Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 182
Ahli: 0
Jumlah: 182




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

KEJERNIHAN HATI
 Posted on Rabu, 23 Julai 2003 @ 8:58:44oleh Engku_Salina
Tazkirah aina_nasuha menulis Maksud hadis : “Hai putra Imran janganlah sekali-kali engkau dengki kepada manusia kerana kurnia yang Aku anugerahkan kepada mereka dan janganlah kau arahkan pandanganmu kepada hal itu serta janganlah kau turuti perasan dengki itu. Sesungguhnya orang yang dengki bererti jengkel kepada nikmatKu dan mengugat pembahagian anugerah yang Aku tetapkan antara hamba-hambaKu. Barang siapa berlaku demikian maka aku tidak berhubung dengannya dan tidak dia berhubung denganKu."

Cahaya ruhaniyah dan pecikan ilahiyah yang menjadikan manusia lebih agung daripada hal-hal lain di dunia tidak seiring dengan kegelapan dan kesempitan yang wujudkan hasil dari perasaan kedengkian yang mengerikan itu. Kerana dengki membuat hati manusia menjadi sempit dan resah gelisah. Hati menjadi pedih dan tertekan dada menjadi sempit dan wajah yang masam. Keadaan demikaian memadamkan cahaya iman dan mematikan hati. Semakin kuat sifat itu menunjangi manusia makin makin kurang terang hatinya. Orang dengki merasa tidak rela kepada Tuhannya dan memenjarakan perasaan marah kepada Allah swt.

Mukmin sejati tidak kuasai oleh kecintaan kepada hal-hal dunia sementara orang dengki dijangkiti oleh kejahatan kerana kecintaannya kepada dunia. Seorang mukmin tidak memiliki rasa takut dan rasa kesedihan apa pun dalam hatinya selain dari rasa takut kepada hal-hal berhubungan dengan kecintaannya kepada Allah. Tetapi rasa takut dan sedihnya orang yang dengki berkisar di sekitar orang yang dicemburuinya. Orang mukmin mempunyai raut wajah berseri-seri yang mengambarkan wataknya yang menyenangkan. Orang yang dengki mempunyai wajah yang suram dan air muka yang masam. Orang mukmin bersikap rendah hati dan tidak sombong ataupun dengki….

Memahaminya akan membuatkan kita menjauhinya supaya hati kita terserlah kejernihan yang berpanjangan...Semoga Allah menjauhkan rasa kedengkian...Memiliki hati yang yang jernih yang TIADA HASAD DENGKI

Amalkan doa dari surah Hasyr.

 

  Tazkirah


Komen


"KEJERNIHAN HATI" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: KEJERNIHAN HATI
oleh khuzairn pada Rabu, 23 Julai 2003 @ 16:36:38
(Info AHLI) http://-


[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116817 saat. Lajunya....