Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu

INFO PENYAKIT : ASMA
 Posted on Ahad, 21 Mac 2010 @ 13:15:36oleh Hanan
Umum Aneeqah menulis Fakta penyakit asma

Sedekad lalu saintis beranggapan asap diesel dan pencemaran lain sebagai penyakit epidermik asma.kini,peranan factor genetic dikenal pasti mungkin menjadi puncanya.di Malaysia,kekerapan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang menghidap asma adalah sebanyak 13.8% manakala masing-masing 9.6% dan 4.1% bagi kanak-kanak yang berusia antara 13 hingga 14 tahun dan orang dewasa.Tidak hairanlah asma muncul penyakit yang paling ketara menyebabkan ketidakhadiran kanak-kanak di sekolah(52%) manakala kehilangan kerja adalah sebanyak 31% !

Gejala asma yang teruk

    Bibir menjadi kebiru-biruan
    Pucat lesi
    Pernafasan yang laju
    Denyutan nadi yang kencang
    Tidak menunjukkan respons terhadap rawatan asma
    Kesakitan yang teramat sangat

Punca asma

    binatang seperti lipas,bulu kucing dan burung
    tumbuh-tumbuhan seperti debunga dan kulat
    debu seperti debu rumah dan hama
    pencemaran alam seperti asap rokok,bahan kimia seperti klorin dan ammonia,gas atau wap busuk
    ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan beta-blocker untuk merawat arthritis,masalah jantung dan glukoma.
    Bahan miang sewaktu melakukan pekerjaan tertentu seperti debu kayu dan semburan sintetik
    Alahan makanan seperti perisa tambahan terutamanya monosodium glutamate(mesej) dan sulfite(garam asid sulfur)
    Gangguan perubatan seperti gangguan adrenal,kebimbangan,gula darah rendah,tekanan,refluks gastroesofageal(GERD),sinus atau penyakit pernafasan.
    Perubahan suhu yang mendadak iaitu udara yang sejuk,rebut petir,kekeringan melampau,kelengasan atau kelembapan.
    Senaman di mana sesetengah orang hanya mendapatkan asma disebabkan oleh senaman dan berbeza daripada sama alahan biasa.asma jenis ini biasanya berlaku apabila senaman dilakukan dalam udara yang sejuk atau kering.
    Perubahan hormone di mana wanita biasanya akan mengalami turun naik dalam keterukan serangan asma sejurus sebelum atau semasa haid.
    Tekanan perasaan atau gelak ketawa.

Merawat asma

    Ubat kawaln jangka panjang yang diambil setiap hari termasuk ubat-ubatan antiradang seperti kortikosteroid yang disedut dan bahan-bahan kombinasi.ia mencegah gejala-gejala dan mengawal asma.Asma juga boleh dikawal dengan menjauhkan diri daripada agen perangsang.


    Ubat-ubatan pelega yang dipanggil bronkodilator atau ubat sedut biru pantas bertindak dan digunakan untuk memberikan kelegaan yang cepat kepada gejala-gejala asma apabila terdapat serangan.


Langkah-langkah membantu pesakit di serang asma

    Pesakit hendaklah diletakkan dalam posisi duduk dan selesa.
    Longgarkan bajunya dan ambil pelega(inhaler) dan biarkan pesakit itu menyedutnya beberapa kali.
    Elakkan daripada menyapu sebarang minyak kerana tindakan itu akan menyempitkan lagi saluran pernafasannya apalagi kalau ia alahan terhadap bahan-bahan itu.
    Dapatkan pertolongan kecemasan.Jika tiada pam pelega,hantar pesakit ke klinik terdekat dengan segera.

 

  Umum


Komen


"INFO PENYAKIT : ASMA" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: INFO PENYAKIT : ASMA
oleh sazuwi pada Isnin, 22 Mac 2010 @ 0:35:16
(Info AHLI) http://anjungsazuwi.blogspot.com/


saya merupakan bekas penyakit asma jugak..
dari kecil-kecil memang teruk..sampai masuk hospital..
tapi sekarang dah kurang/tak ada langusng..
masuk gas pun dalam 2 tahun sekali..

dari apa yang saya lalui sehingga umur sekarang,
pesakit asma perlu aktif(tidak perlu terlalu aktif)..
asma saya hilang ketika menyertai sukan ragbi 7 tahun lepas..

dan elakkan makan makanan yang membawa kepada lelah..
makanan berminyak tinggi..

adik saya yang berumur 8 tahun juga ada asma..
dalam sebulan ada 2 kali tak datang sekolah..
dan jelas menunjukkan faktor genetik sebab ayah saya juga penghidap asma..

terima kasih untuk info ini..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076306 saat. Lajunya....