Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu

Sejarah Perkembangan Komputer
 Posted on Selasa, 21 Oktober 2003 @ 21:08:12oleh Hanan
Umum kaze menulis Dalam tamadun Mesir, China dan Yunani Abakus atau sempoa telah digunakan bagi melakukan pengiraan asas sejak beribu tahun dahulu.Dalam tamadun Mesir, China dan Yunani Abakus atau sempoa telah digunakan bagi melakukan pengiraan asas sejak beribu tahun dahulu. Pada tahun 1617, John Napier mencipta tetulang Napier (Napier's bones) yang dibuat daripada tulang, kayu, logam dan kad yang boleh melakukan pengiraan asas. Dengan alat ini juga beliau mencipta sifir logarithma yang pertama. Blaise Pascal, ahli matematik Perancis memperbaiki konsep tersebut dengan mencipta Pascaline, kalkulator mekanikal yang pertama. Dua abad selepas itu sehingga1820, semua usaha untuk menghasilkan kalkulator yang cekap gagal.

Dalam tahun 1816, Charles Babbage membina model enjin pembeza (the difference engine) yang menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja sebagai ingatan, mengira secara automatik dan mengeluarkan output dalam bentuk cetakan di kertas. Projek yang disokong oleh kerajaan British pada masa itu telah dihentikan apabila beliau menumpukan perhatian terhadap enjin analitiknya (analytical engine) yang dikatakan lebih maju.Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesinnya, ide beliau amat berguna kepada pembentukan komputer moden hari ini.

Joseph Jacquard mencipta kad tebuk yang pertama sebagai alat input dalam industri tekstil pada tahun 1801. Kad tebuk dipopularkan sebagai alat input oleh Herman Hollerith semasa memproses data untuk bancian penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Kejayaan Herman menggalakkan lebih banyak penyelidikan sehingga munculnya kelas peralatan komputer yang baru dipanggil kalkulator analog. Kalkulator jenis ini menggunakan voltan elektrik untuk kuantiti fizikal dengan menggunakan persamaan antara satu kuantiti fizikal dengan satu paras voltan. Pada tahun 1937, Howard Aiken mencipta mesin elektromekanikal yang dipanggil Mark I yang mengandungi gabungan komponen elektronik dan mekanikal. Komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Evolusi komputer selepas tahun 1940 dikelaskan kepada 5 generasi.

Komputer Generasi Pertama (1942-1959)

Komputer generasi ini menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat dan bersaiz besar. Ia boleh dikelaskan sebagai komputer kerangka utama (mainframe). Walau bagaimana pun, tiub-tiub vakum tersebut memerlukan ruang yang besar dan menjadi cepat panas dan bukanlah satu alat elektronik yang efisien. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin-operasi mesin dalam bentuk digit binari 0 dan 1. Komputer digital eletronik sepenuhnya yang pertama ialah ENIAC, (Electronic Numerical Integrator And Calculator), dicipta pada tahun 1946. Ia mengambil ruang 140 meter persegi, berat 30 ton dan mengandungi 18,000 tiub vakum. ENIAC telah dimajukan dengan terciptanya EDVAC (Electronic Discrete Auomatic Computer) yang menggunakan nombor binari dalam pemprosesan dan storan. Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa dalam tiub untuk menyimpan ingatan menjadi komputer yang pertama menggunakan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) dikeluarkan pada 1951 telah digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat dan pengurusan perniagaan.

> Komputer Generasi Kedua (1959 - 1965)

Komputer generasi kedua memperlihatkan penggantian tiub vakum oleh transistor dan diod dalam litarnya. Transistor lebih kecil, ringan, murah, tahan lama dan mudah digunakan jika dibandingkan dengan tiub vakum. Oleh yang demikian ia boleh dibina dengan kos yang lebih rendah dan saiz yang lebih kecil. Oleh sebab saiznya yang kecil dan kepantasan operasinya, komputer yang dihasilkan berupaya menjalankan satu operasi dalam mikrosaat dan menyimpan puluhan ribu aksara. Pembuat komputer mula menghasilkan komputer keupayaan menyimpan yang lebih efisien serta input dan output yang lebih pantas. Pengaturcaraan adalah ditulis dalam bahasa simbol. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti FORTRAN dan COBOL mula diperkenalkan. Contoh komputer generasi kedua ialah IBM 1400, IBM 7000, UNIVAC III dan NCR 304.

Komputer Generasi Ketiga (1965 - 1970)

Komputer generasi pertama dan kedua mengandungi banyak wayar yang menyambungkan setiap komponen. Apabila ahli sains berjaya menghasilkan litar terkamir atau cip dengan memadatkan beberapa ratus atau ribu transistor ke dalam segiempat silikon melalui pengamiran skala besar (LSI; Large Scale Integration) komputer generasi ketiga muncul. Komputer jenis ini tidak memerlukan banyak sambungan dan kuasa, lebih kuat, utuh dan padat. Keupayaan penyimpanan bertambah sehingga beberapa billion aksara boleh disimpan dan dicapai oleh komputer dalam masa kurang dari sesaat. Pemprosesan maklumat adalah dalam nanosaat. Bahasa pengaturcaraan yang baru seperti BASIC dan Pascal muncul . Contoh komputer generasi ketiga ialah IBM 360, ICL (International Computer Limited) dan VAC 9000.

Komputer Generasi Keempat (1970 - ? ).

Komputer generasi keempat menggunakan cip berteknologi tinggi melalui pengamiran skala amat besar (VLSI; Very Large Scale Integration). Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap dan besar. Pemprosesan maklumat adalah dalam berjuta bit sesaaat. Ini mewujudkan satu kelas komputer dipanggil superkomputer yang memunyai pemproses selari (parallel processor) di mana setiap pemproses mempunyai ingatannya sendiri dan semua berfungsi serentak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, komputer CRAY adalah satu superkomputer yang boleh menjalankan 20 juta pengiraan dalam masa sekelip mata. Biasanya superkomputer diguna untuk aplikasi berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan negara seperti mencipta senjata nuklear. Kini ia dicipta untuk menguruskan data berskala besar dan menghasilkan persembahan visual bagi pelbagai projek, termasuk saintifik, kejuruteraan, perniagaan, pembuatan, alam sekitar, cuaca, angkasa lepas serta petrokimia.

Dalam masa generasi komputer yang keempat juga muncul mikrokomputer atau komputer peribadi. Pada tahun 1975, Steve Wozniak dan Steve Jobs membina Apple I, satu mikrokomputer yang mampu dibeli oleh orang perseorangan. Pada 1981 pula muncul mikrokomputer IBM 16 Bit diikuti seterusnya oleh siri-siri APPLE, IBM, COMMODORE, ATARI dan lain-lain. Komputer generasi keempat sekarang mempunyai ciri-ciri input dan output yang maju.

Komputer Generasi Kelima

Komputer generasi ini belum lagi wujud. Namun demikian kajian telah pun dijalankan untuk menghasilkan komputer jenis ini khususnya di Jepun dan Amerika Syarikat. Komputer jenis ini diharapkan dapat mempunyai kepandaian tersendiri seperti otak manusia, di mana ia boleh mengesan keadaan sekeliling, berfikir dan membuat keputusan sendiri yang bebas dari kawalan manusia. Sifat luarbiasa ini dipanggil kepintaran buatan (AI; Artificial Intelligence)

 

  Umum


Komen


"Sejarah Perkembangan Komputer" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154868 saat. Lajunya....