|
Kerana Seorang Asma'
|
|
|
Posted on Jumaat, 28 Mei 2010 @ 20:50:39oleh Hanan
|
|
|
Tetamu menulis “Eh, hensemnya abang tu, bestnya kalau dia senyum kat Nur..” akhirnya terlepas juga perkataan yang amat tidak dijangkakan oleh Asma’ terkeluar dari bibir mungil Nur.. “Astaghfirullah, Nur..Nur sedar tak apa yang Nur cakapkan tadi? Nur tahu tak, walaupun Nur terpandang seorang lelaki dan kemudian terdetik dalam hati Nur mengatakan lelaki itu handsome, itu adalah sekecil-kecil zina Nur..” ujar Asma’ dalam nada yang lembut tetapi penuh dengan ketegasan. “Betul ke Asma’? Ya Allah, Nur tak tahu pun..jadi kiranya Nur dah berdosa ye Asma’..” soal Nur sambil memandang tepat ke wajah Asma’..sungguh, dia inginkan jawapan kerana dia sedar dirinya agak jahil dalam persoalan yang menyentuh tentang keagamaan.janji. Asma’....
Perkenalannya dengan Asma’ bermula dari kedatangannya di Universiti Teknologi Mara, minggu orientasi telah mengeratkan hubungan mereka, mungkin telah ditentukan oleh Allah mereka ditempatkan sebilik. Nur sangat mengagumi Asma’, walaupun dia dan Asma’ mengambil jurusan seni lukis, yang membataskannya untuk memakai tudung labuh, namun Asma’ tetap berpegang teguh dengan pendiriannya. Pernah suatu hari Nur bertanya pada Asma’.. “Asma’, susah lah Asma’ nak pergi studio ye, takkan nak pakai tudung labuh begini? Nanti habih tudung Asma’ kotor..kita dah lah nak kena duduk atas lantai..dengan baju kurung pula tu.” soal Nur sambil memandang Asma’ dari atas hingga bawah. Dengan senyuman yang terukir Asma’ menjawab, “Apa pulak susahnya?Agama Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya, setiap undang-undang yakni syariat Allah tidak membataskan kita untuk buat apa yang kita nak buat tetapi dengan syarat kita ikut syariatNya. Memang lah tak sesuai kalau Asma’ nak pergi studio pakai baju kurung dan tudung labuh, menutup aurat tak bermaksud kita kena pakai baju kurung dan tudung labuh..kita boleh juga pakai tudung biasa, macam tudung yang Nur pakai ni..tapi sekarangkan ada jual tudung tiga segi yang bidang 45’ dan 60’..tudung tu labuh jugakkan..menutup aurat ni bermaksud kita menutup semua anggota badan kita kecuali muka dan tapak tangan, pakaian kita tak boleh jarang atau ketat dan kita kena melabuhkan tudung kita melebihi paras dada..tak kira lah dari belakang ke, depan ke, malah dari sisi pun kita kena labuhkan. Asma’ masih boleh pakai t-shirt dan seluar ke studio tapi sudah semestinya t-shirt tu labuh melebihi punggung dan seluarnya agak longgar, jadi Asma’ rasa tak ada masalah bagi Asma’ untuk menutup aurat walaupun tak pakai tudung labuh dan baju kurung.”
Panjang lebar jawapan yang Asma’ berikan, sehingga terangguk-angguk Nur mendengarnya tanda memahami apa yang dijelaskan oleh Asma’. “Oo..jadi lepas ni Asma’ tak pakai lagi lah baju kurung dan tudung labuh ye?”soal Nur dengan mimik muka yang sengaja dilucukan. “Ish tak ada lah sampai macam tu, kalau asma’ tak pergi studio, Asma’ pakai lah tudung labuh dan baju kurung ni..sebab bila Asma’ pakai macam ni Asma’ rasa selamat sangat..secara automatiknya Asma’ akan menjaga tingkah laku Asma’ dan dengan berpakaian macam ni kita dapat mengelak dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini..” tegas Asma’. “He he Nur saja saja nak usik Asma’, mana lah tau agaknya-agaknya Asma’ terpengaruh dengan budak-budak lain, yelah fesyen sekarangkan fesyen tutup atas buka bawah, kalau tak pun fesyen sarung nangka.”gurau Nur..Asma’ yang mendengarnya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, dia sudah faham sangat dengan perangai Nur yang sangat kuat mengusik.
“Nur..Nur..ya Allah dah sampai negara mana lah Nur melayang ni..penat saja Asma’ cakap dengan Nur..”..Nur yang sedang termenung terkejut dengan panggilan Asma’..ya Allah terlalu jauh dia termenung rupanya, sehinggakan dia terlupa sejenak kepada Asma’ yang duduk disisinya. Ingatannya tentang perbualan mereka dahulu membawa dia jauh dari dunia sekelilingnya. “Maafkan Nur, Asma’..Nur tak sengaja, apa ye yang Nur tanya tadi? Ha..Nur dah dosa ke sekarang?” soal Nur sekali lagi. “Ha, tu lah menung lagi, apa yang Asma’ cakap tadi pun tak dengar.” marah Asma’. “Ala Sorry lah, tak baik tau marah-marah, sabar tu kan separuh dari iman..cepat lah Asma’ cakap..” pinta Nur. “ok, kali ni dengar betul-betul tau..” deras anggukan Nur mendengar arahan Asma’. “Nur tak berdosa sebab Nur tak tahu, tapi kalau Nur dah tahu Nur kena cepat-cepat istighfar..mohon ampun pada Allah, moga Dia mengampunkan keterlanjuran Nur..” terang Asma’. “Oo macam tu, tapikan Asma’, kadang-kadang bila Nur terpandang lelakikan, kalau dia handsome, secara automatiknya hati Nur akan cakap dia handsome, hati ni bukan kita boleh kawal macam mulut..” soal Nur lagi. “Emm, sebab tu lah kita kena jaga pandangan kita, jangan biarkan mata kita meliar merata-rata, sebab hati kita boleh jadi gelap kalau kita tak jaga pandangan kita.” jawab Asma’..sekali lagi Nur mengangguk-anggukkan kepalanya.
Salah satu perkara yang membuatkan Nur mengagumi Asma’ ialah; Asma’ pasti ada jawapan pada setiap soalan yang diajukan dan setiap jawapannya sangat bernas tanpa boleh disangkal-sangkal lagi. Menurut Asma’, Asma’ tidak pernah memasuki sekolah agama, tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah, tapi bagaimana Asma’ boleh tahu banyak tentang Islam..Nur yang pernah bersekolah agama pun masih terkontang-kanting kalau nak menjawab persoalan yang memerlukan jawapan dari aspek Islam. Jawapan yang Asma’ berikan setiap kali Nur mengajukan soalan bagaimana Asma’ boleh tahu banyak tentang Islam ialah; melalui bacaan dan kelas-kelas agama. Asma’ memang suka membaca, kalau ada masa terluang jarang Nur lihat Asma’ berborak-borak kosong. Masanya akan diisi dengan membaca, kalau tak baca buku pelajaran, Asma’ akan baca buku yang dipinjamnya di perpustakaan, apalagi kalau bukan buku mengenai Islam. Nur bukan tak suka membaca, tapi bila pegang buku saja, secara automatik matanya akan mengantuk. Kalau nak suruh Nur tidur senang saja, bagi saja buku suruh dia baca..confirm sekejap saja dah lelap. Tapi bila dia baca majalah hiburan, dari kulit depan sampai kulit belakang dia boleh tilik, tak pula dia rasa mengantuk..hairan, hairan.
Asma’ ni ramai peminatnya, walaupun Asma’ pakai tudung labuh, ada juga budak-budak lelaki yang suka mengusiknya.. “Hai, assalamua’laikum..cik adik nak kemana tu?nak ke surau ke masjid?boleh abang temankan?” ..kacaulah walau seribu lelaki pun, tetapi hati Asma’ tak pernah terusik..Wajah Asma’ tidaklah terlalu cantik, tetapi wajahnya yang lembut dan sentiasa tersenyum (terlalu murah dengan senyuman sebenarnya) serta tingkah lakunya yang sopan menjadikan dia sangat diminati. Kalau Nur bergandingan dengan Asma’ untuk ke kelas atau kemana-mana sahaja pasti banyak mata yang akan tertumpu kearah Asma’, yang pertamanya; mereka pandang sebab Asma’ memakai tudung labuh dan yang keduanya disebabkan kerana diri Asma’ sendiri. Kadang-kadang Nur cemburu juga, yelah asyik pandang Asma’ saja..Nur yang kat sebelah ni mereka tak perasan pun, buruk sangat ke Nur ni?rasanya Nur lagi cantik dari Asma’. Bila Nur suarakan perkara ni pada Asma’, dengan rendah dirinya Asma’ akan berkata, “Apa gunanya kalau orang pandang kita disebabkan kecantikan luaran kita, Asma’ lagi suka kalau mereka dapat lihat seseorang itu dengan kecantikan dalaman, dan hanya orang tertentu sahaja yang akan nampak kecantikan dalaman kita. Lagi satu, janganlah kita terlalu hiraukan pandangan manusia kerana yang pentingnya ialah bagaimana pandangan Yang Maha Esa terhadap kita.”..terkedu sekejap bila Nur dengar apa yang Asma’ cakap tadi, tapi betul juga, sebab ada sesetengah orang muka dah cukup cantik tapi astaghfirrullahalazim perangai dia..nauzubillah, lebih dari mengada-ngada..kadang-kadang gelak sampai tak ingat dunia, gelak sendiri-sendiri cukup lah, ini tak, sampai nak menyakitkan telinga orang lain.
Nur ada juga bertanya pada Asma’, tak teringin ke bercinta?..Asma’ cakap, perasaan ingin mencintai dan dicintai tu memang ada, tapi perasaan tu harus dikawal. Dan kalau boleh dia tak nak bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain dan kahwin pula dengan orang lain. Sebab tu dia nak pilih betul-betul, dia nak seorang lelaki yang boleh menjadi imam kepadanya. Malah kalau boleh dia nak lelaki yang boleh gerakkan dia di tengah malam untuk solat tahajud bersama-sama, kalau tiap-tiap hari lagi bagus. Lain pula kalau Nur, Nur nak yang handsome dan yang paling penting berduit, tak pernah Nur fikir tentang lelaki seperti yang diingini oleh Asma’. Mungkin sebab Nur hanya memikirkan tentang kesenangan di dunia tanpa menyedari akan dunia yang lagi satu.
Tapi sepanjang Nur sebilik dengan Asma’ banyak ilmu yang Nur pelajari, Asma’ pula tak lokek untuk memberi. Nur belajar cara-cara untuk menjadi imamah kerana sepanjang tinggal bersama, Asma’ sentiasa mengajaknya untuk solat berjemaah. Asma’ juga sekali-sekala akan menggerakkannya untuk berqiamulail bersama-sama. Tapi kadang-kadang Nur agak susah juga untuk bangun, yelah biasanya tengah-tengah malam macam ni adalah waktu untuk rehat setelah penat memerah keringat di siang hari. Namun Asma’ tak pernah putus asa, digerakkan juga Nur, kata Asma’ memanglah siang kita penat ke kelas dan menyiapkan assignment tapi kalau siang dah sibuk dengan urusan dunia bila pula nak sediakan bekalan untuk hari akhirat..lagipun kata Asma’, seronok kalau dapat qiamulail sama-sama. Kalau seorang-seorang macam kurang semangat saja rasanya.
Tetapi itu dulu, masa Nur dan Asma’ sama-sama menjadi student U. Sekarang semua tu tiada lagi, dunia Nur dan dunia Asma’ sudah berbeza. Bukan sebab masing-masing sudah tamat pengajian, tapi dunia kami berbeza kerana Asma’ lebih dulu dipanggil Ilahi kerana sakit yang tidak diketahui puncanya. Sudah setahun lebih Nur kehilangannya, tak dapat dibayangkan hidup tanpa Asma’ disisinya. Malah lebih menyedihkan, Asma’ menemui ajalnya ketika malam pertama perkahwinannya. Memang dia mendapat lelaki impiannya, seorang lelaki yang baik dan warak tapi impiannya untuk solat tahajud bersama-sama suaminya tidak kesampaian, kerana dia meninggal di ribaan suaminya setelah mereka selesai menunaikan solat Isya’ berjemaah. Suami yang amat diimpinya sejak dulu lagi.
Kerana seorang Asma’ juga saya, Nur telah berubah, bukan Nur berubah untuk Asma’ tapi Nur berubah kerana Asma’..Asma’ telah menunjukkan Nur jalan yang patut Nur lalui..Kalau dulu jalan yang Nur lalui bengkang-bengkok, memang Nur akui Nur jahil tentang Islam, tapi kini sedikit sebanyak Nur tahu dan sudi berkongsi dengan sesiapa sahaja setakat yang Nur mampu. Kerana seorang Asma’ juga Nur tak lagi inginkan seorang lelaki yang punya rupa dan duit, Nur juga inginkan seorang lelaki sama seperti yang Asma’ inginkan. Nur masih ingat lagi pada pesan Asma’, “Nur, Asma’ harap suatu hari nanti Nur akan cuba untuk lebih memahami Islam, Asma’ ingin lihat seorang Nur menjadi cahaya penyuluh kepada insan lain untuk menyusuri jalan yang suram kearah cahaya yang gemerlapan. Tak semua orang beruntung seperti kita yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam, tapi ada pula yang Islam hanya pada nama..sangat rugi rasanya kalau ini terjadi pada umat Islam zaman sekarang. Padahal dahulu, Nabi s.a.w sedaya upaya menyebarkan agama Islam sehingga menjadi musuh kepada saudaranya sendiri. Pada Asma’, ada hikmahnya Nur diberikan nama NUR, gunakanlah cahaya itu sebaiknya..tapi, mungkin juga bila tiba saat itu Asma’ sudah tiada lagi..namun jangan disebabkan ketiadaan Asma’, semangat Nur juga akan turut lumpuh bersama..janjilah pada Asma’.” Mungkin Asma’ sudah dapat rasakan dia tidak hidup lama di dunia ini. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Dan yang paling tidak dijangka, Asma’ telah menulis wasiat kepada Nur dan juga suami Asma’ supaya kami dapat menyambung ikatan sebagai suami dan isteri..Ya Allah sampai begitu sekali hasrat Asma’! Tapi, itulah dia seorang Asma’, seorang sahabat yang tak pernah lekang dengan kata-kata yang penuh makna! Nur akan sedaya upaya mengubah diri Nur dan ini semua adalah tanda janji Nur pada Asma’, tanda sayang Nur pada Islam, tanda kasih Nur pada Nabi s.a.w dan tanda cinta Nur pada Allah s.w.t..InsyaAllah! Itulah sebaik-baik
|
|
| |
|
|
|
|
|
Karya
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Karya:
Air mata cintaRecent News About Karya:
Misc
|
|
|
Komen
oleh habrah pada Jumaat, 11 Jun 2010 @ 22:33:27
(Info AHLI)
ini kisah benar ke atau hanya rekaan semata-mata/ ada kaitan antara hidup ke