Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 16 hari yang lalu
Daeng_Jati: 36 hari yang lalu
Kang: 40 hari yang lalu

Bingkisan buat sahabatku
 Posted on Isnin, 12 Januari 2004 @ 9:01:51oleh Engku_Salina
Kenangan darul_numan81 menulis Sahabat,
AKu mohon jutaan maaf, jika dalam pembicaraan ku ini menyentuh rasa, menyentuh jiwa murni mu yang kesunyian. Aku tahu siapalah aku ini yang berbicara dihadapanmu. Tapi aku rasa perlu dan terdesak untuk memberitahu khusus kepada mu tentang berita ini, semoga kau mengerti…

Assalamu'alaikum Wr Wb,

Alhamdulillah, ku mulakan bingkisan ini dengan memanjatkan setinggi-tinggi pujian hanya untuk ALLAH, seindah shalawat dan salam istimewa kepada RasulAllah SAW, ahli keluarga, para sahabat, muslimin-muslimat seluruhnya hingga di hari Kiamat.

Sahabat,
AKu mohon jutaan maaf, jika dalam pembicaraan ku ini menyentuh rasa, menyentuh jiwa murni mu yang kesunyian. Aku tahu siapalah aku ini yang berbicara dihadapanmu. Tapi aku rasa perlu dan terdesak untuk memberitahu khusus kepada mu tentang berita ini, semoga kau mengerti…

Sahabat,
Izinkan aku bertanya… Apakah tujuan kita di sini? Apakah tujuan kita dihidupkan? Apakah tujuan hidup kita? Ke manakah hidup kita selepas ini? Apakah kesudahannya?

Sahabat,
Ku khaskan bingkisan ini, khusus buat mu agar kau mengerti… Betapa kita semua akan MATI… Bila tiba saat dan tibanya nanti…

Sahabat,
Mohon maaf sekali lagi jika persoalan ini, dapat menyentuh sudut hatimu yang sunyi…

Sahabat,
Aku ingat kepada pesan Allah, surat Adz-zariyaat ayat 56; "Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menghambakan diri kepada-KU"

Apakah kau juga ingat pesan ini, sahabat? Apakah kau juga tau sebagaimana aku tau? Ya…! Betapa pesan dari "Yang Maha Agung" tidak dapat kita mungkiri. Yang kita perlukan hanyalah kita taat dan patuh padaNya… kerana kita sendiri dijadikan oleh-NYA… dan kita akan kembali kepada-NYA… Bila? Hanya DIA jua yang mengetahuinya…

Sahabat,
Aku rasa… dan aku yakin bahawa tujuan kita… kehidupan kita… dan kesudahan seluruhnya hanya kepada-NYA, "Yang Maha Pencipta."Jadi…. Aku mohon kepada mu, sahabat… jika engkau menganggap ini sebagai satu permohonan. Dan. Aku meminta kepada mu, sahabat… jika boleh engkau anggap ini sebagai permintaan Fahamilah bahawa…

Dari ALLAH kita datang… dan hanya kepada-NYA kita akan kembali…

Dari itu, bersiaplah…

Bersiaplah dari sekarang…

Dengan bekal mu yang secukupnya, kerana hari itu tidak bernilai lagi wang, emas dan harta benda, tidak berharga keluarga, dan sanak-saudara, tidak bermakna sahabat-handai taulan, Melainkan… mereka yang datang menghadap ALLAH S.W.T. dengan amal sholeh, taqwa dan iman penuh di dada. Hanya mereka yang akan beroleh bahagia… Hidup Kekal Selamanya Di Syurga…

Sahabat,
Semoga kita jua… Dapat bersama seperti mereka…InsyaAllah!Wassalamu'alaikum Wr Wb

Aku Yang Telah Puas Menangis
...........................................

"Jangan tergesa-gesa di telan meski manis adanya,
siapa tahu itu racun yang dibungkus dengan madu,
jangan tergesa-gesa dimuntahkan meski pahit adanya,
siapa tahu itu adalah ubat yang menyembuhkan"


 

  Kenangan


Komen


"Bingkisan buat sahabatku" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.146011 saat. Lajunya....