Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

batasilah pergaulanmu......
 Posted on Sabtu, 17 Mei 2003 @ 16:19:22oleh SaLaFiaN
Tazkirah khalifah menulis Syariat mengawal dan akhlak menjadi penyeri pergaulan.........

Batasilah pergaulanmu...

Tudung yang disarung dikepala melambangkan keayuan si pemakai.bukan sahaja tampak cantik bakan ia menutup aurat dan ia adalah kewajipan ke atas setiap muslimat. Tudung yang di pakai bagi ‘menyembunyikan’ mahkota diri. Dilabuhkan menutupi leher serta bahagian dada. Pakaian yang dipakai tidak lagi menamoakkan bentuk tubuh badan. Tetapi ia mestilah tidak nipis,dan tidak direnjis dengan pewangi yang boleh menyesakkan nafsu lelaki. Semuanya telah dikira sempurna dan banyak pula hikmahnya.

Namun begitu, hikmah di sebalik pemakaian yang menutup aurat ini tidak akan terasa jika soal pergaulan masih tidak terjaga. Bertegur sapa, berbual mesra, ziarah meniarahi dan saling memohon kemaafan, perlu dibuat dalam batas-batas yang ditentukan sebagaimana peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sekiranya ianya dilakukan tanpa penghayatan, dorongan iman, dan tanpa ilmu pengetahuan, hikmahnya tidak akan terasa.

Dari satu sudut, umat Islam disuruh mewujudkan kemesraan atau ukhwah sesama Islam, namun dari sudut yang lain pula syariat meletakkan batas-batas yang ketat, antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Sebagaimana contohnya, senyum dan bertegur sapa, mestilah bertempat, tidak sebarangan, apa lagi berlebih-lebihan. Sebenarnya di situlah letaknya keindahan seni pergaulan dalam islam.

Syariat mengawal akhlak menjadi penyeri pergaulan. Lelaki dan wanita bukan muhrim boleh berbincang dan bergaul, namun hendaklah dalam lingkungan pergaulan yang terjaga disamping mengelak perlanggaran syariat yang boleh menyebab timbulnya dosa.

Banyak hikmah yang dapat dicungkil dari peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT antaranya adalah mengelak daripada berlakunya fitnah dan memelihara kemuliaan maruah. Jelaslah bahawa dalam Islam segalanya mest diletakkan kena pada tempatnya. Di sinilah seni pergaulan yang dikawal oleh akhlak. Barulah datangnya hikmah daripada peraturan yang Allah SWT bekalkan ini...

 

  Tazkirah


Komen


"batasilah pergaulanmu......" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: batasilah pergaulanmu......
oleh nuriz ([email protected]) pada Ahad, 18 Mei 2003 @ 15:46:33
(Info AHLI)


AsSaLaMmUaLaIkUm.....
terima kasih atas artikel yang bermanfaat ni
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: batasilah pergaulanmu......
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Ahad, 13 April 2008 @ 19:50:43
(Info AHLI)


ana menyokong artikel ini..bukan mudah untuk menjadi seorang muslim yang tulen jika diri sendiri tidak di pelihara..sesungguhnya,islam itu indah dan allah sukakan keindahan..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: batasilah pergaulanmu......
oleh halesolurun_84 pada Khamis, 22 Januari 2009 @ 10:50:52
(Info AHLI) http://halesolurun.blogspot.com/


Jaga lah diri kamu.. kerana syaitan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melalaikan kamu..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105994 saat. Lajunya....