Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Senang bukan syarat tenang
 Posted on Selasa, 15 Julai 2003 @ 9:24:53oleh Engku_Salina
Umum suatumasa menulis Assalamualaikum wrt,

Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita:

Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan ini. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintudepan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. SEbab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

 

  Umum


Komen


"Senang bukan syarat tenang" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.176262 saat. Lajunya....