Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 206
Ahli: 0
Jumlah: 206




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Muslimah Hari Esok
 Posted on Selasa, 12 Ogos 2003 @ 21:29:38oleh SaLaFiaN
Umum mohm3 menulis Ringkasan terjemahan bebas buku karangan Dr. Yusuf Al Qardawi yang bertajuk "Muslimatul Ghadi" cuba saya paparkan kepada khalayak setelah mutakhir ini masih kedapatan yang mempersoalkan hak-hak wanita yang sebenar dan juga kekurangan penjelasan terhadap wanita Islam yang sebenar. Ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan yang terus menerus mempersoalkan tuntutan sebenar wanita seperti mana kita maklum mencabar kenyataan Tuan Guru Abd Hadi Awang.

Mengapa saya memilih tajuk 'Muslimah Hari Esok'?
Kerana muslimah hari ini tidak berperwatakan yang sebenarnya. Saya melihat keadaan ini dari konteksnya yang umum walaupun di sana - alhamdulillah - masih terdapat golongan muslimah yang patuh, beriman, taat, sentiasa bertaubat dan kuat beribadah.

Namun arah pemikiran yang terdapat di negara kita beradan antara dua ideologi yang berbeza.
1. ideologi yang cenderung ke arah mengongkong dan menyekat kebesasan wanita.
2. idelogi yang keterlaluan dalam membuka pintu kebebasan terhadap wanita sehingga menghalalkan segala tindakan mereka, mengadaptasikan budaya barat lantas terus tenggelam dalam arus taklid dan ikutan membabi buta.

Jelasnya, kedua dua ideologi ini adalah silap. Jelasnya kedua dua fahaman ini wujud dalam kehidupan kita. Ada yang terlalu melampau dan ada yang terlalu meremehkan. Ada golongan di mana wanita yang dilamar tanpa dirinya dilihat terlebih dahulu oleh tunangannya sehingga malam pengantin, suami berasa kecewa apabila peribadi isteri tidak seperti yang digambarkan. Ini adalah satu golongan..

Adapun golongan yang lain, mereka kelompok masyarakat moden yang sewenangnya membenarkan wanita keluar dengan tunangnya, berdua-duaan dan berpegangan tangan sehingga menghabiskan masa bersama tanpa kawalan dan batasan.

Kedua-dua golongan ini antara yang terlalu ketat dan terlalu longgar, sama sekali tidak menepati ajaran Islam yang sebenar.



Hakikat Yang Sirna

Islam mengharuskan wanita melihat bakal tunangnya, begitu sebaliknya dipihak lelaki bahkan diperintahkan. Hadis Rasul SAW dimana seorang lelaki pernah memberitahu Nabi Muhamad SAW bahawa dia telah melamar seorang wanita lalu baginda bertanya : "sudahkan kamu melihatnya?" dia menjawab " Tidak", maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Lihatlah kepadanya, sesungguhnya ia lebih mengeratkan hubungan antara kamu".

Juga kedapatan suami yang mengabaikan isterinya dan menganggap isteri seperti sampah yang terbuang, tidak dipandang apatah lagi di bawa berbincang, hinggakan urusan anak-anak perempuan tidak diambil kira sedangkan nabi SAW pernah bersabda maksudnya "Perintahkan isteri-isterimu dalam urusan anak perempuan mereka".

Amat menyedihkan apabila ada segelintir manusia berpegang dengan ungkapan : berundinglah dengan wanita dan abaikan keputusan rundingan tersebut!"

Ini berselisih dengan Nabi SAW sendiri dimana baginda sendiri berbincang dengan isterinya, Ummu Salamah selepas perjanjian Hudaibiah ketika para sahabat ingkar daripada mematuhi supaya bercukur dan memotong rambut selepas bertahalul umrah. Dalam keadaan tersebut, Rasul SAW mengadu kepada Ummu Salamah seraya berkata "Binasalah manusia!" kerana mengingkari perintah. Maka Ummu Salamah berkata "Wahai RAsulullah, keluarlah tanpa berbicara dengan sesiapapun dan suruhlah tukang cukur mencukur rambutmu di hadapan mereka, kemudian bertahalul dari ihrammu. Jangan engkau melakukan selain dari itu. Lalu Nabi SAW keluar dan melaksanakan apa yang disarankan. ketika itu, para sahabat berkata :"Adakah patut kita tidak mengerjakan apa yang dilaksanakan oleh RAsul SAW?". Maka mereka melakukan hasil dari buah fikiran Ummu Salamah.



Taklid Membabi Buta

Islam mahukan setiap manusia melakukan amalan yang berada dalam tahap pertengahan, dalam erti kata lain kesederhanaan sebagaimana yang dianjurkan Islam.

Bertitik tolak daripada ini, kita inginkan muslimah masa depan muslimah yang sederhana dalam beramal, menunaikan tanggungjawab secara sempurna sebagaimana dia menuntut haknya secara sempurna, bahkan sepatutnya dia melaksanakan kewajipannya terlebih dahulu sebelum dia menuntut haknya.

Gaya pemikiran yang sedang menular pada masa kini ialah sikap menuntut hak dari orang lain sebelum menunaikan tanggungjawab diri. Mereka sering berkata : Apa yang akan aku perolehi? sebelum berkata : Apa yang harus aku lakukan?

Wanita juga sering menuntut pelbagai hak, hak belajar, menjadi pemimpin, mahu setanding dengan lelaki dari segenap aspek, hak bekerja, hak menuntut monogami, hak kebebasan melampau. Sedangkan mereka tidak pernah bertanya " Apakah kewajipanku?"

Semua ini pastinya kesan daripada pengaruh barat, walhal wanita Islam tidak sepatutnya meniru budaya mereka kerana setiap bangsa mempunyai ciri-ciri tersendiri. Wanita barat memiliki tabiat, pegangan, nilai-nilai dan adat serta persekitaran yang berbeza.


Semalam Yang Hampir

Wanita hari ini telah melepasi dua zaman silam; semalam yang hampir penuh kemunduran - wanita pada zaman tersebut hidup dalam keadaan terpinggir dan diselubungi kejahilan. Mereka diketepikan dalam urusan dunia dan agama seperti ditegah ke masjid. Umat zaman tersebut diselubungi kerosakan dan keruntuhan moral yang berleluasa yang mendedahkan kepada bahaya fitnah. Rentetan itu, ulama mengeluarkan sepakat melarang wanita ke masjid kecuali golongan tua. Diwajibkan kepada suami mengajar kepada isterinya juga ayah mengajar kepada anak gadisnya namun yang menyedihkan, ayah atau suami tidak dapat mengajar dengan berkesan!

Wanita diharamkan mendengar tazkirah, ke kelas pengajian di masjid dan mendengar khutbah. Kesannya, mereka tidak mengetahui kewajipan yang sebenar terhadap suami dan anak-anak sebagaimana dikehendaki Islam. Tidak berupaya mendidik anak-anak dengan sempurna sebaliknya di momokkan dengan cerita tahyul dan khurafat.

Zaman kemunduran ini, wanita dipaksa berada dalam keadaan terpinggir diselubungi kejahilan, mengakibatkan ketidaksempurnaan dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga, anak-anak dan suami bahkan terhadap Allah. Kita tidak mahu kembali ke zaman kemerosotan dan kemunduran itu. Kita inginkan Muslimah hari esok mengulangi sejarah kecemerlangan muslimah di awal kebangkitan Islam.


Kelmarin Yang Jauh

Kaum wanita di zaman Rasul SAW sentiasa mendatangi Baginda SAW untuk bertanya segala masalah sehingga kepada perkara-perkara sulit. Saidatina Aisyah ra pernah berkata yang bermaksud: "Semoga Allah merahmati wanita Ansar, sifat malu mereka tidak menghalang mereka daripada mendalami ilmu agama".

Wanita zaman tersebut, bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suruhan Allah. Firman Allah yang bermaksud: " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka".

Teladan yang ditunjukkan oleh Fatimah Az Zahra', beliau menguruskan rumahtangga, menguli tepung dan membakar roti dengan tangan sendiri dan mengisar gandum sehingga tangannya kasar dan melecet. Beliau juga sentiasa membantu suaminya, Saidina Ali ra dan sanggup berkongsi bebanan hidup bersama suami tercinta, meredah pahit maung dan onak duri kehidupan. Inilah yang dimaksudkan dengan keikhlasan dan juga kesetiaan.

Wanita di zaman salafus soleh merupakan sebaik-baik penolong bagi para suami, berbeza dengan wanita hari ini yang hanya mementingkan wang, pangkat, perhiasan dan harta. Mereka sanggup memaksa para suami mengumpul harta sama ada jalan baik atau buruk. Wanita zaman salafus soleh antara contoh yang boleh diikuti ialah kisah seorang lelaki hendak keluar berjihad, Apakah pendirian isteri ketika itu?Mereka tidak pernah menjadi batu penghalang bahkan meniup semangat dan andainya ditanya bagaimana kamu isteri akan meneruskan hidup tanpa suami? maka dengan iman yang kental di jiwa dengan tegas menyebut " Sesungguhnya aku tahu suamiku seorang yang mencari rezeki, tapi jika dia tiada, pemberi rezeki tetap ada! (yakni Allah)". Kita impikan muslimah hari esok mencontohi peribadi muslimah zaman Rasul SAW dan salifus soleh.

Muslimah hari esok yang kita impikan adalah muslimah yang tahu tentang agama mereka secara mendalam, jelas hala tuju hidupnya tanpa dipinggirkan dari kehidupan dan agama. Hidup seiring dengan zamannya tetapi tidak mengetepikan tuntutan agama. Saya berkeyakinan penuh bahawa hari tersebut pasti menjelma dan semakin hampir hari di mana kembalinya muslimah yang percaya dengan agama dan peribadi diri, yakin dengan risalah dakwah yang dipikul dan tradisi yang dipikul lantas mengatakan bahawa mereka merupakan muslimah sejati yang dicari-cari selama ini.


Lelaki Dan Wanita: Hubungan Yang Saling Melengkapi

Ini bererti wanita sebahagian daripada lelaki dan sebaliknya. Lelaki memerlukan wanita dan juga sebaliknya. Justeru, wanita tidak wajar memusuhi lelaki dan cuba menandingi lelaki malah mereka sebagai pelengkap kepada kaum lelaki. Lelaki daripada wanita dan wanita daripada lelaki.Tidak wajar bagi seorang wanita bercita-cita untuk menandingi atau menentang lelaki. Muslimah hari esok tidak sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai pencabar lelaki, berbuat apa yang mereka buat dan memakai apa yang mereka pakai. Lelaki harus kekal dengan kelakiannya, wanita harus tabah dengan kewanitaannya, jika lelaki dan wanita tidak mampu kekal dengan identiti masing-masing, maka dunia ini tidak bererti lagi.

Justeru harapan agar muslimah hari esok dapat menjaga keperibadian dan kewanitaan, tidak menandingi lelaki bahkan membantunya dalam melaksanakan tanggungjawab.

Saudari Muslimahku..

Inilah yang saya impi-impikan daripada muslimah hari esok, saya menginginkan agar mereka memahami ajaran agama dan halatuju hidupnya, menyempurnakan tanggungjawab terhadap tuhan, suami dan anak-anak, masyarakat, agama dan umat Islam. Kita mahu mereka menjadi pemangkin kepada kebangkitan Islam yang hakiki dan menjadi pendakwah muslimah yang kental serta memandu dan mendidik kepada pemudi dalam meniti kebangkitan Islam yang sebenar.

Alangkah indahnya kita dapat melihat kebangkitan Islam yang hakiki sedemikian rupa, dinaungi keredhaan Allah, dimantapkan dengan pembangunan material dan rohani yang membawa kebahagiaan jiwa dan sanubari. kebahagiaan inilah yang pernah diungkapkan oleh Ummu Khalsom, isteri Umar ra ketika beliau telah membangkitkan kemarahan Umar dalam urusan rumahtangga mereka dan Umar berkata : "Aku akan merunsingkanmu". lalu Ummu Khalsom menjawab : " Kamu takkan mampu berbuat demikian. Kebahagiaanku terletak pada imanku, dan imanku terletak pada hatiku, dan tiada siapa yang berkuasa ke atas hatiku melainkan Allah".



Alangkah Indahnya
Jika KIta Sebaik Siti Khatijah
Dapat Menguatkan Suami
Dengan Harta dan Cinta
Untuk Meneruskan Perjuangan
Menegakkan Agama Allah

Alangkah Indahnya
Jika Kita Sepemurah Siti Aisyah
Mencari Harta Walaupun Sebiji Kurma
Untuk Disedekahkan
Di Jalan Allah

Alangkah Indahnya
JIka Kita Seperti Rabiatul Adawiyah
Mengintai Cinta Suci Sepi Dinihari
Aku Menyembah Bukan Mengharapkan SyurgaMu
Bukan Jua Kerana Takut Akan Siksa NerakaMu
Tetapi,
Kerana Rinduku KepadaMu
Juga Kerana Cinta KepadaMu

Ahh..Diri Yang Lemah....

 

  Umum


Komen


"Muslimah Hari Esok" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.195211 saat. Lajunya....