Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu

Peri Penting Memberi Salam
 Posted on Sabtu, 06 November 2010 @ 9:18:53oleh Hanan
Tazkirah mas2ra menulis Konsep salam merupakan teras Islam.

As-Salammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh...

Konsep salam merupakan teras Islam.

Yazid bin Khushaifah meriwayatkan daripada Basar bin Saad yang mendengar Abu Said Al Khudri berkata:
"Aku menetap di kawasan kaum Ansar, kemudian tiba-tiba saja Abu Musa datang kepadaku dalam keadaan terkejut dan takut.
Abu Said berkata, bagaimana khabarmu?"

Abu Musa berkata:
"Aku diutus oleh Sayidina Umar bin Khattab untuk mendatangi rumahmu,
sampai depan pintu rumahmu aku mengucapkan salam sampai tiga kali tetapi tidak ada jawapan dari dalam,
sehingga aku memutuskan untuk kembali."

Dan Rasulullah Salallahualaihiwasalam pun bersabda:
" Apabila kamu mengucapkan salam sampai tiga kali sedangkan tidak ada jawapan, maka pulanglah."
(Riwayat Muslim)

Hikmah daripada kisah singkat di atas ialah Nabi Salallahualaihiwasalam melarang sesiapa pun memasuki rumah orang Islam
tanpa terlebih dahulu memberi salam iaitu meminta izin daripada pemiliknya.

Memberi salam amalan yang sangat ringan dan mudah dilakukan di mana sahaja -
dijalan, pejabat ataupun tempat lain.

Salam memiliki makna teramat besar. Dengan salam, suasana tegang akan terasa sejuk dan damai,
permusuhan menjadi persahabatan.

Dengan salam, kehidupan semakin bererti kerana dipenuhi kasih sayang dan cinta kasih yang mendalam.

Salam menghilangkan buruk sangka dan dendam kesumat antara kita.
Salam akan menyelamatkan diri kita daripada gangguan orang jahat.

Salam adalah simbol kedamaian, kebersamaan, kekeluargaan dan ketenangan.
Hal ini sesuai dengan erti kata salam itu sendiri- yang bererti damai.

Salam telah mengajarkan kita tentang cara yang baik dalam pergaulan dan mencari teman.
Kita segan memanggil saudara yang belum dikenali.
Jadi dengan memulakan kata salam, kita akan berani berkenalan dan menjadikannya teman.

Apatah lagi memasuki rumah yang bukan milik kita, ada tatacara dan adan yang harus diperhatikan sebelumnya,
daripada memberi salam sehingga kita meminta diri.

Apabila kita bertamu ke rumah sahabat, kerabat ataupun saudara dekat, hendaklah diawali dengan kata salam,
dan apabila tidak ada jawapan dan tidak mendapat restu atau izin daripada pemilik rumah, hendaknya kembali dan menunggu waktu
yang tepat untuk berkunjung.

Salam merupakan norma yang telah digariskan oleh ALLAH Subhana wa Ta'ala.

Ingatlah, mengucapkan salam adalah sunnah, sedangkan menjawabnya adalah wajib,
demikian ketetapan Al Quran dan Hadiths.

Islam mengingatkan umatnya membalas penghormatan (salam) dengan balasan lebih baik:
AsSalamualaikum di balas dengan waAlaikumsalam waRahmatullah.

Jika dalam disebut dengan AsSalamualaikum waRahmatullah,
maka dijawab dengan waAlaikumsalam waRahmatullahi waBarakatuh.

ALLAHualam.
Wassalam.
- Ensiklopedia Sirah

 

  Tazkirah


Komen


"Peri Penting Memberi Salam" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.072436 saat. Lajunya....