|
Kurnia Istimewa buat mereka yang bertaqwa
|
|
 |
Posted on Khamis, 18 Mac 2004 @ 14:39:08oleh Engku_Salina
|
|
|
zulhilmi menulis Dijadikan indah (pada pandangan mata) menusia kecintaan kepada segala yang diingini (nafsu) iaitu:wanita,anak-anak, harta yang nbanyak berupa emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia;dan (ingatlah) di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga). (14)
Katakanlah (wahai Muhammad): "mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu?". Untuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka di kurniai) isteri-isteri yang di sucikan (bersih) serta keridhaan Allah; dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya.(15)
(Yaitu) orang-orang yang berdoa: "Ya tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kamidari seksa neraka"(16)
(Yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hertanya (pada jalan Allah), dan yang memohon ampun pada waktu sahur.(17)
Al-Imran:14-17
Saudara saudari ukhwah sekalian....
Mesej tersirat pada ayat 14 di atas adalah penegasan tentang nilai sebenar perkara2 yang di senangi oleh manusia umumnya... Nilai hakiki kekayaan dan keseronokan yang di imbolkan oleh Allah sebagai wanita, anak-anak dan harta benda serata pangkat terumus pada klimat mata' al-dunya (keseronokan duniawi yang terbatas, rendah dan murah).Itulah nilai sebenar perkara-perkara yang menjadi keasyikan pada manusia di zaman ini. Lalu mereka lebih cenderung menghabiskan masa mereka dengan perkara-perkara remeh; meremehkan yang utama dan menghabiskan usia mereka untuk merebut barang murahan.
Ayat 15 mengungkapkan suatu hakikat panting, kurniaan Allah jauh lebih penting dari segala apa yang tersenarai dalam mata' al-dunya, iaitu syurga yang nikmatnya kekal abadi. buktinya terdapat kalimah khlidina fiha (mereka abadi di dalamnya). Keabadian syurgawi membawa maksud, keabadian penduduknya dan nikmat yang terkandung di dlamnya. tidakkah ini apa yang kita impikan selama ini, sebuah nikmat yang asli dan kekal bukan nikmat yang hanya fatamorgana dan bersifat sementara sahaja...
Oleh itu, ana ingin menyeru kepada sidang ukwah agar bersama kita bertaqwa dan berpesan-pesan kepada yang hak dan mencegah yang batil...
Ayat 16 dan 17 mnynaraikan sejumlah sifat dan ciri-ciri mereka yang bertaqwa.
1. Mereka yang sentiasa membasahi lidah dengan kalimat "amanna" (bahawa kami benar-benar beriman). Ucapan itu diulang-ulang untuk mendapatkan barakah dan syafaah dari Allah.
2. Mereka yang sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan daripada Allah dan mmiliki ketahanan dalam menunaikan ibadah kepada Allah (istiqamah) serta sanggup menaggung derita dalam menghadapi kepayahan dalam perjuangan mempertahankan dan memartabatkan agama Islam serta rela dalam menerima qada' dan qadar Allah.
3. Mereka yang benar dalam perilaku mereka. Mereka melakukan apa yang mereka perkatakan dan meninggalkan apa yang mereka larang... Inilah sikap sebenar seorang daie Islam. Kita sebagai daie perlulah mempunyai sikap ini. Mereka memperjuangkan yang hak dan mencegah yang batil dan menjadikan al-haqq itu sebagai teras perjuangan .Sikap benar juga melambangkan pembebasan dari sindrom yang lemah. berbohong pada hakikatnya tidak lain adalah sikap pengecut, tidak benari manghadapi risiko kebenaran lalu larri dari kebohongan.
4. Mereka yang sentiasa taai kepada Allah dengan khusyu' dan tunduk sepenuhnya (al-qanitin). Ia adalah hak uluhiyah dan kewajipan ubudiyah di samping pembuktian bahwa manusia hanya tunduk kepada Allah Yang Maha Esa, tidak kepada sesiapa pun selain-Nya.
5. Mereka yang membelanjakan harta kepada jalan Allah (al-munfiqun). Amat menyedihkan kerana sebilangan umat islam yang berbelanja semata-mata untuk mengurangkan nilai cukai pendpatan yang di kenaklan ke atas mereka, ada juga mereka yan berinfaq tetapi dengan barangan yang rendah mutunya. inilah anrtara faktor kelemahan umat islam kini....
Amalan infaq melambangkan kebebasan dari cengkaman pengaruh harta dunia, kebebasan dari belenggu nafsu serakah. Ia juga beerti pendaulatan nilai-nilai persaudaraan manusia serta jaminan sosial dalam masyarakat.
6. Mereka yang beribadat di 1/3 malam dengan mengerjakan sembahyang tahajjud dan memohon keampunan. Saat 1/3 malam itu merujuk pada waktu menjelang subuh, saat yang serba tenang, nyaman dan cukup serasi dengan nada istighfar memohon limpah belas kasih tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Demikianlah perilaku manusia yang bertaqwa...
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang di sebut oleh Allah sebagai Al-muttaqin.
"....Ya Tuhan kami,...jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan:74)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen