Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




  Yang Masuk Ke Sini
Daeng_Jati: 5 hari yang lalu
skater: 7 hari yang lalu
HIKAL: 26 hari yang lalu

Merokok: Haram atau Makruh ?
 Posted on Selasa, 21 Oktober 2003 @ 13:01:39oleh Engku_Salina
Tazkirah safiee_iiu menulis Assalamualaikum...

Isu rokok ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan masih mengelirukan banyak pihak. Masih ramai yang mengangap merokok ini hukumnya makruh. Di Malaysia sendiri, masih ramai umat Islam yang merokok dan mengangap hukum merokok ini makruh.

Saya bukanlah pakar dalam menentukan hukum tentang merokok ini. Jadi, saya merujuk kepada pakar yang arif tentang hukum merokok ini. Berikut adalah maklumat yang saya temui tentang maklumat merokok:

1) Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa merokok adalah haram.
( Maklumat: http://mufti.islam.gov.my/kedah/ -> Tekan "Bank fatwa", -> "Fatwa Kedah" -> "Umum" -> "Merokok".

2) Artikel dari http://www.islaam.com/Article.asp?id=362.
Bertajuk "The Evil of Smoking".

3) Banyak artikel dari Fatwa-Online
http://www.fatwa-online.com/cgi-bin/perlfect/search/search.pl?p=1&lang=en&mode
=any&q=smoking&submit=Find.

4) Soaljawab bersama Mufti Negeri Melaka
http://distance.mmu.edu.my/mufti1.nsf/805c5bb5d9d5ebd6c82567d30004dbbc/22
b986b7da469d3d48256872000ae49e?OpenDocument

5) Fatwa Negeri Perlis.
http://www.perlis.gov.my/mufti/fatwa/SOALAN14.htm

6) http://www.islam.tc/cgi-bin/askimam/search.pl?
query=smoking&limit=20&order=DESC&sort=date&where=question

7) http://www.islam-online.net/fatwa/english/searchfatwaresult.asp?
hTitle=smoking&hKeyword=&hMufti=&hTopic=&Submit=Submit

Sudahkah anda membaca artikel yang diberikan di atas ? Artikel tersebut menjelaskan bahawa "Merokok bukanlah MAKRUH, tetapi HARAM".

Sebenarnya, ulama bukanlah berselisih pendapat tentang merokok ini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah perbezaan pendapat antara ulama dahulu dan ulama sekarang. Ulama dahulu menyatakan merokok adalah makruh, tetapi ulama sekarang menyatakan merokok adalah haram.

Ulama terdahulu memberikan pendapat bahawa merokok adalah makruh kerana mengikut maklumat-maklumat yang ada ketika zaman dahulu. Mereka hanya memberikan perbandingan dengan memakan bawang dan petai. Mereka juga memberikan alasan jika kita menghisap rokok beberapa kali sehari, ia tidak memberikan kesan penyakit dengan segera.

Tetapi, ulama hari ini menyatakan rokok adalah haram. Fakta yang diberikan lebih nyata dengan memberikan fakta berkaitan kesihatan (analisis sains), sosio-ekonomi dan sebagainya. Ketika ini maklumat tentang kesan keburukan merokok adalah jelas, dan lebih ramai ulama ketika ini memutuskan bahawa merokok adalah haram. Dan, lebih ramai ulama yang ditanya akan menyatakan merokok itu adalah haram...

Hanya sedikit ulama hari ini yang menyatakan merokok itu makruh... Itupun kemungkinan mereka mengikut fatwa ulama terdahulu. Ketika ini, kita tidak lagi menemu fatwa bahawa merokok adalah makruh daru ulama-ulama yang bertauliah seperti mufti-mufti atau badan-badan yang berautoriti untuk memberikan fatwa.

Jadi, ketika ini, semua fakta yang ditemui menunjukkan bahawa merokok adalah haram. Ketika ini, saya masih belum dapat artikal yang menyatakan merokok itu makruh. Jika anda menemui artikal menyatakan merokok itu makruh, sila hantarkan kepada saya melalui e-mail di .

Merokok telah dibuktikan merbahaya dan terbukti merbahaya secara saintifik:
a) Mengakibatkan Kenser dan Barah
b) Amaran oleh Kerajaan Malayasia - Merokok membahayakan kesihatan
c) kos insuran hayat orang merokok lebih tinggi

Banyak maklumat tentang merokok boleh didapati:
a) di yahho.com: http://search.yahoo.com/bin/search?p=smoking
b) Anti Merokok Indonesia: http://www.antirokok.or.id/

Berikut adalah sedutan berita dari NST ( www.nst.com.my ) bertarikh 20 Aug 2002:
"Health Minister Datuk Chua Jui Meng said there were six million smokers nationwide with 10,000 tobacco-related deaths annually. Ten thousand deaths a year translates to 1.2 deaths every hour or 38 deaths apa day directly related to tobacco. This is a terrible prize to pay for tobacco addiction, he told a Press conference today. This was on the average more than the number of people dying of AIDS, tuberculosis, malaria, pneumonia and road accidents which came to 4,300 deaths a year. More than half the adults in the country were smokers with more than 3.5 apa cent of adult women being smokers. Chua said 24.8 apa cent of Malaysians smoked in 1996, an increase of 3.3 apa cent or one million smokers over a 10-year period. Quoting the National Health and Morbidity Surveys 1 & 11, he said this was a frightening development as the number of youths who smoked increased by 1.1 apa cent between 1996 and 1999"

Jadi, adakah anda telah yakin bahawa merokok itu haram ? Tahukah apa ertinya jika kita yakin bahawa merokok itu haram ? Apabila sesuatu itu (rokok) adalah haram, maka apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah haram: Membeli untuk orang lain atau diri-sendiri, menjadi penjual dan mengedarkan rokok adalah haram.

Jika merokok adalah perbuatan yang haram, sudah pastilah ia adalah sesuatu perbuatan yang sangat tidak elok. Kita akan berdosa jika kita merokok. Kita akan kerugian jika kita merokok. Kita akan diazab kelak, jika kita merokok. Janganlah ikuti tabiat pembuat maksiat di pub dan disko: di situ mereka hanya mengisap rokok, meminum arak dan berdisko ! Di situlah tempat orang yang begitu gila mengisap rokok boleh ditemui. Meminum arak adalah haram... Berdisko adalah haram, Merokok adalah .... ?

Kalau anda masih merokok... Hentikanlah. Apakah lagi maklumat yang anda mahu dan masih menyatakan merokok itu makruh ?

Diceritakan, seandainya, anda teramat ingin mandi di sebuah sungai. Ada dua orang yang anda tanya. Seorang memberitahu anda bahawa sungai tersebut ada buaya (bahaya ?) dan seorang lagi menyatakan bahawa sungai tersebut tidak ada buaya (tidak bahaya ?). Jadi, apakah keputusan anda ? Adakah sungai tersebut bahaya atau tidak untuk anda mandi ? Tentu anda tidak berani untuk mandi di sungai tersebut !

Begitulah juga, secara bandingan; seandainya anda bertanya dari dua orang ulama tentang hukum merokok. Seorang ulama menyatakan Haram. Apabila haram, jika kita merokok adalah berdosa, kita akan di azab di atas dosa tersebut. Seorang ulama pula menyatakan hukum merokok tersebut adalah makruh. Ini, bermakna anda tidak berdosa jika merokok. Jadi, pendapat ulama yang manakah yang anda akan ikut ? Anda sebagai orang yang bijak memilih keputusan, tentulah anda mengikut pendapat yang menyatakan merokok itu adalah haram.

Jadi, sebagai kesimpulannya, hukum merokok adalah haram, jadi kalau anda masih merokok... Hentikanlah, jangan tangguhkan lagi keputusan anda untuk berhenti merokok. Tidak ada gunanya anda masih mengikut pendapat yang menyatakan merokok itu makruh, kerana bilangan mereka semakin kecil, dan semakin ramai yang yakin bahawa merokok itu adalah haram. Kalau anda masih tidak puas-hati, silalah beri pendapat anda kepada kami. Terima kasih.
Wallahu a'alam.


--------------------------------------------------------------------------------

Jika terdapat unsur-unsur shubhah lebih baik dijauhkan berdasarkan Hadith Bukhary Muslim :"Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir .a katanya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut."

 

  Tazkirah


Komen


"Merokok: Haram atau Makruh ?" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.168843 saat. Lajunya....