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam
segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau
kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari
keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan
saleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki
sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang
wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang
tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang
hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa
seorang lelaki yang beristeri wanita salehah bererti
dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.
Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan
oleh ibnu Abbas .a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya
bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan
akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang
sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian
dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak
menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam
golongan keluarga yang saleh ini telah jelas
dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh
Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya
bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya
ialah seorang isteri yang salehah, jika suami melihat
kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik
kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia
menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh
seorang suami jika ia memiliki isteri yang salehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing
daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan
kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan
anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan
digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai
hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan
anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,
maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti
berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis
untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.
Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu
menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu
berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai
kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis
untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan
berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang
saleh dan salehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah
seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih
dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan
tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya
dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,
pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai
perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak,
pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,
tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang
mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan
teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat
bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga
di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang
antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat
menekankan supaya setiap lelaki memilih calun
isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak
anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya
umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,
baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di
situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita
yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia
menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,
memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu
ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak
boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,
dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia
tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk
dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah
disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu
apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk
menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan
anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,
sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga
mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt
yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan
dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan
musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh
dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga
ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram
terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita
yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada
para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada
yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan
muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi
masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt
pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

 

  Tazkirah


Komen


"Kehendak islam" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kehendak islam
oleh hijrah pada Selasa, 29 Jun 2004 @ 14:27:45
(Info AHLI)


Memang ada iktibar tntang information di atas. Jika kita letakkan agama di tmpat yg tertinggi dlm kehidupan kita, nescaya kita akan berjaya. Tak adalah kes suami dera isteri, isteri dera suami, mcm yg bnyak terjadi skrang ni. Kepada kaum wanita yg dimuliakan, ikutlah seperti yg Nabi SAW nasihatkan : Carilah lelaki yg beragama, jika dia sayang isterinya, dia akan muliakannya; jika tidak, dia akan takut utk menganiayanya..... Wallahualam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.171251 saat. Lajunya....