Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

JATUH CINTA SATU KESILAPAN???
 Posted on Selasa, 02 November 2010 @ 0:23:56oleh Hanan
Karya ummul menulis Jatuh cinta satu kesilapan??
Limaza??...
Bukankah ia hadir dari rahmat Yang Esa??
Bukankah ia datang tanpa dipinta??
Hadir tanpa diduga??

CINTA bukan satu kesilapan....
Tapi tempat menguji ketakwaan,
Cintakah kita pada Yang Esa atau....
Melangit pada yang tak kekal?
Samaada kita hamba...
Pada CINTA atau PENCIPTA...

CINTA bukan satu kesilapan
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan,
Kenapa cinta dipersalahkan?
Tatkala ia dinodai...
Bukan salah cinta itu...tapi diri!!!
Sebab tak di bina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketakwaan...

CINTA bukan satu kesilapan
Tapi tapak penyubur iman,
Kerana...tak sempurna iman seseorang itu
Jika ia tak mengasihi saudaranya
Seperti mana ia mengasihi dirinya..

CINTA bukan satu kesilapan...
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang?
CINTA itu luas maknanya...

CINTA ibu membawa ke syurga
CINTA keluarga membawa bahagia
CINTA pada kerajinan membawa kejayaan
CINTA pada buku dicurahkan ilmu
CINTA pada sahabat mendapat berkat
CINTA pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
CINTA pada Allah kebahagiaan yang hakiki

TAPI...
Memang CINTA itu satu kesilapan!!!
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari Yang Esa
Jika ia mengalpakan diri...

Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadamkan cahaya ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran
KhalidNya
Jika ia menjadikan kita hambanya...
Maka seharusnya CINTA itu kau jauhi
DAN...
MEMANG IA MERUPAKAN
SATU KESILAPAN!!!

 

  Karya


Komen


"JATUH CINTA SATU KESILAPAN???" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: JATUH CINTA SATU KESILAPAN???
oleh adikwa pada Rabu, 02 Mac 2011 @ 12:59:56
(Info AHLI)


Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan..CINTA LAH KERANA ALLAH..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093638 saat. Lajunya....