Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu

Wajib berdakwah walaupun belum sempurna...
 Posted on Jumaat, 03 Oktober 2003 @ 9:26:10oleh Hanan
Tazkirah BrotherMon menulis Ramai org sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu,tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah.dalam konteks dakwah,di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah.Inilah faktor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun melakukannya,kerana apa ? kerana dia merasakan amalannya masih belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada diri.

Assalamualaikum..
Ramai org sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu,tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah.dalam konteks dakwah,di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah.Inilah faktor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun melakukannya,kerana apa ? kerana dia merasakan amalannya masih belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada diri.

Berkaitan dengan isu ini,Imam Said bin Jubair berkata.”Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaanya yang sudah sempurna,maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar”.

Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya beliau menambah,”Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?” Imam Al Hasan pula berkata, “Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukannya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini,sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar.”


Iman memerlukan bukti,dan salah satu diantara bukti-buktinya ialah membenci maksiat.Tanpanya,iman berkecai dihati.Rasulullah saw bersabda dengan maksud, “ Tidak ada selepas itu iman,walaupun sebesar biji sawi.” –Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan.Sahabat rasulullah saw yang bernama Abdullah bin Masud menegaskan, “ Binasalah mereka yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar,dengan hatinya”

Kesimpulannya,marilah kita berdakwah dan menyeru kepada kebaikan..walaupun diri sendiri belum sempurna…muhasabah diri kita…banyak cara boleh berdakwah…remaja sukakan hiburan..berdakwah melalui hiburan seperti melalui nasyid dan sebagainya…mudah diterima oleh jiwa remaja..
Salam mesra…
Sekadar peringatan kepada diri ini dan juga buat semua..
Wassalam..

Sumber rujukan : “Kit kombat ISLAM untuk REMAJA” Buku karya Dr.Danial Zainal Abidin.Pulau Pinang.

 

  Tazkirah


Komen


"Wajib berdakwah walaupun belum sempurna..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116472 saat. Lajunya....