Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Sikap berhati-hati dlm menafsir Al-Quran
 Posted on Selasa, 30 Disember 2003 @ 9:49:25oleh Engku_Salina
Tazkirah Saifuddin menulis Pendapat untuk Kenali, haji Muhammad Yusuf bin haji Ahmad

Antara ilmu Islam yang diajarkan untuk Kenali secara serius ialah terjemah Al Qur’an dan tafsirannya, di mana beliau mengajarkan Tafsir Al Jalaalain di samping menggalakkan murid-murid beliau menterjemahkan Tafsir Al-Khaazin.

Di dalam kitab “Anwar Al Huda”, syarah Tafsir Al- Jalalain “, buah pena salah seorang murid beliau, Asy- Syaikh ‘Uthman Jalaaluddin (meninggal 1952) mendedahkan suatu pendapat atau sikap untuk Kenali:

“Adalah guru hamba Al-‘Aaalim Al-‘Allaamah Syaikh Muhammad Yusuf Kenali Kelantan yang diwafatkan dia pada 2hb. saya’baan, hari Ahad pada tahun 1352 Hijrah, beberapa kali disurh akan dia di hadapan hamba supaya (tafsir), maka ia menolak akan dia dan ia berkata:

“Kita bukan ahli bagi menafsir Qur’an dengan ketiadaan syarah kerana kita tiada hafadz akan huruf-huruf tafsir dan kalimahnya yang menerangkan maksud ayat Qur’an.”
Menurut untuk Kenali, seseorang yang hendak memahami bacaan tilaawah Al-Qur’an itu hendaklah lebih dahulu menghafal perkataan-perkataan atau kalimah Al-Qur’an terutama yang ghariib(tidak kerap digunakan dalam masyarakat) agar dengan hafalan itu memudahkan kita memahami dan seterusnya mendalami ayat-ayat suci yang hakikatnya mempunyai erti yang mendalam dan luas.

Mengenai tafsir ayat di akhir bagi Surah Yaasin yang berbunyi:
Ayat yang ke 82 (maaf sebab tak boleh tulis)

Bermaksud”Tiada lain sungguhnya urusanNya(Allah), apabila Dia menghendaki sesuatu, cukuplah bagiNya) bahawa dia berkata(perintah): “Kun”(Jadikan), maka jadilah (terciptalah) dia.”

Semasa beliau mengajar ayat ini, ada murid yang menanyakan beliau: “Wahai Tuan Guru, makhluk ini banyak dan bertaburan di sana sini. Bagaimanakah hakikat terlaksananya “Kun fayakuun” ini?”

“Adakah semestinya Tuhan berkali-kali berfirman:”Kun!” Kemudian “Kun!” dan seterusnya sebab banyaknya makhlukNya?”

Dengan senyum untuk Kenali menjawab:” Maksud kata-kata itu bukanlah seperti lafadznya; tetapi ialah ‘ibarat segeranya berlaku kehendak atau iraadah Allah Ta’aala Yang Maha Perkasa. Bukanlah mesti dengan mengucapkan kata-kata demikian.”

Disamping itu untuk Kenali mempunyai sikap berhati-hati di mana beliau tidaklah ingin mengulas mengenai tafsiran sesebuah ayat Qur’an yang terkandung dalam sesebuah kitab Agama melainkan setelah kitab itu dibawa kepada beliau terlebih dahulu. Ya, beliau sangat berhati-hati, tidak mencukupi dengan ilmu dan peringatan yang ada pada beliau sahaja.

 

  Tazkirah


Komen


"Sikap berhati-hati dlm menafsir Al-Quran" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123359 saat. Lajunya....