Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu

Agar persahabatan terjalin selamanya......
 Posted on Selasa, 01 Julai 2003 @ 16:34:44oleh Hanan
Umum farafisya menulis Assalamualaikum dan salam ukhwah, Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagusdan betul.

3. jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

 

  Umum


Komen


"Agar persahabatan terjalin selamanya......" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11536 saat. Lajunya....