Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Budaya suka membazir pudarkan keberkatan Ramadan
 Posted on Khamis, 06 November 2003 @ 6:03:12oleh Hanan
Semasa syah_solehah menulis RAMADAN penuh dengan keberkatan menjelma lagi. Seluruh umat Islam mengerjakan ibadat puasa sepanjang bulan ini dan ramai yang bersembahyang tarawih di masjid serta melakukan amalan kebajikan.Hari ini jelas kelihatan semakin ramai umat Islam melaksanakan amalan mulia pada Ramadan berbanding pada masa lalu.

Tetapi adakah umat Islam benar-benar melaksanakan segala tuntutan agama pada Ramadan? Persoalan ini kini menjadi isu sejagat sedang sarjana Islam sendiri menghadapi kesulitan dalam menghuraikan isu ini.

Ini bukanlah satu isu yang asing. Ia saling berkait dengan keadaan keseluruhan umat Islam. Dengan bersikap acuh tidak acuh dan jahil dengan ajaran Islam sebenar, tidak ada siapa boleh mengharapkan sebarang perubahan dalam keadaan kita yang agak mengecewakan.

Kita dapat melihat umat Islam melaksanakan upacara keagamaan, tetapi ia ternyata tidak berkesan dalam membangkitkan semangat dan komitmen di kalangan mereka.

Hidangan makanan yang mewah, pakaian yang indah, menunjuk-nunjuk sesuatu yang remeh temeh dan membazirkan rezeki yang diberi Allah sudah menjadi kelaziman pada Ramadan.

Pada bulan puasa juga kita dapat melihat banyak hotel di Malaysia menawarkan hidangan bufet kepada pelanggan beragama Islam untuk berbuka puasa.

Pada kadar bayaran tertentu ada sehingga RM60 seorang, pelanggan boleh makan minum seberapa banyak yang disukainya dengan pelbagai hidangan dan makanan pencuci mulut yang begitu menyelerakan.

Walaupun sikap makan berlebih-lebih ditegah dalam Islam, namun tiada apa yang dapat menghalang orang Islam daripada tunduk kepada nafsu makan mereka ketika berbuka puasa. Sesetengahnya beranggapan mereka perlu makan seberapa banyak yang mungkin supaya berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Mereka yang menikmati hidangan berbuka puasa secara bufet ini akan tertarik kepada makanan yang berbau harum dan kelihatan enak dimakan. Deria pandang dan bau ini sering menyebabkan seseorang itu mengambil makanan yang melebihi keperluannya. Memandangkan terlalu banyak makanan diletakkan ke dalam pinggan, ramai yang tidak mampu menghabiskannya, dan akhirnya makanan itu terbuang begitu saja.

Kenapakah wujud dorongan nafsu yang kuat di kalangan umat Islam untuk membazirkan makanan, terutama pada Ramadan ini? Adakah terdapat tuntutan psikologi untuk merasakan bahawa “aku bukannya miskin jadi tidak ada salahnya aku membazirkan makanan?”

Atau adakah ia satu simbol status untuk membazirkan makanan? Atau adakah ia kerana sikap tidak kisah untuk membazirkan makanan (malah air)? Adakah umat Islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, “...makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang suka berlebih-lebihan.” (Surah Al A’raaf, Ayat 31)

Rasulullah SAW pula bersabda, “Jika seseorang memakan makanan dan kemudian menjilatnya, makanan itu akan berdoa kepada Allah supaya hamba itu dibebaskan daripada api neraka samalah seperti dia membebaskannya daripada syaitan.” (diriwayatkan oleh Razin)

Oleh itu, sebelum mengambil makanan, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri: “Banyak manakah saya boleh makan tanpa membazirkannya? Adakah saya akan menyukai makanan ini? Saya sepatutnya merasanya terlebih dulu dan jika saya menyukainya, saya akan mengambilnya lagi kemudian.”

Ibu yang mempunyai anak yang masih kecil pula perlu berfikir sebelum meletakkan makanan ke dalam pinggan anak mereka, “Adakah anak saya akan menyukai makanan ini? Banyak mana mereka boleh makan? Mampukah mereka habiskan makanan yang saya berikan? Bolehkah saya habiskannya untuk mereka?”

Jika kita meneliti semula jumlah makanan yang dibazirkan dalam bulan Ramadan, terutama bufet di hotel, kita akan menyedari keadaan umat Islam masa kini yang menyedihkan, iaitu tidak ada perasaan kasih sayang antara sesama Islam.

Semua orang beria-ia mendapatkan yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya. Mereka tidak kisah jika saudara se-Islam mereka tidak makan. Marilah kita fikirkan sabda Rasulullah yang berbunyi: “Tidak ada seorang pun yang dianggap telah beriman sehinggalah dia berdoa untuk saudara Islamnya apa yang diingini untuk dirinya sendiri (diriwayatkan oleh Imam Bukhari).

Dalam menghayati kedatangan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memikirkan mengenai golongan yang tidak bernasib baik seperti saudara-saudara kita di kawasan yang terbabit dalam kancah peperangan. Dengan berbuat demikian, amalan membazirkan makanan sepanjang Ramadan ini dapat dielakkan.

S .M Mohamed Idris
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

 

  Semasa


Komen


"Budaya suka membazir pudarkan keberkatan Ramadan" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134756 saat. Lajunya....