|
Kisah sebatang pensil
|
|
|
Posted on Selasa, 03 Jun 2003 @ 21:06:17oleh Hanan
|
|
|
JoshuaIsfahan menulis "Budaya yang baik kita jejaki,budaya yang sebaliknya kita sanggahi"
Apa yang ingin saya ceritakan adalah hanya kisah sebatang pensil.Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat saya yang menuntut di luar negara.Jika dilihat,ia hanya cerita sebatang pensil ia tidak membawa erti apa apa,tetapi kerana sebatang pensil inilah dia berjaya menjadi antara pelajar terbaik di Universitinya setanding dengan warga asing.
Pada hari pertamanya di kelas,mereka disuruh oleh pensyarahnya untuk menulis sebuah essei bertajuk sebatang pensil.Kalau nak fikirkan,tak masuk akal bila kita masuk U,nak kena buat essei macam ni.Sebatang pensil?apa yang ingin kita ceritakan?lainlah kalau sebatang sungai di Batu Pahat atau Sebatang jalan di Kuala Kangsar.Banyak benda kita boleh ceritakan.Tapi,pensyarah tersebut hanya mahu dia dan rakan sekelasnya yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar tempatan di situ menulis sebuah essei mengenai sebatang pensil.Oleh kerana pensyarah sudah arahkan,kenalah ikut kemahuannya.Kawan saya ni sejenak berkata di dalam hati"lebih 15 000 km aku datang nak belajar,cuma nak kena buat pasal pensil saja"itu getusan hati dia ketika itu.Dan Essei itu dijadikan tugasan.
Pada hari submiit assignment,dia menjangkakan kertas kerja seperti itu mungkin hanya memerlukan tidak lebih 5 helai kertas.Begitu juga kawan kawannya.
Tapi,apa yang mengejutkan,bangsa bangsa asing yang berambut perang ni,menghantar essei seperti sebuah tesis yang lebih dari 50ms.Malah dengan kertas kajian yang lengkap,gambar,video malah ada yang ke kilang.Dan ia begitu mengejutkan pelajar pelajar Asia terutama dari Malaysia.Bukan seorang dua berambut perang yang buat perkara yang sama,malah keseluruhan.Dan ketika itu,rakan saya hanya mampu berdiri,tersenyum malu menyerahkan kertas kerjanya"Sebatang Pensil".Begitu juga mereka yang sefikiran sepertinya.Tidak ada gelak dari mereka lagi,malah pensyarahnya tersenyum sinis menyambut kertas kerjanya.
Apa yang ingin saya sampaikan,ialah budaya.Budaya orang barat yang serius di dalam apa sahaja perkara walaupun hanya dengan sebuah essei remeh seperti sebatang pensil.Mereka serius bekerja,melakukan apa sahaja dan kerana itu,mereka berjaya mendominasi dunia.Ada sebahagian dari kita tidak sedar betapa pentingya kita mengikut budaya seperti ini.Serius dan bersungguh sungguh membuat apa jua perkara.Jangan sekali lakukan dengan sambil lewa dan tidak begitu mengambil berat dengan apa yang kita lakukan.Saya bukan ingin menjunjung mereka,tetapi budaya mereka ini baik untuk kita ikuti jika kita ingin jadi muslim yang begitu berjaya.Dan kawan saya telah buktikannya.Kejadian itu menjadikan dia
sedar bahawa ada budaya dari mereka ini yang boleh kita sandarkan di dalam diri.Dan dia ikut dan lakukan perkara yang sama.Kerana itu,dia bersyukur dia berjaya meletakkan dirinya di kalangan mereka yang terbaik.
Jika ada teladan kita ambil,jika tidak,anggaplah ia sebuah kenangan yang diceritakan kepada saya.Dan budaya ini juga membantu saya menjadi seorang yang antara yang terbaik.
"Tuhan tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu jika dia tidak berikhtiar untuk mengubah dirinya"
Individu yang dimaksudkan kini bekerja di sebuah firma komunikasi di US dan akan menyambut pelajarannya MA di Massachusets Inst.Tech.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Kenangan
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Kenangan:
Kekasih Dalam SakuRecent News About Kenangan:
Misc
|
|
|
Komen
oleh dr_afandi pada Isnin, 09 Jun 2003 @ 12:51:17
(Info AHLI)
Assalamualaikum Saya tertarik untuk berikan komen. Tahniah kepada penulis yang berjaya stress issue yang cukup baik saya kira. Bagi saya, perkara ini bukan sahaja berlaku di luar negara, malah di dalam negara juga. Pengalaman terlibat dalam dunia akademik di universiti juga menunjukkan terdapat bangsa yang agak terkedepan dalam budaya kerja (walaupun tidak 100%). Tetapi persaingan ini tidak dipandag serius oleh segelintir pihak.... Apapun, bagus juga kalau artikel ini dapat dihantar ke ruangan pembaca di akhbar perdana agar dapat menyedarkan mana2 individu yang terlena.... Wassalam
oleh amad pada Jumaat, 13 Jun 2003 @ 7:54:14
(Info AHLI) http://vzard.vze.com
oleh empayar72 pada Ahad, 15 Jun 2003 @ 14:17:16
(Info AHLI)
assalamualaikum
saya begitu terpesona ketika membaca mesej ini.dapat saya gambarkan yang saya juga pasti akan melakukan perkara yang sama yang dilakukan oleh pelajar malaysia tadi.sungguh mendalam mesej yang disampaikan.lejas memberi sedikit motivasi kepada saya.wallah hua'lam.
oleh comel pada Selasa, 24 Jun 2003 @ 16:26:43
(Info AHLI)
Terima kasih atas cerita yang amat berguna untuk direnungkan bersama.Memang tidak dinafikan bahawa kita ada kalanya memandang sesuatu perkara itu terlalu mudah dan senang untuk dilaksanakan tanpa kita sedari sebenarnya jika kita buat bersungguh2 akan mendatangkan hasil dan kesan yang amat besar dalam hidup kita....Terima kasih sekali lagi.Insya-Allah saya akan cuba ingat dan buat panduan hidup...
oleh Wasimah17 pada Khamis, 07 Ogos 2003 @ 10:05:35
(Info AHLI) http://yahoocom
Adapun kisah di atas amat menginsafkan saya.Saya pun ada sifat meremeh-remehkan sesuatu perkara.Insya Allah saya akan cuba ikut perangai baik org2 yg berambut perang tue......