Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 42 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Anak perempuan...isteri...ibu...
 Posted on Ahad, 07 Mac 2004 @ 21:03:42oleh Hanan
Tazkirah norhanan menulis Secara sedar atau tidak, pendekatan yang berbeza diperlukan dalam mendidik anak-anak lelaki dengan anak-anak perempuan. Umumnya anak perempuan ialah makhluk perasaan manakala anak lelaki ialah makhluk akal. Oleh itu, pendekatan meraikan lebih berkesan apabila berdepan dengan anak perempuan. Sejak kecil lagi anak perempuan perlu didik dengan sifat-sifat seorang isteri dan juga seorang ibu.

Sebagai seorang isteri...
Seorang suami inginkan ketaatan daripada seorang isteri. Latihlah anak perempuan agar taat dan patuh kepada perintah yang baik. Sifat malu juga penting kerana malu ialah benteng keimanan seseorang mukmin. Malu dapat mendidik mereka agar menjaga maruah dan harga diri daripada dijatuhkan dan direndah-rendahkan. Latihlah agar mereka menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak kepada pergerakan fizikal. Kecatikan rohani dan jasmani juga penting. Latihlah agar mereka peka kepada kecantikan dan kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal. Anak perempuan juga perlu dibiasakan agar mereka betah untuk berada di rumah. Ini secara tidak langsung dapat mendidik mereka agar sedar akan tanggungjawab seorang isteri adalah berada di samping suami dan anak-anak. Ini kerana apabila suami tiada di rumah isteri akan bertindak sebagai ketua keluarga dimana mereka perlu bijak menangani dan menguruskan rumahtangga kelak.

Sebagai seorang ibu...
Didiklah anak-anak agar mereka bersifat pengasih dan penyayang. Sifat ini dapat disemai agar mereka kasih dan sayang kepada adik,kakak, abang dan binatang. Oleh itu, anak-anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung agar dapat menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada bayi kelak. Seorang ibu perlulah banyak bersabar terutama dalam menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan anak, menjaga sakit-deman dan kerenah anak-anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya.

Akhirnya...
Renungkan dan fikirkan apabila berdepan dengan anak perempuan...

Bayangkan kita berdepan dengan bakal seorang isteri...Adakah menantu kita akan mendapat seorang isteri yang solehah?

Bayangkan pula kita berdepan dengan bakal seorang ibu...Adakah cucu kita nanti akan mendapat seorang ibu yang mithali?

Walau bagaimanapun seorang suami dan bapa juga iaitu seorang lelaki perlulah mempunyai keperibadian yang baik dan mulia...Usah mengharap seorang isteri sesetia dan sesolehah Fatimah .a andai akhlak anda tidak semulia Ali .a

 

  Tazkirah


Komen


"Anak perempuan...isteri...ibu..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135512 saat. Lajunya....