Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 89
Ahli: 0
Jumlah: 89




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 1 hari, 10 jam, 9 minit yang lalu
Abdullah: 25 hari yang lalu
muslimin23: 28 hari yang lalu

Panggilan Kepada Mayat
 Posted on Ahad, 06 Julai 2003 @ 22:26:58oleh Hanan
Tazkirah my_masjid menulis Dalam satu riwayat disebutkan, tatkala roh berpisah daripada jasad,maka ia akan
dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan.

"Wahai anak Adam,
- "Apakah kamu meninggalkan dunia, atau duniakah yang meninggalkan kamu?.."
- "Apakah kamu mengumpulkan dunia, atau duniakah yang mengumpulkan kamu?.."
- "Apakah kamu yang mematikan dunia, atau duniakah yang mematikan kamu?.."

Ketika mayat diletakkan ditempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil dengan tiga
kali jeritan dari langit."Wahai anak Adam,
- "Dimanakah tubuhmu yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi lemah?.."
- "Dimanakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang kamu menjadi diam membisu?.."
- "Dimanakah semua ahli keluarga,kekasih dan sahabatmu, bukankah sekarang mereka
mengasingkanmu?..."

Tatkala mayat diletakkan untuk dikafankan, ia dipanggil dengan tiga kali jeritan dari
langit."Wahai anak Adam,
- "Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal!.."
- "Keluarlah kamu dari rumahmu dan takkan kembali lagi!.."
- "Naiklah kuda, dan kamu takkan naik seperti itu selamanya, kamu akan menghuni di rumah
yang penuh dengan kesedihan!.."

Setelah mayat dibaringkan untuk disembahyangkan, maka tiga jeritan ia dipanggil.
"Wahai anak Adam,
- "Segala amal yang telah kamu lakukkan akan kamu lihat."
- "Jika amal perbuatanmu baik, maka kamu akan melihat kebaikan."
- "Jika amal perbuatanmu buruk, maka kamu akan melihat keburukan."

Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, maka ia akan dipanggil lagi tiga kali jeritan.
"Wahai anak Adam,
- "Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang-orang yang bertaubat."
- "Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik."
- "Sangat berbahagialah kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah, dan alangkah celakanya
kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah."

Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kuburnya, maka ia dipanggil lagi dengan
tiga kali jeritan."Wahai anak Adam,
- "Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?"
- "Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini?"
- "Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?"

Dan apabila mayat diletakkan pada liang kubur, maka iapun dipanggil lagi dengan tiga
kali jeritan."Wahai anak Adam,
- "Kamu bergurau senda di atas perutku, tapi kamu menangis di dalam perutku."
- "Kamu bersukaria dan gembira di atas perutku, tapi kamu akan cemas dan berduka bila di
dalam perutku."
- "Kamu berbicara di atas perutku, tapi kamu akan membisu di dalam perutku."

Setelah para manusia berlalu meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu,lalu
Allah s.w.t berfirman,"Wahai hamba-Ku,kamu tetap terpencil dan bersendirian,para manusia
telah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur.Padahal kamu telah berbuat
maksiat kepada-Ku kerana para manusia,isteri dan anak-anak.Namun Aku sangat kasihan kepadamu
pada hari ini dengan limpah Rahmat-Ku,yang dengannya para makhluk turut sama mengaguminya.
Dan Aku lebih mengasihimu daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya."

 

  Tazkirah


Komen


"Panggilan Kepada Mayat" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.197736 saat. Lajunya....