Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 198
Ahli: 0
Jumlah: 198




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Kenapa Mesti Pulau Memulau!
 Posted on Sabtu, 29 November 2003 @ 0:37:26oleh Hanan
Tazkirah amirul_mukminin2x menulis Hukum pulau memulau sesama Islam.

Islam merupakan agama berbaik2. Tiada satupun dalam Islam menyuruh kita bermusuh2an melainkan dalam keadaan tertentu. dalam dunia sekarang, pelbagai karenah kita lihat dalam hubungan manusia sesama manusia. Gaduh di sana sini. Tak bertegur sapa terutama sesama Islam. Oleh yang demikian, saya nak ambil kesempatan ini untuk membawa beberapa hadis yang berkaitan dengannya. Semoga kita mengetahui dan mengelakkan sebarang yang Allah benci. Seluruh umat Islam harus bersatu dan bergerak dalam barisan yang sama. Umat Islam mesti mempunyai satu nada yakni nada yang Allah dan Rasulullah telah ajarkan kepada kita.

Bukankah Nabi SAW telah mengajarkan kita untuk hidup saling berganding bahu dan tolong menolong terutama sesama Islam. Perpaduan umat Islam haruslah kita pelihara.

Oleh yang demikian hendaklah jauhi dr persengketaan sesama manusia. Kerana telah sepakat jumhur ulama mengatakan haram hukumnya bagi seseorang muslim itu tidak menegur sapa di antara satu yang lain bersandarkan beberapa hadis shahih. Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda:

Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm, maka siapa yang memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka. Hadis riwayat Attirmidzi, al-hakim

Nabi SAW juga bersabda:

Tidak dihalalkan bagi seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm, sehingga bila bertemu masing-masing memalingkan muka, dan yang terbaik di antara keduanya ialah yang mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.

Mengambil faham dari hadis di atas, ulama telah sepakat mengatakan memberi salam itu penghapus dosa pemulauan.

dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:

Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis, maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali pada org yang masih be sengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat, Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.

Didalam hadis di atas Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah telah befirman dengan mengulangi ayat Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai sebyk 3 kali. Disitu Allah ingin menekankan kepada hambanya bahwa Allah amat memurkai org Islam yang tidak bertegur sapa di antara satu dan lain.

Walaupun demikian sekiranya, salah seorang telah mengambil langkah untuk memberi salam ataupun memohon maaf sedangkan pihak yang lain tidak ingin menerima salamnya, maka teampunlah org yang memberi salam tetapi bagi org yang menolakknya kekallah dalam kesesatan dan hasutan syaitan. Nauzubillah.

Wassalam!

 

  Tazkirah


Komen


"Kenapa Mesti Pulau Memulau!" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126049 saat. Lajunya....