Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

KONSEP PERUBATAN ISLAM
 Posted on Rabu, 21 Mei 2003 @ 23:58:44oleh Hanan
Umum isa-vr4 menulis Dunia perubatan Islam telah bertapak sekian lama dan telah diakui oleh sarjana timur dan baratWalau bagaimanapun, tiada definisi yang sepakat untuk mentakrifkan Perubatan Islam kerana pengamal perubatan mentakrifkan konsep tersebut menurut cara atau gaya yang tersendiri demi mengiktiraf teknik yang mereka amalkan selari dengan konsep sebenar perubatan Islam sehingga menimbulkan kekeliruan yang serius dalam masyarakat

KONSEP PERUBATAN ISLAM

Keadaan ini berterusan sehingga para cendekiawan Islam memperdebatkan isu ini semasa diadakan Kongres Antarabangsa dalam Perubatan Islam yang pertama di Kuwait pada 1981. Terdapat dua pandangan utama mengenai definisi Perubatan Islam :
i. Perubatan Islam adalah alternatif kepada perubatan yang datang dari barat. Ini bermakna semua konsep dan teknik perubatan yang berlainan dari masyarakat barat boleh diterima pakai tanpa batasan. Prof. Dr. Omar Hassan Kasule dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyatakan definisi ini tidak diterima oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia perubatan Islam. Hal ini adalah kerana sesetengah amalan atau pegangan pengamal perubatan bertentangan dengan tauhid yang melibatkan unsur-unsur syirik dan khurafat.
ii. Perubatan Islam bersifat nasionalisme atau politik. Konsep ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sendiri. Konsep ini mengehendaki supaya umat Islam tidak mempergunakan ilmu perubatan barat sedang hakikat semua ilmu itu datang dari Allah s.w.t.
Oleh itu, satu definisi yang tepat dalam mentakrifkan Perubatan Islam telah dicadangkan oleh Prof. Dr. Omar Hassan Kasule semasa membentangkan kertas kerjanya di Kongres Antarabangsa dalam Perubatan Islam yang pertama di Kuwait pada 1981 :
“Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan yang mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai dan prosedur serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah” .

Perubatan Islam seperti mana-mana konsep Islam lain kerana pada akhirnya ia kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai petunjuk kebenaran.

2.1 Falsafah Perubatan Islam

Perubatan Islam seperti yang terkandung di dalam definisinya merupakan satu teknik perubatan yang unik kerana selari dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah yang merupakan wahyu dari Allah s.w.t. Oleh itu penting bagi seseorang untuk memahami falsafah perubatan ini terutamanya kepada pengamal perubatan Islam.

Antara kandungan falsafah perubatan Islam yang menjadi pegangan pengamal perubatan Islam sejak sekian lama adalah :


i. Kemuliaan

Islam memandang profesion dalam bidang perubatan merupakan bidang yang mulia. Ini adalah kerana pengamal perubatan yang benar-benar mengamalkan konsep perubatan yang tulen perlu mengamalkan sifat sabar yang tinggi, memberi layanan yang cemerlang, memberi nasihat yang terbaik kepada pesakit. Selain itu, mereka yang dalam profesion ini boleh berdakwah kepada pesakit supaya berikhtiar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Hal seperti ini terjadi semasa zaman kenabian Isa a.s. Nabi Isa a.s telah diberi mukjizat untuk menyembuhkan beberapa penyakit seperti sopak.

ii. Keagungan

Setiap penyakit yang diuji kepada manusia pasti ada penawarnya, selaras dengan sifat Allah Yang Maha Pemurah. Allah memerintahkan manusia agar mencari ubat bagi setiap jenis penyakit agar manusia tunduk dan bersyukur kepadaNya. Manusia juga harus mempergunakan penawar yang ditemui untuk kesejahteraan bangsa manusia itu sendiri. Jika penawar penyakit AIDS ditemui, ini bukan bermakna manusia boleh melakukan seks bebas tanpa rasa ragu-ragu dan bimbang.

iii. Kerahmatan

Seseorang yang di timpa kesakitan seharusnya redha terhadap ketentuan yang datang dari Allah. Oleh itu ilmu perubatan perlu untuk menyembuhkan penyakit seseorang dan ilmu ini merupakan rahmat Allah s.w.t kepada manusia.

Selain itu penyakit yang di timpakan kepada seseorang itu merupakan satu rahmat. Ini adalah kerana pada masa seseorang itu sakit, Allah akan memberikan perhatian yang lebih kepada seseorang dan bertujuan mengampunkan dosa seseorang. Ia juga bertujuan menguji tahap keimanan seseorang

iv. Kewajipan

Mengamalkan perubatan Islam di dalam sesebuah masyarakat merupakan fardu kifayah. Oleh itu masyarakat Islam harus mempersiapkan diri mereka dengan kelengkapan ilmu, fasiliti, peralatan yang secukupnya dan tenaga profesion yang terlatih bagi menjalankan tanggungjawab ini.

v. Kekecualian

Seseorang pengamal perubatan Islam kadang kala terpaksa berhadapan dengan situasi yang kontradiktik dengan hukum syarak. Dalam hal ini, terdapat beberapa pengecualian yang diberikan oleh Allah untuk membolehkan manusia menyelesaikan masalah tersebut sesuai dengan sifat agama Islam itu sendiri iaitu mudah difahami dan diamalkan. Ini adalah kerana menurut perundangan Islam perkara yang diperlukan untuk menyempurnakan perkara yang wajib secara automatik menjadi wajib.

Sebagai contoh, diagnosis yang dilakukan oleh doktor terhadap tubuh manusia adalah dibenarkan termasuk juga pembelajaran secara fizikal dan dalaman tetapi dengan syarat yang ketat.

vi. Keihsanan

Salah satu akhlak Islamiyah dalam falsafah perubatan Islam yang perlu diamalkan oleh pengamal perubatan ialah sifat ihsan. Sifat ihsan dan kasih sayang menjadikan rawatan yang diterima pesakit lebih bernilai dan bermakna. Ini adalah kerana sifat ini mengubah psikologi pesakit terhadap perlunya menjaga kesihatan, bukan sahaja kesihatan fizikal bahkan kesihatan rohani.


2.2 Kriteria Perubatan Islam

1. Islam menyarankan umatnya supaya mengamalkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan untuk semua tanpa mengira agama, bangsa, keturunan yang cemerlang dan sistematik.

2. Pengamal perubatan Islam wajib mengamalkan ilmu dan amalan perubatan yang berlandaskan akidah Islam. Oleh itu pengamal perubatan perlulah menjadikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai tunjang dalam setiap amalan perubatan mereka. Mereka juga harus mempunyai ilmu yang secukupnya dan kepakaran supaya dapat memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit.

3. Teknik atau metodologi dan amalan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit perlulah berlandaskan syariah Islam. Ia meliputi tatacara ujian dan metodologi rawatan yang mungkin bertentangan dan kadangkala mengancam hak asasi manusia.

4. Persis seperti amalan atau ibadah yang lain, perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan aspek rohani, mental dan psikologi dan fizikal pesakit. Konsep ini membuktikan bahawa Islam bersifat syumul yang mengambil kira keseluruhan aspek kehidupan manusia itu sendiri. Selain itu, proses pengubatan bukan dilakukan kepada pesakit semata-mata, tetapi ahli keluarga pesakit turut melibatkan ahli keluarga pesakit dan masyarakat.

5. Menurut perubatan Islam, sebelum sesuatu rawatan itu dijalankan, ia harus dimulakan dengan doa. Sesuatu penyakit yang dihadapi seseorang itu hanya boleh disembuhkan oleh Allah yang menciptakan penyakit itu dan rawatan serta ubat yang digunakan hanya usaha yang dijalankan oleh manusia sesuai dengan tuntutan Allah. Selain itu Islam juga menganjurkan agar semua metodologi rawatan di gabungkan di bawah satu bumbung. Ia meliputi ubat-ubatan moden, pembedahan, rawatan tradisional dan vaksin pencegahan. Semua teknik atau kaedah diterima asalkan tidak menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah.

6. Ilmu sains merupakan ilmu yang sentiasa berubah setaraf dengan tuntutan kehidupan manusia. Maka ilmu perubatan akan turut berubah dari sehari ke sehari selaras dengan ilmu sains yang menjadi tunjang kepada ilmu perubatan. Oleh itu teknik perubatan dan ubat-ubatan yang digunakan perlulah mengikut keperluan semasa seperti teknik rawatan, ubat-ubatan yang terkini dan moden. Justeru usaha-usaha yang menyumbang kepada perkembangan ilmu ini haruslah diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seperti penyelidikan, eksperimen, penulisan dan pengajaran. Segala pengetahuan dan ilmu yang diperoleh sewajarnya disebarluaskan dan diajarkan kepada masyarakat khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia perubatan.

bersambung ke bahagian 3.. tokoh perubatan islam


oleh:Mohd Isa bin Mohamad Ashaari
tugasan:falsafah sains dan teknologi dari perspektif islam(universiti teknologi Malaysia)


 

  Umum


Komen


"KONSEP PERUBATAN ISLAM" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: KONSEP PERUBATAN ISLAM
oleh Tetamu pada Khamis, 22 Mei 2003 @ 9:21:59


Askum... ana amat tertarik dengan tajuk perbincangan ini .. dan ana amat setuju dengan apa yang diperbincangkan ... Prof Omar Hassan Kasule skarang ini berada di Kuantan ... dia adalah Dekan Dalam Postgraduate and Research Development di IIUM kuantan ... Topic ini telah menjadi tajuk p'bincangan sejak kami di Tahun 1 lagi .. jadi segala isi pembentangan memang telah kami maklum ....

Berikut adalah ulasan lanjutan dari beliau :
- ramai yang menganggap apabila kita menggunakan ayat al-quran dan jampi , itu baru dikatakan perubatan islam .. mereka menafikan apa yang datang dari barat itu adalah perubatan islam .. walhal itu datangnya dari Allah juga ..
- kita sebut pasal jampi, bomoh, dukun .. itu terlalu sinonim dengan masyarakat melayu khususnya...walhal ramai yang jadi syirik kerana amalan sedemikian ...
-begitu juga percaya pada ubat yang menjadi penyembuh .. itu jelas menyimpang jauh dari aqidah islam .. sesungguhnya penyakit itu datang dari Allah .. Allah sahaja yang boleh mengambil kembali apa yang telah dia berikan kepada kita..
Wallahua'lam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.263761 saat. Lajunya....