|
Air Mata taubat Nabi Adam as
|
|
|
Posted on Rabu, 23 Jun 2004 @ 11:17:12oleh Engku_Salina
|
|
|
riyas menulis Assalamualaikum wbt,
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik-baik email ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah ......
Wassallam.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh hijrah pada Khamis, 24 Jun 2004 @ 14:50:26
(Info AHLI)
Sebagai tambahan kepada cerita di atas....
Akhirnya Allah SWT mengampunkan dosa Nabi Adam & menerima taubatnya setelah Nabi Adam berdoa : "Ya Allah, ampunilah aku dgn berkat Muhammadurrasulullah". Setelah mendengar Adam berkata demikian, Allah bertanya kpd Adam (walhal Allah sebenarnya Maha Megetahui hal sebenar) : 'Bagaimana engkau tahu akan nama Muhammad itu?" Adam menjawab bahawa ketika kejadian roh ditiupkan kedlm jasadnya, dia ternampak kalimah LAA ILAAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH tertulis di atas 'Arasy Allah semasa kali pertama matanya terbuka. Maka Allah berfirman "Sesungguhnya Muhammad itu adalah kekasihKu, yg menjadi utusanKu yang terakhir, tidak akan Aku ciptakan alam ini berserta isi kandungannya jika tidak kerana Muhammad, bahawa dia adalah rahmat untuk seluruh alam".
Begitulah besarnya kehebatan dan kemuliaan Nabi kita yg tercinta di sisi Allah SWT. Allah SWT juga berfirman di dlm Al Quran bahawa pada diri Nabi SAW terdapat contoh ikutan yg baik. Layakkah kita mengaku sebagai umat Nabi SAW ? Adakah kita hidup mengikut cara hidup yg Nabi SAW ajarkan ? Sebaliknya kita lebih banyak tahu dan mengikut cara yg selain drp cara hidup Nabi kita (iaitu cara Yahudi dan Nasrani). Cara masuk tandas yg menjadi keperluan sehari-hari kita pun tidak mengikut sunnah Nabi SAW, apatahlagi yg lain-lainnya. Tak begitu... ?