Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 231
Ahli: 0
Jumlah: 231




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 3 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Apa Itu Islam?
 Posted on Jumaat, 20 Februari 2004 @ 12:05:36oleh Engku_Salina
Tazkirah hanzaalah menulis Bolehkah kita menemui penerangan mengenai alam semesta? Ujudkah penjelasan yang meyakinkan? Kita semua sedar tiada keluarga yang boleh berfungsi tanpa seorang ketua, tiada bandaraya boleh ujud dengan makmur tanpa adanya pentadbiran yang cekap dan tiada sebuah negeri yang boleh beroperasi tanpa seorang pemimpin. Kita juga sedar tiada apa yang boleh ujud dengan sendirinya.

Selain dari itu, kita juga memerhatikan bahawa alam semesta ini ujud dan berfungsi dalam keadaan yang teratur, dan ianya telah ujud sejak lebih berbillion tahun. Bolehkah kita katakan bahawa semua ini berlaku secara kebetulan dan tanpa peraturan? Bolehkah kita kaitkan keujudan manusia dan seluruh alam ini dengan suatu kebetulan sahaja. Manusia hanyalah sebahagian kecil dari seluruh alam semesta yang besar ini, dan jika manusia merancang dan menghargai faedah dari perancangan, maka keujudannya dan alam semesta ini tentunya juga berasaskan satu perancangan rapi.

Ini bermakna ada sesuatu di sebalik keujudan kita, dan ada suatu kuasa luarbiasa yang mencipta benda-benda dari tiada kepada ada dan memastikan semuanya berjalan teratur. Di dunia ini tentu ada satu kuasa hebat untuk memastikan perjalanan dunia yang teratur. Di sebalik keindahan alam semulajadi, tentu ada Yang Maha Pencipta yang mencipta semua benda yang ujud ini untuk satu tujuan istimewa.

Manusia yang berfikir kenal akan Pencipta ini dan menamakannya Allah . Dia bukan manusia kerana tiada manusia yang boleh mencipta manusia lain. Dia bukan haiwan, dan bukan juga tumbuhan. Dia bukan berhala, bukan juga patung, oleh kerana benda-benda tersebut tidak mampu mencipta dirinya sendiri mahupun benda-benda lain. Dia sebenarnya ialah Perekacipta dan Penjaga semua mereka itu. Pereka sesuatu mesti berbeza dan lebih hebat dari benda yang direkanya.

Ada pelbagai cara untuk mengenali Allah dan banyak yang boleh dibincangkan mengenaiNya. Kehebatan dan keajaiban alam semesta ini adalah seumpama buku terbuka yang kita boleh baca mengenaiNya. Selain itu, Allah membimbing kita melalui para RasulNya dan wahyu-wahyu yang Dia turunkan kepada manusia. Rasul-Rasul dan wahyu-wahyu ini menerangkan semua perkara yang kita perlu tahu mengenai Maha Pencipta.

Penerimaan menyeluruh kepada ajaran dan panduan dari Yang Maha Pencipta seperti yang diturunkan kepada para RasulNya ialah ugama Islam. Islam mengajar bahawa Allah itu satu dan Yang Maha Kuasa, yang menyebabkan manusia menyedari erti alam semesta ini dan kedudukannya di situ. Keimanan ini membebasklan manusia dari sebarang ketakutan dan kepercayaan karut kerana keimanan membuatkan dia menyedari keujudan Allah Yang Maha Kuasa, dan tanggungjawabnya kepada Allah.

Keimanan ini mesti diterjemahkan dan diuji melalui amalan kerana keimanan sahaja tidak mencukupi. Keimanan kepada Tuhan Yang Satu memerlukan kita melihat manusia sebagai satu keluarga dibawah kekuasaan Yang Maha Pencipta, Pemberi Rezeki kepada semua. Islam menolak konsep manusia terpilih. Sebaliknya Islam menetapkan keimanan kepada Maha Pencipta dan amalan solehlah yang merupakan jalan ke syurga. Justeru, hubungan terus dengan Allah ujud tanpa memerlukan orang tengah.

Islam bukanlah satu ugama baru. Sebenarnya Islam adalah mesej dan panduan sama yang telah Allah berikan kepada semua Rasul-RasulNya seperi Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Daud, Musa, Isa, dan Muhammad . Walaubagaimanapun, mesej yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah Islam yang telah lengkap dan dalam bentuk terakhir.

Al-Quran pula ialah firman-firman Allah dan sumber asas ajaran dan perundangan Islam. Ia membincangnkan persoalan kepercayaan, amalan baik, sejarah manusia, penyembahan Tuhan, ilmu, kepintaran, hubungan manusia dengan Tuhan, dan hubungan sesama manusia. Ia juga mengandungi ajaran lengkap dari mana kita boleh membina satu sistem yang hebat, keadilan sosial, ekonomi, politik, perundangan, dan hubungan antarabangsa. Semuanya adalah isi penting di dalam Al-Quran.

Manakala Hadis pula ialah ajaran, sabda, pengesahan, dan perbuatan Nabi Muhammad yang dikumpulkan dengan teliti oleh para sahabat baginda . Hadis berfungsi menerangkan ayat-ayat Al-Quran.

Arkaanul-Islam: Lima Rukun Islam (Amalan)

Shahadatain (Penyaksian): Mengakui bahwa tiada yang berhak disembah selain dari Allah (Maha Pencipta), dan Nabi Muhammad ialah Rasul Allah .

Solat: Penyembahan kepada Allah sebanyak lima kali sehari. Amalan ini menguatkan keimanan kepada Allah dan mendorong manusia meningkatkan tahap moral mereka. Ia menyucikan hati dan menghalang manusia dari melakukan amalan mungkar:

Salaatul-Fajr (Sembahyang Subuh)
Salaatul-Zuhur (Sembahyang sekitar tengahari)
Salaatul-Asar (Sembahyang petang)
Salaatul-Maghrib (Sembahyang sekitar matahari terbenam)
Salaatul-Isha (Sembahyang Malam)

Zakaah (Sedekah): Menurut istilah, makna ringkas Zakaah ialah penyucian. Manakala makna teknikalnya pula ialah sejumlah wang atau barangan yang dibelanjakan oleh seorang Muslim setiap tahun kepada mereka yang layak berasaskan jumlah wang atau barang yang disimpannya. Kepentingan zakat lebih dari sekadar untuk bantuan kemanusiaan dan sosio-politik sahaja.

Puasa: Di bulan Ramadan, penganut Islam bukan hanya menghindari makanan, minuman, dan hubungan suami-isteri dari subuh hingga ke senja, mereka juga disuruh supaya menghindari niat dan kehendak jahat. Ramadan mengajar mereka erti kasih-sayang, amanah, dan kesungguhan. Ia juga menyuburkan rasa tanggungjawab sosial, kesabaran, dan kuasa diri.

Ibadah Haji (Perjalan ke Mekah): Ianya wajib dilakukan sekali untuk seumur hidup bagi mereka yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan. Ibadat Haji adalah perhimupnan tahunan terbesar di mana umat Islam bertemu dan kenal-mengenal diantara satu sama lain, mempelajari permasalahan mereka, dan mempertingkatkan perhubungan diantara mereka tanpa sedikit pun perasaan prejudis atau prasangka berdasarkan kebangsaan, kesukuan mahupun status. Lagipun semua manusia adalah sama sahaja pada pandangan Allah . Jadi ibadat Haji membuktikan semangat universal Islam dan semangat persaudaraan dan persamaan diantara sesama Muslim.

INILAH ISLAM

JALAN YANG SEBENAR MENUJU KEJAYAAN

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

wallahu a'alam bil muradik

 

  Tazkirah


Komen


"Apa Itu Islam?" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.159911 saat. Lajunya....