Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

AURAT WANITA..
 Posted on Khamis, 18 Disember 2003 @ 10:43:48oleh Engku_Salina
Tazkirah espiranza menulis “Wanita itu Indah. Keindahan sebenar akan terpancar apabila arahan Allah ditaati dan laranganNya dijauhi. Sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah”

Bulu kening

Menurut Bukhari “Rasulullah melaknat perempuan yang bercukur: (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)” (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Kaki (tumit kaki)

“Dan jangan lah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An-Nur :31)

a)menampakkan kaki
b)menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

Wangian

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati sesuatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Dada

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka” (An-Nur :31)

Gigi

“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya” (Riwayat At-Thabrani)

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muka dan Leher

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan lah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dulu”

a)bersolek (make-up)
b)menurut Maqatil:Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliyah.

Muka dan Tangan

“Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah baligh tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Tangan

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Mata

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya” (An Nur: 31)

“Jangan sampai pandangan satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Mulut (suara)

“Janganlah perempuan-perempuan itu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Ahzab:32)

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi” (Riwayat Ibn Majah)

Kemaluan

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”
(An-Nur:31)

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan maruah dirinya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya” (Riwayat Al Bazzar)

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Pakaian

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah)

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a)Berpakaian tipis/jarang
b)Berpakaian ketat/membentuk
c)Berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu

“Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab:59)

Rambut

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”

Wanita Semulia Saidatina Khadijah, Setaqwa Saidatina Aishah, Setabah Saidatina Fatimah...

“Wahai Tuhan yang Maha Pemurah,
Terangilah aku dengan Nur Imanmu,
Hanya Kaulah tempat aku berserah,
Mengharap Maghfirahmu..”

Wallahualam bissawab

 

  Tazkirah


Komen


"AURAT WANITA.." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.240171 saat. Lajunya....