Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM
 Posted on Selasa, 20 Mei 2003 @ 19:33:39oleh SaLaFiaN
Umum isa-vr4 menulis Islam adalah agama yang syumul dan sempurna, setiap umatnya yang benar-benar menghayati dan mengamalkan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM.

Islam adalah agama yang syumul dan sempurna, setiap umatnya yang benar-benar menghayati dan mengamalkan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bidang perubatan juga tidak tercicir daripada syariat islam. Telah termaktub di dalam al-quran bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Islam tidak menyuruh umatnya hanya berubat apabila diserang penyakit tetapi islam menekankan cara-cara mencegah penyakit iaitu sebelum diserang penyakit. Penyakit tidak datang dengan sengaja kerana setiap musibah yang dihadapi oleh anak adam itu pasti ada punca atau penyebab. Oleh itu, kesihatan jasmani dan rohani perlu dijaga untuk mengelakkan penyakit. Kuman atau virus bukanlah faktor utama penyakit.
Perubatan moden juga berpegang kepada pepatah ‘prevention is better than cure’ tetapi tidak sesempurna ajaran islam yang lebih menyeluruh. Islam menerangkan dengan lengkap cara hidup yang dianjurkan untuk seorang muslim sebenar. Dengan mengamalkan ajaran islam, kesihatan jasmani dan rohani akan terjamin kerana penyakit yang datang adalah berpunca daripada cara hidup yang tidak baik. Manusia mempunyai dua teras iaitu roh dan jasad yang perlu dijaga kebersihannya untuk menjamin kesempurnaan dan kebahagiaan hidup. Untuk menjaga kesihatan roh dan jasad ini, islam menitikberatkan soal pemakanan.


3.1 Kebersihan makanan dan minuman.

Setiap hukum yang ditentukan oleh Allah bukanlah dengan sengaja dan ia mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri yang kadang –kala tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mendatangkan kebaikan jika diamalkan dengan sebaiknya. Halal dan haram dalam hal pemakanan juga tidak terkecuali. Segala makanan yang dihalalkan dalam islam mempunyai kebaikan dan makanan yang diharam pasti mendatangkan mudharat atau penyakit kepada mereka yang memakannya. Islam telah menggariskan bahawa makanan yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Bersih rupa iaitu tidak menjijikkan apabila dipandang di samping tidak berbau busuk akibat reput atau rosak.
2. Makanan tersebut juga mengandungi kandungan zat-zat yang memberikan kebaikan kepada sistem badan manusia.
3. Islam memandang berat makanan yang memberikan pengaruh yang baik kepada jasmani dan mental atau jiwa.


Telah termaktub di dalam Al-Quran antara makanan dan minuman yang diharamkan oleh Islam kepada umatnya ialah:

1. Daging bab...
2. Daging binatang yang mati dengan sendirinya.
3. Darah.
4. Binatang yang disembelih bukan dengan nama Allah.
5. Arak.


3.2 Peraturan makanan dan kesihatan.

Cara makan yang bertertib dan teratur juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan rohani dan jasmani. Proses penghadaman yang betul dapat menjamin penyerapan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsi badan dengan baik. Dalam islam, perut adalah punca penyakit seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat Rasulullah saw iaitu al- Harith bin Kalabah,“Perut sarang penyakit, berpantang larang adalah petua segala perubatan”. Oleh itu, disiplin dalam pemakanan perlu dijaga dan islam menyarankan supaya:

1.Makan apabila berasa lapar dan bukan mengikut waktu yang tetap.
2.Jangan makan dan minum sehingga kekenyangan atau berlebihan kerana ia mendatangkan kesan buruk kepada badan seperti mengantuk dan malas.
3. Jangan mencampurkan pelbagai jenis makanan dalam satu hidangan kerana ini akan menyukarkan perut untuk menghadamkannya.


Saranan-saranan di atas dapat membantu perut untuk menjalankan penghadaman yang sempurna dan mengelakkan proses penapaian di dalam perut yang akan menyebabkan pembiakan kuman-kuman dan bakteria yang membawa penyakit apabila masuk ke dalam sistem badan manusia. Hasilnya, tubuh badan akan sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas.

3.3 Bersuci ( kebersihan )

Setiap umat islam diwajibkan ke atas mereka untuk memenuhi rukun-rukun islam yang telah ditetapkan oleh Allah, salah satu rukun islam ialah menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Tetapi sebelum dapat menunaikan sembahyang, umat islam dikehendaki untuk membersihkan diri, pakaian dan tempat sembahyang daripada sebarang kekotoran atau najis ringan atau berat. Wuduk yang diambil sebelum solat dapat membersihkan diri seseorang muslim sebelum mengadap Allah. Berwuduk membawa maksud membersihkan sebahagian anggota badan dengan didahului niat. Anggota-anggota yang diwajibkan adalah muka, kedua belah tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki hingga ke buku lali.
Islam juga telah mensyariatkan mandi kepada umatnya untuk membersihkan tubuh badan. Mandi dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Mandi wajib selepas persetubuhan, selepas haid, nifas atau wiladah bagi seorang perempuan.
2. Mandi sunat seperti mandi hari Jumaat, dua hari raya, minta hujan dan wuquf di Arafah.


Suruhan-suruhan yang disarankan oleh islam adalah bertujuan membersihkan diri dan seterusnya menjauhkan dan menghindarkan segala jenis penyakit yang berpunca daripada kuman-kuman atau bakteria yang membiak ditempat atau kawasan yang tercemar dan kotor. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit dan wabak yang boleh memudaratkan.

oleh :mohd isa bin mohamad ashaari
Tugasan:falsafah sains dan teknologi dalam islam-perubatan(universiti teknologi Malaysia)


 

  Umum


Komen


"CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM
oleh Tetamu pada Rabu, 21 Mei 2003 @ 6:41:38


ikuti sambunganyer
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.214609 saat. Lajunya....