Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 17 hari yang lalu
sadiqah: 21 hari yang lalu

Al-Quran Pedoman Sepanjang Zaman
 Posted on Jumaat, 12 Mac 2004 @ 10:57:53oleh Engku_Salina
Tazkirah great_teacher menulis Sebagai makhluk Allah S.W.T yang mengaku beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, kita juga dikehendaki supaya beriman kepada Kitab-kitab Allah, khususnya Kitab yang telah diwahyukan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w iaitu al-Quranul Karim. Ini sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam surah an-Nisa' ayat 136 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan (kepada) Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah dan Malaikat-malaikat-Nya dan Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya dan hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. "

Ayat ini menunjukkan bahawa beriman kepada Kitab suci al-Quran dan menjadikan isi kandungannya sebagai pedoman dan panduan hidup kita merupakan suatu kewajipan bagi kita. Tidak ada seorang mukmin pun boleh mengatakan bahawa isi dan suruhan di dalam al-Quran sudah tidak sesuai di zaman moden ini. Bagi mereka yang mengatakan sedemikian dengan bermaksud menghina dan memperkecilkan isi dan kandungan al-Quran sesungguhnya dia telah sesat dan di Akhirat kelak, Allah akan menyediakan untuknya azab.

Marilah kita bertanya kepada diri kita, sejauh manakah usaha kita untuk menambah keimanan dan keyakinan kita terhadap al-Quran dan sejauh manakah kita telah menjadikan al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk dalam kehidupan kita sehari-hari dan sejauh manakah usaha kita untuk menghayati isi dan kandungan al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah untuk umat manusia.

Untuk melihat bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan al-Quran tersebut perlulah ada pada diri kita beberapa ciri sebagai tanda dan ukuran. Ciri-ciri yang dimaksudkan itu ialah:

1. Hendaklah kita sentiasa membaca dan berusaha menghafaznya. Dengan membaca al-Quran ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Dengan membaca al-Quran itu juga, kita akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat dari Allah, sebagaimana maksud sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "

2. Al-Quran itu hendaklah dibaca dengan teliti iaitu dengan bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran menjadikan bacaan tersebut menusuk ke dalam jiwa lalu menyentuh perasaan pendengarnya.

3. hendaklah kita sentiasa meneliti, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-Quran itu. Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:

" Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran. "

Al-Quranul Karim adalah gedung ilmu dan petunjuk yang benar. Ia merupakan khazanah ilmu yang mampu membentuk pemikiran sertaakal umat manusia. Sebab itu, apabila pemikiran serta akal seseorang yang berpedoman serta berlandaskan al-quran tidak akan terpesong dan terperangkap dengan pimpinan dan pembawaan nafsu syaitan.

Sebab itu apabila seseorang berfikir dengan berlandaskan al-Quran maka ia menjadi satu pemikiran yang kukuh dan sepadu serta berjaya memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Tidak pernah ada pejuang-pejuang atau pemimpin-pemimpin agama yang terpimpin dengan pemikiran al-Quran tercundang dengan prinsipnya bahkan menjadikan mereka lebih bersemangat dan teguh mempertahankan pendiriannya.
Apabila pemikiran berpaksi dengan al-Quran, dengan sendiri kita akan menjadi orang yang berprinsip dan berpendirian.

Jika sebaliknya kita akan menjadi manusia yang tidak mempunyai prinsip dan sentiasa berubah-ubah mengikut arus. Orang yang tidak berprinsip hanya menjadi pengikut, penterjemah dan pentafsiran pemikiran orang lain tanpa melihat sama ada pemikiran yang dikemukakan itu benar atau tidak disisi Allah S.W.T.

Berasaskan hakikat ini, apa juga langkah dan tindakan, kita perlu mengambil al-Quran sebagai dasar pemikiran bukan menjadi nafsu kemanusiaan yang rendah sebagai asas pertimbangan.

Seterusnya hendaklah kita berusaha mengamalkan segala isi kandungan al-Quran tersebut. Inilah manfaat dan faedah yang paling penting dan besar yang dapat kita nikmati dan perolehi daripada al-Quran setelah kita memahami isi kandungannya. Amatlah buruk sekali jika kita hanya mengetahui isi kandungan al-Quran dan memperkatakannya, tetapi kita gagal atau tidak mahu beramal dengannya. Allah S.W.T berfirman dalam surah as-Shof ayat 2-3 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

Marilah kita hiasi hidup kita ini dengan memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Kita manfaatkan hidup kita dengan membaca, menghafal, mempelajari segala petunjuk yang terkandung di dalamnya, memahaminya serta menghayati dan mengamalkan segala ajaran yang ada di dalamnya.Semoga Allah mencurahkan kepada diri kita, anak-anak kita dan isteri kita keberkatan dan keredhaan sepanjang hayat kita di dunia dan kita mendapat kebahagian di Akhirat nanti.

" Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Surah al-Isra': 9) "


Daripada Masyarakat Kepada Masyarakat - " Hidup Biar Berjasa " -

 

  Tazkirah


Komen


"Al-Quran Pedoman Sepanjang Zaman" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141208 saat. Lajunya....