Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 173
Ahli: 0
Jumlah: 173




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Peristiwa Sewaktu Rasulullah Mengadakan Kenduri
 Posted on Ahad, 14 Disember 2003 @ 10:24:32oleh Hanan
Tazkirah kamal_82 menulis Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan yang lainnya, dari Anas .a., mengatakan, "Pada waktu Rasulullah SAW mengadakan kenduri kahwin atas
perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsyin, ibuku (Ummu Salim) berkata kepadaku" "Alangkah baiknya kalau kita memberi hadiah kepada Rasulullah SAW".

Saya menjawab: "Memang baguslah cadangan ibu itu."

Ibuku membuat makanan yang diperbuat daripada campuran minyak sapi,
tepung gandum dan tamar kemudian memasukkannya ke dalam kuali. Setelah
makanan itu masak, ibuku memasukkannya ke dalam rantang (tempat gulai)
kemudian berkata kepadaku:"Wahai Anas, bawalah gulai ini ke rumah
Rasulullah SAW. Katakan ini kiriman daripada ibu dan sampaikan salam
ibu."

Kata Anas lagi: "Saya jumpai Rasulullah dan saya sampaikan kiriman
serta pesan ibuku itu. Kemudian Rasulullah berkata kepadaku: "Terima
kasih banyak, semoga Allah memberikan ganjaran bagi kamu semua.
Sekarang pergi undang si Polan dan si Polan (Rasulullah menyebut nama
mereka satu persatu) dan siapa saja yang engkau jumpai."

Maka saya pun panggil semua orang yang saya jumpai dan pergi lagi
mengundang nama-nama yang sudah disebutkan Rasulullah SAW itu. Saya
kembali ke rumah Rasulullah SAW, dan saya lihat orang sudah penuh di
rumahnya.

Ketika Anas ditanya berapa orang yang diundang Rasulullah SAW itu,
katanya lebih kurang tiga ratus orang.Kata Anas lagi: "Saya lihat
Rasulullah SAW meletakkan tangannya di atas makanan yang saya bawa itu
dan saya lihat beliau membacakan sesuatu. Kemudian Rasulullah
memanggil sepuloh orang dari semua undangan supaya makan.

Rasulullah berkata kepada semua undangan: "Makanlah dengan menyebut
nama Allah dan makanlah dari hidangan yang paling dekat kepada anda
semua."

Mereka semua makan secara bergantian. Makanan itu mencukupi dan mereka
semua kenyang. Setelah semua makan, Rasulullah menyuruh saya mengambil
tempat makanan yang saya bawa itu tadi. Rantang itu merasa masih berat
dan saya tidak tahu mana lebih banyak ketika membawanya tadi atau
ketika membawanya pulang ke rumah."

***************************
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga
kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh rahmat
Allah SWT.
***************************

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

(surah Al-Baqarah ayat : 208)

***************************

 

  Tazkirah


Komen


"Peristiwa Sewaktu Rasulullah Mengadakan Kenduri" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112577 saat. Lajunya....