Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Doa`
 Posted on Jumaat, 16 Januari 2004 @ 17:19:33oleh Engku_Salina
Tazkirah kaze menulis - Dipetik Daripada Kaset Syarahan Ustadz TM Fouzy.

Mulakan berdoa dengan menyebut nama ALLAH dan memuji ALLAH. Bismillah-ir Rahman-ir Rahiim. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamiin. Kemudian membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Wassolaatu Wassalaamu 'Ala Ash Rofil Anbiyai Walmursaliin Saidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wassohbihi Ajmai'in.

Dan mulakanlah doa dengan bahasa apa saja. Misalan - Bahasa Melayu.

Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami, Ampunilah sekelian dosa kami.
Ya ALLAH, Ampunilah sekelian kesilapan kami.
Ya ALLAH, Berikanlah kami keimanan dan taqwa.
Ya ALLAH, Berikanlah kesedaran atas tanggungjawab kami.
Ya ALLAH, Pimpinlah kami kejalan yang benar.
Lindungilah kami dari kuasa Nafsu dan Syaitan.
Ampunkanlah sekelian dosa Ibu dan Bapa kami.
Ampunikanlah sekelian dosa guru-gura kami dan saudara-mara kami dan mereka yang telah berjasa kepada kami, sekelian kaum Muslimin dan Muslimat.
Ya ALLAH, Antara kami yang lemah, kau kuatkanlah.
Antara kami yang sakit, kau sembuhkanlah.
Antara kami yang berhutang, kau tunaikanlah.
Antara kami yang jahil, kau ajarkanlah.
Antara kami yang sesat, kau tunjukkanlah.
Antara kami yang bujang, kau kahwinkanlah dengan pasangan yang sholeh.
Antara kami yang mempunyai hajat dunia dan akhirat yang baik bagi kami, kau qabulkanlah.
Ya ALLAH, Berikanlah kami pimpinanmu untuk kembali kepada Islam.
Ya ALLAH, Mudahkanlah kami untuk sembahyang dengan khusyuk.
Mudahkan kami datang kerumahmu untuk memakmurkannya.
Mudahkan kami untuk bersholat Tahajjud.
Mudahkan kami untuk membaca Al-Quran dan memahaminya.
Ya ALLAH, Penuhkanlah hati kami cinta padamu,
Cinta kepada Rasulmu,
Cinta kepada Islam,
Cinta kepada Quran,
Cinta kepada saudara Muslimin kami.
Ya ALLAH, Terimalah kami sebagai hamba yang kau redhai.
Matikanlah kami dalam keadaan Khusnul Khotimah, diatas kalimah Tauhid
LAILAHA ILLALLAH Muhammad-ar Rasullullah.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami ketika sakharatul maut. Kami takut dan kami bimbang.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami didalam kubur. Kami seorang sahaja.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami di padang Mahsyar. Kami sangat lemah dan sangat dhaif.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami didalam api Neraka.
Ya ALLAH, Sedangkan kepanasan dunia tak dapat kami tanggung.
Ya ALLAH, Kurniakanlah kami Syafaat Saidina Muhammad SAW.
Kurniakanlah kami lindungan Arashmu.
Kurniakanlah kami Rahmat dan belas kasihan.
Kurniakanlah kami keampunanmu.
Ya ALLAH, Pandanglah kami dengan Rahmat dan belas kasihanmu.
Ya ALLAH, Janganlah kau pandang ibadat kami dengan kesalahan dan kesilapan.
Ya ALLAH, Sesungguhnya kami tidak pandai berdoa dan tidak pandai bermohon.
Ya ALLAH, Kami mohon kerana sekelian kebaikan yang pernah dimohon oleh hamba-hambamu yang sholeh dan kami berlindungan denganmu dari sekelian kejahatan yang pernah dimohon oleh hamba-hambamu yang sholeh.


Sekiranya Berdoa didalam Masjid.

Ya ALLAH, Jadikanlah masjid ini yang makmur, yang dipenuhi para jemaah.
Ya ALLAH, Jadikanlah masjid ini dengan penuh ketaatan.
Ya ALLAH, Jadikanlah mereka yang memakmurkan masjid ini dengan penuh keikhlasan.
Ya ALLAH, Terimalah sekelian amalan mereka.
Ya ALLAH, Terimalah sekelian kebajikan mereka.
Ya ALLAH, Jadikanlah didalam catitan amalan baik mereka sehingga dibalas dengan Syurgamu dan demikianlah sekelian kaum Muslimin Muslimat yang berjuang untuk menegakkan kalimah Tauhid LAILAHA ILLALLAH Muhammadar Rasullullah.


Diakhiri dengan membaca selawat sekali lagi.

Wassallallahu 'ala Saidina Muhammadin Wa 'ala Alihi Wassohbihi Ajmai'in ,
Subhanaka Rabbika Rabbil 'izzati 'Amma Yasifuun , Wasalaamu 'ala
Mursaliina Wal Hamdulillahi Rabbil 'Alamiin.
Sekian sahaja doa yang dipetik dari kaset Syarahan Ustadz TM Fauzy.

Taqobbalallahu Minkum , Minna Waminkum Taqobbal Ya Kariim.

"Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Kekal! Senangkanlah hati kami dalam perjalanan menuju Kebesaran-Mu. Lindungilah kami daripada mengikuti jalan orang-orang yang sombong, dengan berkat rahmat dan keAgungan-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Jadikanlah diri kami ini sebagai pelayan dan pencari redha-Mu. Wahai Tuhan yang menerangi hati, jadikanlah kami sebagai orang yang sentiasa mencari dan mencari redha-Mu."

"Wahai Tuhan Yang Maha Memancarkan Cahaya! Hilangkanlah keburukan yang ada
pada diri kami. Ampunilah segala dosa kami ."

 

  Tazkirah


Komen


"Doa`" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129654 saat. Lajunya....