Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 25 hari yang lalu

Antara EMAK dan ISTERI
 Posted on Khamis, 13 Mei 2004 @ 0:14:11oleh Hanan
Kenangan putera_bongsu menulis Jika di tanya antara Emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita
akan lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai
suami terhadap isteri wajib dilaksanakan kerana syurga dibawah tapak
kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah
ayah saya dahulu perkahwinan dia dengan ibu saya tidak mendapat restu dari
parentsnya namun dengan semangat dan azam serta doa dengan Izin Allah,
mereka
selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak menyukai ibu
saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu
+ Belanda.. tapi masing-masing ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa
mereka saling bermusuhan tak tahu Kenapa dengan semangat cinta ayah saya
terhadap ibu saya lahirlah 5 cahaya mata tapi dua darinya meninggal
dunia walaupun ibu saya banyak terluka dengan sikap family ayah saya, dengan
dorongan & semangat ayah, ibu tabah pelbagai tohmahan ibu terima namun
ayah tetap setia pada ibu walau bagaimanapun ayah saya tak pernah
menderhakai ibunya perkahwinan merekapun atas pujuk rayu ayah kadang-kadang
tersentuh juga hati ibu apabila ayah tak pernah memarahi parentsnya
ketika ibu di lemparkan kata-kata nista ayah tetap berdiam diri dan
memujuk
ibu bersabar dengan hati yang suci, ayah tetap tidak pernah meninggikan
suara
terhadap parentsnya ayah mempunyai 13 adik beradik dan merupakan anak
kedua... ayah saya mempunyai pelajaran tinggi akan tetapi ayah lebih
bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding dengan abang adik
beradiknya
yang lain.. ayah berusaha gigih menolong menaikkan taraf hidup
keluarganya dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit (ibu kepada
ayah), ayah cepat-cepat pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur...
jarak rumah nenek dengan rumah saya hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan parentsya...
ayah hanya mendiamkan diri.. ketika rezeki ayah datang bercurah2, ayah
tak pernah melupakan nenek & familynya... apapun nenek hendak, ayah
akan
turutkan.. ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yang kaya
kerana datuk saya seorang Arkitek.. ayah selalu berterus terang jumlah
duit yang telah dia serahkan kepada ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak
pernah merahsiakannya...

Walaupun kadang-kadang ibu saya terasa dipinggirkan, ayah cepat-cepat
menghiburkan
hati ibu... hari2 saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia
menyintai ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.
kadang-kadang saya lihat ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana
asyik
berkorban untuk nenek & ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan untuk
diri sendiri apatah lagi untuk enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi
hayat dikandung badan.. jasa terhadap org tua mesti diutamakan kerana
dia
tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...

Ayah seorang yang baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada
pertelingkahan yang berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11
tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dengan gadis pilihan nenek tapi ayah
berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan yang berat &
tidak sanggup pula berlaku tidak adil suatu hari nanti.. dan ayah
tidak
mahu di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa.. kata
ayah
cukuplah kehidupan begini yang telah teruji.. kata-kata ayah membuatkan
nenek
mendiamkan diri... apa yang ayah mampu hanyalah memilih ibu sebagai
teman
hidupnya sehingga mati... ayah menolak dengan baik.. namun alhamdulillah
saya dikurniakan seorang ibu yang berjiwa kuat dan menerima dengan hati yang
tabah.. suatu hari dengan berkat doa ayah.. nenek berubah... nenek selalu
bertandang kerumah kami.. namun disaat kami ingin melihat kegembiraan
yang
hadir setelah 30 tahun dinantikan selama ini... ayah telah dijemput
oleh
Allah S. W. T... betapa sedihnya kami sekeluarga.. nenek pengsan
beberapa kali setelah mendengarnya..manakala ibu pula memelukku dengan
erat
dan menangis... apa yang paling kami terkejut, pemergian ayah sempat
ayah
melafazkan 2 kalimah syahadah dengan wajah tersenyum.. dan berseri2
seolah
ayah tak mati.. kemudian keluar buih2 halus dari mulutnya dan berbau
kasturi.. semua pengziarah yang hadir menyebut ALHAMDULILLAH...
PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG.....

Namun ibu benar-benar seorang yang tabah.. dia menerima itu sebagai dugaan.
sewaktu ayah dikafankan, wajahnya tenang tanpa setitik airmatapun..
ibu
banyak memujuk kami bersabar menerima dugaan itu. setelah seminggu
ayah
dikebumikan, nenek pula meninggal dunia. alangkah peritnya menerima
ini
semua sebagai lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil..
pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak pernah menderhakai
ibunya... di harap saudara dapat sedikit sebanyak pengajarannya...

- AL-FATIHAH......... -

 

  Kenangan


Komen


"Antara EMAK dan ISTERI" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Antara EMAK dan ISTERI
oleh hijrah pada Khamis, 24 Jun 2004 @ 10:38:27
(Info AHLI)


ALLAHUAKBAR, SUBHANALLAH... Ayah putera_bungsu sudah selamat dan berjaya, bagaimana dgn nasib kita pula ? Cerita ini banyak pengajaran... Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan... Dalam kesusahan ada kesenangan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Antara EMAK dan ISTERI
oleh shukri ([email protected]) pada Isnin, 28 Februari 2005 @ 10:31:16
(Info AHLI)
Apalah dayanya seorang anak jika tidak direstui tapi pengorbanan yang dilakukan membuatkan generasi baru terasa kasih itu terlalu suci.air mata yang tumpah kebumi mengambarkan penderitaan itu adalah satu kebahgiaan yang hanya kita merasa........
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133987 saat. Lajunya....