Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 221
Ahli: 0
Jumlah: 221




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Segalanya Dengan Nama Jesus
 Posted on Selasa, 20 Mei 2003 @ 14:34:47oleh SaLaFiaN
Semasa wan_pasir menulis Assalamualaikum sdr.

Dalam keghairan kita mengharungi dunia hidup yang penuh dengan keindahan ciptaan Allah SWT kita perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaraan kita yang penuh dengan ranjau dan onak. Dalam banyak hal orang Islam sentiasa "Take for granted" terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita sehingga dah terantuk baru terngadah.

Oleh itu saya akan cuba mengupas beberapa isu yang sentiasa dekat dengan kita sebagai Muslim yang beramal (practicing Muslim)

Kali ini saya tertarik untuk mengulas satu penomena yang serius yang menghentam Islam tetapi kita sama ada sedari atau tidak tak ambil pusing. Macam juga isu COCACOLA yang banyak dibincang di situasi ini sebenarnya kita dilanyak dari kiri-kanan atas bawah luar dalam namun kita masih leka. Nama ancaman ini yang saya sebut sebagai Dengan Nama Jesus. Dengan Nama Jesuslah maka bumi kita dijajah, malah seluruh dunia. Orang Kristian akan membuat segala sesuatu untuk mematikan Islam. Kini mereka seolah-olah mempunyai justifikasi melalui peperangan melawan keganasan yang = Islam.

Sedarlah segala-galanya adalah Dengan Nama Jesus. Sebuah tabloid melaporkan melalui tulisan oleh John Chuckman bahawa Presiden AS mempunyai penasihat agamanya bernama Franklin Graham anak Billy Graham yang memainkan peranan yang sama kepada Nixon. Franklin Graham adalah di antara mubaligh Kristian gaya motivator yang menjadi kegilaan (craze) masyarakat AS. Orang seperti ini selalu berceramah di TV (yang sedihnya perkara seperti ini pun sudah menjadi perkara biasa di TV Indon….dan awas apa yang menghalang daripada ianya berlaku di negara Islam Malaysia…kan Injil terjemahan yang menggunakan Allah sebagai Tuhan Kristian pun sudah dihalalkan oleh negara Islam Malaysia) dan seminar besar-besaran (Macam forum Perdana). Billy Graham Organization adalah sebuah organisasi yang besar dan kaya yang berjaya “menyelamatkan” orang Kristian dan konvert. Apa yang menjadi isunya ialah Graham melalui organisasinya, Samaritan`s Purse mengajak pengikutnya kepada satu fahaman Kristian yang sempit yang orang Kristian arus perdana sendiri merasa jijik. Dinominasi(mazhab) Kristian yang dibawanya adalah The Southern Baptists yang terkenal dengan kepercayaan ekstrim yang pada awalnya menyingkir kaum Negro daripada gereja kemudian menetang usaha kemanusiaan yang dibawa oleh Dr King. Kini Franklin (yang gemar bermain dan mengumpul senjata otomatik) yang menjadi kawan rapat Rumah Putih dengan organisasi-organisasi licik mereka sedang memasuki Iraq dalam usaha untuk mempengaruhi orang Iraq melalui bantuan dan dakwah/dakyah mereka. Sebelum perang Iraq Franklin Graham telah memberi ceramah(surmons) hari good Friday di Pentagon (Kementerian Pertahanan AS). Di antara kata-katanya; “Kita bukan menyerang Islam tetapi Islam telah menyerang kita. Tuhan Islam bukanlah Tuhan yang sama. Dia bukan anak Tuhan kepercayaan Kristian dan Judeo-Kristian. Ia adalah Tuhan yang berbeza, dan saya yakin ia adalah ugama yang cukup jahat dan keji”

The Southern Baptists akan juga turut memberi bantuan kepada Iraq. Dan bayangkan apa yang mereka akan buat kerana bekas presiden Southern Baptists Mission Board, Jerry Vines pernah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW adalah “seorang perogol kanak-kanak yang dirasuk syaitan”…astagfirullah ! ! Jadi jangan hairan apabila Bush kata `kita akan perang salib(crusade)` apabila menara WTCnya runtuh. Ini selaras dengan pandangan sempit Kristian yang dianutinya iaitu Islam mesti diperangi dengan apa cara sekali pun.

Penulis John Chuckman merumuskan bahawa adalah jelas dan nyata tindakan Pentagon memerangi pengganas adalah pembunuhan professional diatas nama Jesus untuk negara.

Jadi saya berseru kepada semua termasuk pemegang kuasa memerintah dan diri saya sendiri supaya mengatur langkah dengan berhati-hati jangan tersangkut reba lalu rebah dan terpijak jerangkap samar lalu musnah.

WallAllahu`alam

 

  Semasa


Komen


"Segalanya Dengan Nama Jesus" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128779 saat. Lajunya....