|
Merdekakah Kita?
|
|
|
Posted on Selasa, 14 Oktober 2003 @ 15:39:21oleh Engku_Salina
|
|
|
sahabat_sejati menulis Tanggal 31,
Bulan 8,
’57,
Merdeka, Merdeka,
Tetaplah Merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah
Tidak berapa lama lagi negara kita, Malaysia bakal merayakan Hari Kebangsaan kali ke 46 pada 31 Ogos 2003 ini. Bagi sesetengah golongan mungkin hari Merdeka hanya sekadar hari cuti am, hari yang memberi kesempatan melihat program perarakan di samping bersantai. Sesungguhnya hari ulangtahun negara itu paling bererti dan sudah semestinya mendorong azam baru sebagai individu, sebagai maysarakat dan sebagai sebuah negara.
Sedar tidak sedar, sudah 46 tahun Malaysia merdeka. Jika dikenang kembali, perjuangan mendapatkan kemerdekaan bukanlah mudah. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terpaksa mengadakan rundingan lebih 6 minggu semata-mata mahu mendapatkan persetujuan Ratu Elizabeth untuk memerdekakan Perseukutan Tanah Melayu ketika itu.
Namun kini, perjuangan membina sebuah negara adalah sesuatu yang berterusan, yang ramuannya tidak semestinya dipersetujui oleh semua orang pada satu-satu masa. Di peringkat inilah kita mengakui bahawa kita perlukan kumpulan pemimpin yang kuat dan jelas visinya untuk menyelamatkan negara pada alaf yang serba mencabar ini.
Persaingan global di samping pengaruh sistem nilai hidup dari luar dan dalam akan dihadapi. Faktor-faktor komunikasi juga merubah cara kita bertindak terhadap sesuatu. Sesungguhnya apabila dikatakan teknologi akan terus mempengaruhi pemikiran dan tindak tanduk rakyat Malaysia amnya memang tidak boleh disangkal. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tunduk malahan itulah sebenarnya medan untuk menguji sejauh mana kepemimpinan seseorang pemimpin itu.
Dalam usaha mengisi kemerdekaan misalnya, bukanlah suatu tugas yang mudah dan perlu dipandang enteng. Jika kita nilai semula, sebenarnya adalah lebih payah untuk mengisi kemerdekaan itu dari mendapatkannya. Tetapi berapa ramai sedar dan tahu tentang semua itu? Adakah ia hanya perlu ada dalam diri seseorang pemimpin? Atau perlu disematkan dalam jiwa sanubari rakyat Malaysia.
Untuk mengisi kemerdekaan secara berterusan tidak cukup dengan hanya menumpukan kepada kemajuan am saja. Sahsiah negara itu sendiri juga tidak kurang pentingnya untuk diambil kira. Bagi yang mahu berfikir, di saat inilah penilaian perjuangan Malaysia perlu dihalusi semula. Penelitian ini lebih merupakan semakan untung rugi perjuangan yang telah dicapai setakat ini. Bagi yang berjaya, lafaz syukur dan tahniah baginya. Tetapi bagi yang tidak, jangan mudah berputus asa dan berusahalah kerana kejayaan itu milik kita yang mencarinya.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen