Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu

Kisah Hebat Tariq bin Ziyad [Bhg Pertama]
 Posted on Isnin, 28 Julai 2003 @ 11:10:51oleh Hanan
Umum iwan_sirdani_82 menulis Namun Tariq tetap dengan pendiriannya. Dengan gagah berani ia berseru,"Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya ada dua pilihan,menakluk negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid."

Mendung hitam menyelubungi bumi Sepanyol. Eropah sedang diancam oleh penjajah, Raja Gothic yang kejam. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanusiaan. Raja dan suku-sakatnya bersukaria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berhijrah ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Seorang dari jutaan orang yang berhijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya, Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gothic. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu.
Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke
pantai selatan Sepanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad,
budak Barbar yang juga bekas pembantu Musa bin Nusair memimpin 12,000
anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan
Eropa.

Begitu kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq
mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit karang, yang dinamai Jabal
Tariq (karang Tariq) yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar (Gibraltar). Di atas bukit karang itu Thariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat prajuritnya kehairanan. "Kenapa tuan mengarahkan kami melakukan perkara ini?" tanya mereka. "Bagaimana kita akan kembali nanti?" tanya yang lain.

Namun Tariq tetap dengan pendiriannya. Dengan gagah berani ia berseru,
"Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya ada dua pilihan,
menakluk negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid."
Keberanian dan perkataannya yang luar biasa mengagumkan Iqbal, seorang
penyair Parsi, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul
"Piyam-i Mashriq":
"Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol),
Perajurit-perajurit mengatakan, tindakannya tidak bijaksana. Bagaimana mereka dapat kembali ke negeri Asal? Dan merosakkan peralatan² adalah
bertentangan dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunus
pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah
kampung halaman kita."

Kata-kata Tariq itu bagaikan cambuk yang menaikkan semangat perajurit
muslim yang dipimpinnya. Bala tentara muslim yang berjumlah 12,000
orang maju melawan tentera Gothic yang mempunyai kekuatan 100,000 tentera. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah mahupun
persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim.

... nasib yang malang mungkin menimpa pejuang-pejuang islam ini di episod kedua nanti. Bagaimanakah nasib pasukan tentera Tariq bin Ziyad itu? nantikan kisah hebat Tariq bin Ziyad ini di bahagian dua (2)

 

  Umum


Komen


"Kisah Hebat Tariq bin Ziyad [Bhg Pertama]" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.175049 saat. Lajunya....