Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu

Peranan Rabiatul Adawiyah
 Posted on Selasa, 30 Disember 2003 @ 9:50:58oleh Engku_Salina
Umum Saifuddin menulis Peranan Raabi’ah di Dunia
Antara peristiwa yang dihadapinya dengan menggunakan senjata kessobaran, kesyukuran dan keredhaan ialah beliau berpuasa berterusan selama tujuh hari tujuh malam. Beliau hanya berbuka dengan seteguk air. Menghabiskan masa malam dengan bertahajjud dan bertasbiih. Ketika menjelang malam yang kegelapan beliau mendengar bisikan dalaman yang terpancar dalam dirinya:

“Wahai Raabi’ah! Sampai bila anda menyeksakan diri sebegini rupa tanpa kesudahan?”
Bisikan halus itu datang berterusan kepadanya. Ungkapan itu berulangkali didengarinya. Sedangkan Raabi’ah terus hanyut dalam arus ketenangan dan kesepian. Beliau tidak mengetahui cara mana ianya datang kepada dirinya.

Beliau memilih jalan sukar dan sulit ini dan tetap tidak akan berganjak daripadanya. rasa seksa pada dirinya memberi rasa bahagia dan gembira pula, kerana berjaya menyekat dirinya daripada kesedapan kebendaan dan keinginan jasmani. Beliau menukar cara ini kepada jalan Ma’rifat, Hikmat dan kelazatan ruhani pula.

Ketika beliau dalam ketenangan dan keheningan begitu tiba-tiba terdengar bunyi ketukan perlahan di luar pintu rumahnya beberapa kali. Beliau membuka dan mendapati ada lelaki membawa makanan kepadanya. Beliau mengambilnya dengan penuh kesyukuran dan meletaknya di satu sudut rumah, kemudian pergi menyalakan pelita, tiba-tiba datang seekor kucing secara senyap menyelinap masuk mencuri makanan itu serta memakannya dengan penuh lahap sampai habis semuanya. Apabila beliau datang untuk mengambil makanan itu dan mendapati tidak ada yang ketinggalan. Belia berkata dengan penuh tenang:”Saya cari yang lain untuk berbuka puasa”.

Ketika beliau bergerak ke arah tempayan untuk minum tiba-tiba pelita terpadam dan beliau mengangkat guri untuk mengambil sedikit air; tiba-tiba terlepas daripada tangannya lalu jatuh terus pecah.

Segala peristiwa itu berlaku dalam beberapa saat, sedangkan beliau sudah seminggu tidak mengambil apa-apa makanan melainkan seteguk air sahaja dan sewaktu tiba makanan, tiba-tiba makanan dan air habis hilang.

Apakah tindakan Raabi’ah pada saat itu? Adakah beliau merasa sedih atau dukacita? Atau terus berada dalam suasana penuh cahaya ketenangan diri seperti sebelumnya?

Beliau tidak menambah apa-apa pada ucapannya selain daripada berkata:
“ Oh Tuhan! Apakah yang engkau kehendaki daripada hambaMu yang kerdil lagi miskin ini?” Kemudian beliau menyesal dengan apa yang diucapkannya itu, sambil mengalirkan air dari kedua-dua biji matanya. Dalam beberapa saat kemudian beliau mendengar suara bisikan yang datang dari segenap penjuru dengan perkataan;
“Wahai Raabi’ah! Kalau anda mahukan sesuatu tentu kami boleh berikan seluruh isi dunia kepada anda, tetapi kenalah anda memindahkan perasaan cinta anda itu kepada kami, kerana cinta kami dan cinta dunia tidak dapat disatukan”.

 

  Umum


Komen


"Peranan Rabiatul Adawiyah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141854 saat. Lajunya....