Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 41
Ahli: 0
Jumlah: 41




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Hukum Membaca Al-Quran Buat Si Mati
Disiarkan pada Rabu, 24 September 2003 @ 21:00:10 oleh Hanan

Tazkirah azri_smartian menulis: "Menyingkap apakah hukum membaca al-quran untuk dihadiahkan kepada si mati. Amalan ini amat berleluasa di negara kita. Apakah ia menepati sunnah Nabi s.a.w.? Mari kita singkap bersama, dengan ringkas dan tepat, Insyaallah.

Assalamualaikum,

Syarat penerimaan sesuatu ibadah terdiri dari dua bahagian. Yang pertama adalah syarat yang terkandung di dalam syahadah pertama, iaitu lah ILAHA ILA ALLAH, iaitu kemuncak bagi tauhid iaitu ikhlas. Dalilnya adalah dari surah Al-Ikhlas, yang mana kandungannya amat sarat dengan tauhid matlub, atau tauhid utama iaitu tauhid uluhiyyah.

Namun suatu ibadah yang hanya disertakan dengan ikhlas tidak mencukupi untuk diterima Allah. Sebagai contoh, A solat subuh pada pukul 3 pagi, dengan alasan ikhlasnya pasti diterima Allah. Adakah ibadahnya sah? Pastinya tidak kerana Nabi s.a.w. sudah menetapkan bahawa syarat bagi solat subuh adalah mesti dilakukan setelah masuk waktu fajar. Begitu juga seorang yang solat Isyak sebanyak lapan rakaat, dengan alasan ikhlasnya pasti ibadah diterima, malahan berganda. Pasti awal-awal lagi sudah tertolak, kerana Nabi s.a.w. sudah menetapkan solat Isyak adalah empat rakaat.

Kerana itu saudara-saudara sekalian kita umat Islam mempunyai satu lagi syarat dalam penerimaan ibadah, iaitu Ittiba Ar-Rasul, atau ikut cara Rasul dengan ilmu. Inilah yang dilambangkan dengan syahadah kedua, iaitu ANNA MUHAMMADA RASULALLAH.

Ini amat jelas atau tertsubut dalam hadis sahih riwayat Imam Nawawi (bermazhab Syafi'i) di dalam kitab hadis 40, "MAN AMILA AMALAN LAISA ALAIHI AMRUNA FAHUA RADDUN" yang bererti, Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amalan bukan dari kami (iaitu dalam urusan agama) nescaya ia tertolak.

Bagaimana pula dengan hukum membaca Al-Quran kepada si mati?

Berkata Imam Ibnu Kathir di dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, ketika beliau menafsirkan ayat 36 dari surah An-Najmu yang bererti, 'Dan tiadalah sesuatu apapun bagi insan kecuali apa yang diusahakannya', beliau telah mengambil kata-kata Imam As-Syafi'i, imam mazhab kita, "ISTAMBATUS AS-SYAFI'I, ANNA QIRAATA lah YASILLU I'DA U TSAWABUHA ILA AL-ALMAUT" yang bermaksud, 'telah berijtihad As-Syafi'i, BAHAWA SESUNGGUHNYA BACAAN AL-QURAN, TIDAK SAMPAI PAHALA BACAANNYA KEPADA SI MATI.

Begitu juga kata Imam As-Syafi'i, "Aku mengharamkan bacaan al-quran kepada si mati, kerana tidak sampai pahala bacaannya kerana ia bukan lagi amalan si mati ketika hidup".

Adapun amalan anak yang soleh, pasti ia akan sampai kepada ibu-bapanya, kerana ini memang tercatat di dalam hadis yang sahih. Tak semestinya amalan membaca Al-Quran, bahkan SEMUA jenis amal baik yang diamalkannya akan sampai, kerana anak yang soleh ini merupakan suatu usaha titik peluh ibubapanya ketika hidup yang mendidik dan mengajarnya hingga menjadi hamba yang taat kepada Allah.

Oleh itu saudara-saudara sekalian, ilmu adalah perkara terpenting dalam kita beramal kepada Allah. Walau seindah mana sekalipun suatu amalan di mata kita, namun kalau ia bercanggah dengan nas yang sahih, ianya mustahil akan diterima Allah.

Saya sebagai saudara seislam saudara-saudara sekalian, menyeru dengan seikhlas hati, marilah kita bersama-sama kembali beramal dengan amalan yang nyata-nyata ada di dalam sunnah nabi s.a.w., mari kita tinggalkan ikutan secara membuta-tuli, penerimaan secara terus tanpa memikirkan sebarang dalil bagi amalan tersebut. Sunnah nabi s.a.w. wajib kita tegakkan.

Wassalam.
Salam dari UIA PJ.

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Hukum Membaca Al-Quran Buat Si Mati" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149035 saat. Lajunya....