Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 22 jam, 3 minit yang lalu

cinta islamic???
 Posted on Isnin, 16 Februari 2004 @ 15:12:47oleh Engku_Salina
Semasa nailahAl-farafisyah menulis Assalamualaikum.. saja saja nak mencelah ni saya ambil melalui email saja untuk renungan semua.. melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaanyang lebih kearah nilai-nilai diatas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. cinta diatas lebih kearah rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

sebab hakikat percintaan yang dibenarkan oleh islam islah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam. kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih kearah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya.

jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip didalam islam. oleh itu bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan islam?

cinta didalam islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak islam lebih kearah menulis peringatan-peringatan allah yanh senantiasa takutkan kemurkaan Allah didalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. malah org yang bercinta di dalam bentuk syariat islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan untuk menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

malah org yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dan bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

semakin kerap berhubung akan menjadi semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. kerana atas dasar apa rindu yang teramat sangat ? sedangkan hakikat rindu yang sebenarnya ialah rindukan Allah. org yang berimana dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.

bukan kah di dalam islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mensari cinta serta mencari masalah dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebat didalam lautan cinta yang memabukkan. cinta berasaskan islam ialah cinta kebaikan , keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.

Malah cinta di dalam islam lebih kearah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata disebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat didalam diri respondennya ia lebih kearah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanan dan keutuhan dan pendirian responden.

jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina didalam dirinya daya tarikan kearah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. maka tidak ada dua, tiga atau empat sikap jatuh cinta dalam satu masa. Malah, masalah samaada sayang atau tidak sayang timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama meninngkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah didalam percintaan yakni ikatan rumahtangga.

cinta berasas kan islam dan syariat lebih kearah memupuk ukhwah islamiyah didalam pemantapan jasmani dan rohani. itulah cinta yang sebenar didalam islam. bukan seperti sebahagian anak anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata. sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar benar dapat menguwasai respondennya. ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta.

sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh org yang dicintainya. tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. ada yang jadi baik dan bercakap baik baik didepan org yang dicintainya. maklumlah org yang dicintai itu seorang yang beriman. tetapi bila bercakap dengan kawan-akwan lain pulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu.

sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama islam , jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasas kan cinta yang penuh didikan iman perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh didalam jerat percintaan yang tidak patut. sebab ia lebih kearah mengherat masalah baru. mungkin akan menjatuhkan kelembah hina seperti yang terjadi didalam kes Nur Aisyah Bukhari.

semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang dicintanya itu layak atau tidak untuk dicintai. sungguh pun dikatakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak didalam dirinya maka itu lah yang berlaku didalam diri Nur Aisyah.

begitu juga dengan anak anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati . perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada kearah ketidak fahaman konsep berasaskan islam.uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita tidak menerima cinta mereka.

ini tidak,anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati didalam hati mereka sendiri. biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan imanyang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

benarkah begitu? sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrik didalam pendirian mahupun akhlak. bukan kah akhlak yang cantik terbina terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik? bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik, iaitu apa? tentulah sekali dengan meminang wanita itu sebab wanita itu bukan calang-calang imannya tentulah terfikir dihati mereka "akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberi cintanya pada aku, akulah org yang paling agung dan terhormat diatas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh islam dan Allah ta'ala" oleh itu kata-kata bidalan " berkawan biar beribu, bercinta biar satu" tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut ditambah " bercinta biarlah untuk teman diakhirat yang dihalalkan oleh islam" disebabkan faktor faktor semua panahan cinta diatas konsep berkwan adalah tidak tepat dan bercanggah didalam konteks perhubungan didalam islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan kearah perhubungan dalam suasana fitnah.

akhir kalam, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikamnya yakni hanya org org yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan org yang patut dicintainya kerana hanya org yang baik baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik disitu sudah menampakkan penilaiannya dimana jodoh yang baik adalah untuk org yang baik dan begitulah sebaliknya. kerana org yang tidak baik , tidak menyanggupi untuk hidup bersama org yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga .>> berkata Imam Nawawi:>> "aku menyintaimu karana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"..
hayatilah....>>>

 

  Semasa


Komen


"cinta islamic???" | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: cinta islamic???
oleh masri ([email protected]) pada Isnin, 16 Februari 2004 @ 16:32:38
(Info AHLI) http://brothermasri.cjb.net


assalamualaikum..
tq utk peringatan yg berguna ini lebih2 lg kpd remaja spt ana..Ana juga tahu mmg kita remaja tak terlepas dr gejala cinta nih. Termasuklah ana dgn jujur mengaku bhw ana juga mempunyai seorang gf..Alhamdulillah so far semuanya ok..Kami x pernah dating..ini mungkin pelik bg sesetengah orang..Dan yg plg bagus sudah mula wujud perlumbaan antara kami..sbg contoh dlm belajar..kami sedaya upaya untuk mendapat markah yg lebih tinggi..kadangkala dia menang..kadangkala saya yg menang..Dan yg plg saya malu bila saya tewas pd bulan ramadhan yg lalu..saya tanya dia berapa byk juzuk dia dah baca..sbb waktu tu saya dah habis 27 juzuk..malu gak bila dia cakap dia dah khatam..yelah diakan pompuan mesti ade cuti tp dia masih sempat khatam sdgkan saye belum khatam walau x holiday..itu adelah contoh persaingan kami..bukan bermakna kami x ikhlas dlm beribadah..i a cuma sbg 1 galakan...maka bg yg nak bercinta tepuk dada tanya iman..adekah cinta itu nanti bawak pekdah atau bawa kemungkaran..tu shj assalamualaikum
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: cinta islamic???
oleh safiyya pada Ahad, 22 Februari 2004 @ 23:40:19
(Info AHLI) http://www.mawaddah.tk


assalamualaikum.
setelah membaca artikel ini,mmg betul apa yg ditulis.rata2 kita pernah menghadapi situasi ini.dan ana tidak terkecuali...ana sedar hati kita sering lemah terutamanya kaum perempuan...pesanan ana..Sesungguhnya Allah sudah tetapkan jodoh untuk kita,kalau xde kat dunia InsyaAllah di Akhirat nanti,dia menunggu kita.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.177743 saat. Lajunya....