|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!" -- Kang
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
Kalimah yang baik
|
|
 |
Posted on Ahad, 08 Februari 2004 @ 21:19:24oleh Hanan
|
|
|
amirul_mukminin2x menulis Assalamualaikum. Di antara arahan-arahan Rasulullah s.a.w. ialah sabda-sabda Rasulullah
s.a.w. berikut:
"Dan kalimah yang baik itu sedekah."
"Sesungguhnya hamba itu akan berkata-kata dengan perkataan yang beliau (sendiri) tidak jelas. Kerana perkataan itu beliau tergelincir ke dalam neraka yang lebih jauh (jaraknya dari jarak) antara timur dengan barat."
Kiranya Rasulullah s.a.w. itu dianggap sebagai qudwah hasanah kepada semua manusia, maka para duatlah orang yang paling utama mengikut Rasulullah s.a.w. dari orang lain. Oleh itu para duat Islam hendaklah melihat bagaimanakah keadaan Baginda Rasulullah s.a.w.
Al-Kharaithi dan al-Hakim telah meriwayatkan dari 'Amurah, bahawa 'Amurah berkata. Aku bertanya kepada Aisyah radiallahu-anha bagaimanakah keadaan Rasulullah s.a.w. apabila beliau bersendirian dengan para isterinya? Aisyah berkata: "Dia seperti lelaki lain (juga) cuma dia adalah seorang yang paling pemurah dan paling lembut bila senyum dan ketawa." Begitu disebutkan dalam al-Kanz, juzuk 4 halaman 47.
Al-Bazzar meriwayatkan dari Jabir radiallahu-anhu, Jabir berkata: "Apabila Rasulullah s.a.w didatangi wahyu atau peringatan, saya pun berkata: "Pemberi amaran kepada kaum, mereka didatangi oleh azab." Apabila keadaan itu hilang, saya lihat (Rasulullah s.a.w.) adalah orang yang paling manis mukanya, paling banyak tertawa dan paling baik manusia."
At-Tabarani pula berkata: "Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling banyak tertawa dan paling baik hati."
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
|
Komen