|
Mencari Pemimpin?
|
|
|
Posted on Selasa, 14 Oktober 2003 @ 15:40:56oleh Engku_Salina
|
|
|
sahabat_sejati menulis “Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin negeri,
Pertama Elok kedua pandai.”
Tanggungjawab memelihara keindahan alam sekitar dan keharmonian negara bukan saja terletak pada bahu pemimpin semata-mata. Tetapi ia juga merupakan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul bersama oleh para pengikut dan penyokong kepada pemimpin. Rakyat yang berbilang bangsa dan agama juga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Bukan kecil tugas dan tanggungjawab pemimpin, sedikit saja tersasar dari landasan. Musnahlah semuanya. Peranan yang dimainkan perlu juga seiring dengan tingkah perlakuan pemimpin. Visi dan misi, objektif dan matlamat haruslah seiring dan sehaluan dengan setiap perancangan dan perlaksanaan. Memajukan negara ke peringkat lebih tinggi memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua orang.
Tidak ada gunanya setiap kemajuan yang dicapai jika ia disalahgunakan. Malah lebih tidak berguna jika ia tiak gunakan langsung dan terbiar begitu saja. Perancangan yang dilakukan dan perlaksanaan program yang dilaksanakan bukanlah mengambil masa yang sikit dan perbelanjaan yang sedikit. Jika semua ini tidak digunakan secara berhemah dan terbaik, maka sia-sia sajalah hasrat dan wawasan murni seseorang pemimpin itu.
Pemimpin pula, dalam melaksanakan sesuatu perancangan perlu ada garis panduan tertentu dan perlu ada landasan yang tepat. Setiap program yang direncanakan pula perlulah dinilai dari pelbagai aspek antaranya alam sekitar, masyarakat dan negara. Kesan baik dan buruk juga perlu dipertimbangkan dengan hematnya kerana ia bakal mencorakkan negara pada masa akan datang. Tidak bermakna sesuatu kemajuan jika rakyat hilang pendirian dan terus menghapuskan identiti yang begitu dibanggakan selama ini.
Jangan memandang mudah sesuatu tugas lebih-lebih lagi dalam proses perlaksanaan. Tidak ada gunanya perancangan yang bersistematik jika perlaksanaan program itu tidak seperti apa yang dirancangkan. Memang tidak dinafikan ramai orang mampu untuk merancang yang terbaik, tetapi berapa ramai yang mampu mengikut perancangan itu? Dan berapa ramai pula yang angkuh dan ego serta menganggap perancangan hanyalah satu prosedur untuk mendapatkan kelulusan semata-mata. Sama-sama difikirkan.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen