Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Aduhai Sahabat...
 Posted on Jumaat, 04 Julai 2003 @ 11:04:06oleh Engku_Salina
Umum mawarputih menulis Aduhai sahabat......
Walau dimana dikau berada, walau apa yang dikau kerjakan, walau apa jua yang dikau kecapi... kejayaan mahupun kegagalan... cuba kau fikirkan sejenak. Tundukkan kepalamu... dibawah adalah bumi yang menghampar, saujana mata memandang. Kemudian, kau dongakkan pula kepalamu... di atas adalah langit yang memayungi dunia. SubhanaLlah... begitu indah ciptaan Allah, berkuasa mentadbir alam yang fana ini.

Selagi mana kau dapati dua perkara ini, maka sedarlah apa yang kau perolehi adalah bersifat sementara. Walau sebanyak mana kekayaan yang kau himpunkan.. dengan murka Allah... bererti engkau miskin. Walau setinggi gunung kejayaan yang engkau raih... tanpa redho Allah... beerti engkau telah gagal dengan erti kegagalan yang sebenar.

Aduhai sahabat...
Setelah langit digulung, setelah bumi hancur luluh... dan... apabila kau pandang kiri dan kananmu, akan kau dapati satu Majlis Konvokesyen terbesar , yakni Majlis Perhitungan dilansungkan. Ketika itu, keadaan penentu nasibmu, amalan penentu timbanganmu.

Andai keadilan mengatakan Allah redho, maka kau beraja di syurga. Jika keadilan mengatakan Allah murka, natijahnya... nerakalah tempat kau kembali. Segala yang diputuskan, bergantung kepada semaianmu di dunia ini.

Aduhai sahabat...
Syurga di akhirat menagih keperitan dunia. Neraka di akhirat menjanjikan keasyikan dan kenikmatan dunia. Keliru...??? Jangan engkau keliru memilih hala tujumu wahai sahabat. Jangan terperdaya memilih pendampingmu. Antara bisikan syaitan dan dorongan malaikat... dapatkah kau bezakan...???

Aduhai sahabat...
Jangan biarkan dirimu terus keliru, hingga tanpa sedar, kau memilih syaitan sebagai teman setiamu... kerana syaitan menggunakan senjata nafsu yang mengemudi hatimu. Kekuatan malaikat yang mendorong hala tujumu, adalah bergantung kepada iman yang menunjangi hatimu. Apabila iman beraja di hati... ia pasti memandu aqalmu untuk memilih jalan yang lurus.

Aduhai sahabat...
Bina dan tingkatkanlah imanmu dengan ilmu. Mantapkanlah ia dengan amalan yang berterusan. Hiasi pula dengan silaturrahim sepanjang zaman. Berjalanlah dalam satu ukhwah Islamiyyah yang dibentuk melalui penyatuan aqidah. Jangan biar dirimu hanyut dan leka... hingga akhirnya kau menjadi mangsa kerakusan nafsu yang memburu saban waktu.

Selagi mana nadi berdenyut jantung berdegup... selagi mana roh dan jasad bersatu... selagi itulah kau perlu berusaha sehabis daya untuk menempah mahligai indah di syurga abadi, yang berkuncikan redho Ilahi, kerana keredhoan Ilahi adalah kejayaan hakiki. dan... Hanya itu matlamat sebenar kita selama mendiami bumi yang fana ini.


" Hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada mungkar. Mereka itulah orang-orang yang berjaya...."
( al-Imran : 104 )



WaLlahu Ta'ala A'lam.....

 

  Umum


Komen


"Aduhai Sahabat..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134549 saat. Lajunya....