Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 6 hari yang lalu

Islam dan Sains Teknologi : Umat Islam pembuat ubat bedil pertama
 Posted on Sabtu, 30 Ogos 2003 @ 21:23:22oleh Hanan
Berita nuriz menulis SELALU dikatakan bahawa pencipta ubat bedil adalah orang China yang menemui kalium nitrat dan penggunaannya dalam mercun bunga api. Namun, hasil kajian Reinaud dan Fave menunjukkan secara jelas umat Islam adalah pembuat ubat bedil pertama di dunia.

Ini terbukti ketika umat Islam menggunakan bahan senjata api buat pertama kali ketika mempertahankan Algericas (sebuah kota di selatan Sepanyol) bertentangan Gibraltar, apabila diserang Alphonse ke-11 pada 1342 Masihi.

Jelas, bahawa ubat bedil diperkenalkan oleh umat Islam di Eropah pada abad ke-14.

Pada muka 1165 The New Columbus Encyclopedia (1975), Roger Bacon selalu dikaitkan dengan penemuan ubat bedil, tetapi segala fakta menunjukkan dia sebenarnya mengetahui dari sumber orang Islam ketika empayar Islam berkuasa di Sepanyol.

Ternyata, ilmu kimia dipelopori umat Islam dan merekalah yang pertama menggunakan kaedah pemejalwapan, penghabluran, pengentalan dan pengkupelan.

Oleh itu, dunia terpaksa memberi pengakuan terhadap sumbangan umat Islam kepada sains dalam ilmu kimia.



Islam sebenarnya masyhur dan berjaya melahirkan ramai ahli kimia. Di antaranya Muhammad Abu Bakar Al-Razi atau nama ringkasnya, Al-Razi, berasal dari Parsi yang dianggap sebagai pengasas kimia moden.

Al-Razi mereka cipta radas dan mencatatkan dengan terperinci lebih 20 alat besi dan kaca. Beliau begitu mahir dengan elemen kimia seperti air perak, tembaga sulfat, gas ammonia, nitrat perak, besi sulfat dan raksa oksid.

Al-Maghriti yang juga seorang ahli sains Islam pada abad 10 Masihi menulis mengenai ilmu kimia yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan sekarang dianggap sumber penting dalam sejarah ilmu kimia.

Al-Quran menggesa umat Islam untuk membuat cerapan dan kajian serta menggalakkan sifat sabar menghadapi sebarang percubaan dan dugaan. Inilah satu ciri ahli sains yang penting terutama dalam menjalani pengujian atau membuat perhatian dan cerapan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersertakan orang yang sabar.” – (Surah al-Baqarah, ayat 53).

 

  Berita


Komen


"Islam dan Sains Teknologi : Umat Islam pembuat ubat bedil pertama" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Islam dan Sains Teknologi : Umat Islam pembuat ubat bedi
oleh mannan pada Rabu, 11 Februari 2004 @ 3:23:39
(Info AHLI)


Ana sangat tertarik dengan fakta tersebut...memang Tamadun Islam suatu ketika dahulu sangat hebat tak terhingga, tak kira bidang sains, teknologi, politik, sosial dll. Tapi itu dulu...realiti kini kita di level paling rendah, apa guna sekadar menyebut sejarah lampau...kalu kita tidak berani mencipta sejarah kita sendiri . Jangan sampai generasi depan menyebut sejarah kita yang gagal membangkitkan tamadunnya kembali...astagar!!!! nota : mungkin boleh dibanggakan Dr. Azhari (bekas pensyarah UTM-pakar kimia) yang mencipta bom sendiri dengan ledakan yang lebih hebat...hanya tambahan serbuk sabun. Kini sedang dijejaki oleh polis Malaysia, didakwa berasa di Indonesia.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107354 saat. Lajunya....