Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu

Tariq bin Ziyad Pahlawan Lidah Api [Bhg Kedua]
 Posted on Isnin, 28 Julai 2003 @ 11:11:39oleh Hanan
Umum iwan_sirdani_82 menulis "Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasi bagi bangsa Arab itu," tulis Phillip K.Hitti, "dan membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka peroleh sebelumnya...

Tanggal 19 Julai tahun 711 Masihi, pasukan Islam dan Nasrani bertemu,
keduanya berperang dekat dengan muara sungai Barbate. Pada pertempuran
ini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gothic, hingga
Raja Roderick tenggelam di sungai itu. Kemenangan Tariq yang luar
biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu
mereka tidak berani lagi menghadapi tentera Islam secara terbuka.

Tariq membahagikan pasukannya menjadi empat kelompok, dan menyebarkan
mereka ke Kordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama
pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibu kota Sepanyol. Semua kota-kota
itu menyerah tanpa menunjukkan tentangan. Kecepatan gerak dan kehebatan
pasukan Tariq berhasil melumpuhkan orang-orang Gothic.

Rakyat Sepanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahan bangsa Gothic, mengalu-alukan orang-orang Islam. Selain itu, perilaku Tariq dan orang-orang Islam begitu mulia sehingga mereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat tercatat di dalam sejarah Tariq bin Ziyad ini, terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Tariq. Dalam pertempuran ini, Musa bin Nusair, atasannya, sang raja muda Islam di Afrika ikut bergabung dengannya.

Selanjutnya, kedua jeneral itu bergerak maju terus berdampingan
dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh dataran Sepanyol
jatuh ke tangan Islam. Portugis ditaklukkan pula beberapa tahun
kemudian.

"Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasi bagi bangsa Arab itu," tulis Phillip K.Hitti, "dan membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan keberhasilan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan."

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya
revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui.
Ketidaktoleranan dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang
Kristian, digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang
luar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa memilih bulu, sehingga jika
tentera Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman
berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita.
Orang-orang Islam memperkenalkan sistem pajakan yang sangat jitu
yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan
menjadikannya negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan
memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua
komuniti mendapat kesempatan yang sama dalam layanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa efek luar
biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendita-penditanya yang pada
mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali
pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur. Seorang penulis
Kristian terkenal menulis: "Muslim-muslim Arab itu memerintah
kerajaan Kordoba dengan baik adalah sebuah keajaiban Abad Pertengahan,
mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan
keistimewaan kepada dunia Barat. Dan saat itu Eropah sedang dalam
keadaan yang kelam-kabut dan kebodohan yang biadab."

Tariq berhasrat menakluk seluruh Eropah, tetapi Allah menentukan perkara yang lain. Ketika Tariq merencanakan serangan ke Eropah, datang
panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan
kepatuhan tinggi, Tariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Tariq wafat di sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di
Eropah yang selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi
panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya. Tamat

 

  Umum


Komen


"Tariq bin Ziyad Pahlawan Lidah Api [Bhg Kedua]" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135336 saat. Lajunya....