Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 182
Ahli: 0
Jumlah: 182




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Mengingati mati dengan pengertian tambah bahagia
 Posted on Isnin, 22 Mac 2004 @ 11:47:48oleh Hanan
Tazkirah pLatipus menulis Setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian. Sama ada suka atau tidak, setiap manusia akan menempuhnya dengan cara berbeza, sama ada sakit, kemalangan atau tiada tanda-tanda awal yang boleh menyebabkan kematian.

Orang yang mengingati mati tidak akan membuang masa dengan hidup berfoya-foya, terlalu mengejar keduniaan dan melakukan perbuatan mungkar.

Dia akan meneruskan kerja yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan hamba-Nya agar tidak melupakan kematian. Firman-Nya yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, mati pasti akan menjumpaimu, walau sekali pun berada dalam mahligai yang kukuh dan kuat.” – (Surah an-Nisa', ayat 78).

Dalam ayat seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, bahawa mati yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemui kamu juga, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu Dia akan khabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu lakukan.” – (Surah al-Jumu'ah, ayat 8).

Dalam menggalakkan umatnya mengingati mati, Islam tidak menyuruh umatnya bercita-cita supaya cepat mati, malah dilarang berbuat demikian.

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas bahawa katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana satu petaka mungkin menimpa dirimu.”

Daripada bersikap demikian, lebih baik berkata: "Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika mati itu yang lebih baik bagiku.”

Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam adalah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatannya, sedangkan sejahat-jahat manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat perilakunya.

Islam turut menjelaskan kaedah untuk mengingati mati iaitu antaranya sentiasa menziarahi sanak saudara atau sahabat dan kenalan yang sedang menderita sakit di rumah atau di hospital.

Biasakan diri menziarahi rumah orang yang sudah mati dan mengunjungi keluarga yang ditinggalkannya. Biasakanlah mengurus jenazah, memandikan, menyembahyangkan, menghantar jenazah itu ke kubur, menyaksikan jenazah itu dimasukkan ke liang lahad dan mendoakan orang yang sudah mati, terutama terhadap ibu bapa sen-diri.

Orang yang mengerti hakikat mati adalah orang yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan mengenai mati dan hakikat hidup ini bahawa ia akan menjalani masa hidupnya dengan tindakan serta sikap yang sesuai dengan kepercayaan dan keyakinannya itu.

Memang mengingati mati tanpa pengertian akan menyebabkan penderitaan batin, tetapi mengingati mati dengan penuh pengertian dan kepercayaan mengenai hidup sesudah mati, ia bukanlah menyebabkan kesengsaraan batin tetapi menimbulkan rasa bahagia dan keberanian.

Sekalipun masih disertai dengan perasaan ngeri dan takut tetapi perasaan ngeri itu tetap berada di atas kesedaran dan pengertian, kepercayaan dan keyakinan.

Orang yang beriman itu akan menghadapi mati dengan penuh harapan dengan batin yang amat teguh dan kukuh.

Ini kerana, perasaan matinya sudah dekat, maka tempoh hidupnya yang pendek itu akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Setiap detik itu akan dipergunakan untuk menghasilkan sesuatu yang berguna bagi diri, keluarga, negara dan agama.

**Artikel ini dipetik dalam MyQalam.org

:: My Qalam.org ::



 

  Tazkirah


Komen


"Mengingati mati dengan pengertian tambah bahagia" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123391 saat. Lajunya....