|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu. -- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
PELINDUNGAN HATI DARI BURUAN SYAITAN
|
|
 |
Posted on Jumaat, 19 Mac 2004 @ 14:46:39oleh Engku_Salina
|
|
|
sedamai_ukhwah menulis Pembahagian hati manusia terbahagi kepada tiga macam iaitu; hati yang sihat, hati yang sakit dan hati yang mati. Pembahagian seperti ini berdasarkan fungsi dan kepekaan hati tersebut terhadap peranan dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
HATI YANG SIHAT.
Hati yang sihat adalah hati yang akan berjaya menemukan pemiliknya dengan Allah S.W.T di hari kiamat nanti dengan penuh kebahagiaan dan kegemilangannya. Hal ini seperti mana dikhabarkan Allah menerusi firmanNya bermaksud;
" Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta benda dan anak-anak, kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat(sihat)." (Asy-Syuara':88-89)
HATI YANG MATI.
Hati yang mati adalah sama sekali tidak memiliki jiwa dan roh. Ia tidak mengetahui siapa Tuhannya, apalagi menyembahNya bahkan sekiranya ia mengetahui nescaya tidak menyukainya dan tidak redha terhadap Allah sebagai Tuhan. Sebaliknya, hati yang mati hanya tenggelam bersama syahwatnya di dalam arus kemaksiatan dan keseronokan belaka. Sekalipun (kadang kala ia mengetahui) yang sebenarnya bahawa TuhanNya murka dan marah ke atasnya. Bagaimanapun ia tetap tak kisah dan berdegil sama ada TuhanNya itu meredhai atau memurkainya. Baginya yang penting adalah berseronok menuruti nafsunya dan sudah merasa cukup puas hati dengan segala perintah yang diarahkan oleh nafsu. Termasuk ketagori Hati yang mati, adalah hati para penyembah dan pemuja selain Allah. Ia mengabaikan diri kepada sesuatu termasuk kepada nafsunya dalam keadaan sungguh cinta kerana keseronokan , sangat takut jika berpisah dengannya, serta selalu redha dan mengagungkannya . Dengan demikian, seseorang yang mati hatinya, kalau ia cinta atau suka terhadap sesuatu hanya atas dasar kerana nafsu, ia membencinya kerana didorang oleh nafsu semata-mata, jika memberi satu barang juga berdasarkan nafsu, pendek kata semua yang dilakukan hanya kerana menuruti hawa nafsunya.
HATI YANG SAKIT.
Yang ketiga adalah hati yang sakit. Di dalamnya terkandung jiwa dan roh, namun terdapat penyakit di dalamnya. Padanya memiliki dua potensi yang saling berebut dan berlawan bagi mendapat tempat dalam menguasai hati berkenaan. Kesimpulannya , hati yang sakit sentiasa menhadapi dua ujian. Pertama, padanya terdapat tarikan-tarikan yang membawa kepada mencintai Allah, RasulNya dan merindui hari akhirat. Kedua, terdapat unsur-unsru yang memperdaya ke arah kehidupan dunia semata-mata dengan jalan bertuhankan nafsu dan mengabdikan diri pada harta benda.
Rujukan: www.masjid.net.my
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
|
Komen